Thursday, December 31, 2009

Apakah Kita Bersama-sama Al-Munaafiquun?..


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Amaran ALlah terhadap kelompok munafik sangat keras sepertimana firmannya:

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”

(surah annisa', ayat 145)

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik yang biasa2 ada satu ciri, sedangkan munafik yang tulen memiliki ketiga-tiganya. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut

  1. Bila berbicara selalu bohong.
    Orang seperti ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Seringkali apa yang dibicarakannya bukanlah apa yang ada dalam hatinya, namun tidak lebih hanyalah pemanis kata untuk menarik sokongan dan simpati orang kepada mereka.
  2. Bila berjanji, tidak ditepati
    Orang munafik sukar untuk diyakini mahupun dipercayai janji-janji yang ditabur. Seringkali janji itu manis sifatnya, namun pahit jua pelaksanaannya. Orang yang menaruh harapan terhadap janji itu seringkali hampa dan sakit hati.
  3. Bila diberi kepercayaan selalu khianat.
    Orang munafik amat bahaya jika diberikan kepercayaan atau amanah. Setiap kali amanah diberikan kepada mereka, ianya selalu dikhianati.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik. Jangan berikan sokongan anda kepada kelompok2 yang bersifat seperti ini.

_____________________________________________________

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

(surah annisa', ayat 142)

__________________________________________________

P/S: nak tengok sifat-sifat orang munafik? mudah sahaja, dalam media massa sangat banyak sebenarnya, lebiha-lebih lagi TV dan akhbar.

WaLlaahu'alam.

Friday, December 18, 2009

Moga Ada Ruang Untukku Ke Sana..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Semalam ada ruang masa untuk ke tabung haji untuk daftar nama bagi menunaikan haji pada masa depan. Maklumlah, baru dapat wang biasiswa. Jadi, lepas siap rancang dan susun bajet Januari-Jun 2010, terus aku keluarkan wang RM2000 untuk dimasukkan ke akaun tabung haji. sebab, syarat untuk daftar haji, kena ada sekurang2nya RM1300 dalam akaun. So, RM1000 untuk akaun aku dan isteriku, untuk cukupkan had tersebut.

Hari itu, dengar dalam radio IKIM, biasanya kalau daftar haji, kita akan dapat gi haji dalam masa 15 tahun akan datang. Tu sebabnya nak daftar cepat-cepat ni. Targetku, kalau 15 tahun lagi, bolehlah ke sana masa umur menjangkau 37 tahun. Tapi , lepas siap daftar, tengok2 kat kertas pendaftaran tu. Wahhh, terkejut!



Lambat lagi. 20 tahun lagi. Tahun 2029. Sekarang tahun 2009. Dah bercucu kot time tu. Huhu. Takpelah, yang penting dah daftar. Nanti tiba masanya, kalau umur masih panjang, adalah rezeki kami untuk menunaikan haji.

Jadi, buat sahabat2 yang belum mendaftar, daftarlah cepat2 ye. Kalau lambat2, bila pulak lah turn untuk menunaikan haji kan. Kalau tak cukup duit, cuba berjimat2 ye. Kalau rasa nak jugak simpan dalam MAA Takaful @ Public Mutual @ apa2 lah, hold dulu. Cukupkan simpanan Rm1300 kat tabung haji. Then, invest lah pulak bila dah selesai kan.

OK, wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

Anda sekular? Atau rakan anda? Atau pemimpin anda?


A position that religious belief should not influence public and governmental decisions; The related political belief in the separation of church and state (en.wiktionary.org/wiki/secularism)

a doctrine that rejects religion, esp in ethics
(encyclopedia2.thefreedictionary.com)

a doctrine that rejects religion and religious considerations
(wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn)

Religious skepticism or indifference @ The view that religious considerations should be excluded from civil affairs or public education (www.thefreedictionary.com/secularism)
__________________________________________________

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Aku mula mendengar perkataan "sekular" sejak kecil, ketika mengikuti baba ke ceramah2 agama. Dan aku mula faham dengan lebih mendalam apabila mengikut usrah-usrah di sekolah, Darul Quran dan juga kelas2 seperti Islamic Worldview di UIAM.

Definisi2 yang tertera di atas adalah beberapa definisi yang dinyatakan dalam web2 yang dimiliki oleh non-muslim.

Bagiku, sebagai seorang Muslim yang belajar tentang Islam, hanya dengan sekali baca sahaja, sepatutnya kita sudah mampu menilai baik buruk fahaman sekular ini. Masalah sekarang, ramai yang tak faham Islam, lalu tiada kemampuan untuk menilai keburukan sekular ini.

Kerana itulah puak2 sekular di Malaysia terus dibiarkan berkuasa dan membuat keputusan untuk masyarakat kita. Kalau tak mampu nak nilai erti sekular, bagaimana mungkin kita mampu menilai dan meneliti ciri2 sekular pada diri seseorang.

Mudah je nak faham sekular ni. Agama suku, dunia suku. Contohnya, agama suku, ekonomi suku. Agama suku, politik suku. Agama suku, pendidikan suku.

Bukankah ALlah memerintahkan kita masuk Islam secara keseluruhannya? Bukankah Islam itu bersifat Syumuliyyah, merangkumi semua aspek kehidupan?

Jangan jadi seperti seorang menteri 1Malaysia yang menjawab pertanyaan tentang bantahan terhadap konsert Beyonce di Malaysia dengan jawapan, " dia boleh menyanyi kalau dia ikut peraturan2 pemakaian dan menutup aurat". Definisi aurat pun tak tahu. Entah apa erti Islam dalam hidupnya.

Akhir kata, moga2 kelompok ini dikurniakan hidayah olehNya, agar berubah di masa akan datang, sebelum ajal datang menjemput.

SALAM MA'AL HIJRAH

Wassalam.

Tuesday, December 8, 2009

Diserang Rasa Malas!

Anugerah yang diberikan oleh seorang blogger kepada kawan2 bloggers beliau

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Masuk hari ni sudah 37 hari aku tidak update blog ini. Lama tu. Kenapa ya? Ya, malas memang menjadi sebab utama. Seperti yang pernah ku tulis sebelum ini, istiqamah itu suatu yang sukar untuk disebatikan dalam diri.

Ada lah jugak isu-isu dan pandangan-pandangan yang aku nak tulis, tapi malas itulah penyebab ianya tak tertulis hingga sekarang. Sibuk bukan alasan, kerana aku tak sibuk sangat pun.

Cuba tengok blog ust hasrizal . Walaupun dia sangat sibuk dengan tugasnya, namun blognya sering menjadi tatapan pembaca yang suka meneliti lontaran ideanya yang disusun dan diulas dengan penuh hikmah, sentiasa di update.

Cuba jugak tengok blog YB Titi Serong, Idham Lim.Blog beliau sentiasa update saban hari terutama pelbagai isu-isu semasa dalam negara. Tidak hairanlah apabila melihat kepada jumlah pengunjung blog beliau yang sudah mencecah lebih 6 juta orang, walaupun baru berusia 2 bulan setengah.

So, jadilah blogger yang betul2 bertanggungjawab dengan blog sendiri. UPDATE!. Baru ada manfaat untuk pengunjung.

Maaf buat pengunjung-pengunjung yang ziarah blog ini dalam keadaan ia belum diupdate ye..

WaLlaahu'alam.

Sunday, November 1, 2009

Pelangi Malam..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Semalam dapat beberapa mesej tentang fenomena yang mungkin jarang berlaku. Ataupun mungkin selalu je berlaku cuma tak pernah perasan fenomena seperti ini. Bulan terang membentuk suatu lapisan luar yang begitu jelas.


Ada orang kata tu lapisan pelangi. kalau tengok elok2, memang pelangi pun sebab nampak beberapa warna dari lapisan dalam ke luar. Dalam warna merah. Lepas tu oren. Lepas tu kuning. Hinggalah ungu. Cuba klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


Tak tau lah jelas ke tak gambar ni,maklumlah kamera biasa2 je,bukan kamera mahal2 tu. huhu. Sorila. Tapi kan, rugi betul kalau tak dapat tengok fenomena seperti ini. Itulah tanda2 kehebatanNya kan. Bukankah kita sering dipersoalkan dalam Al-Quran, "...apakah kamu tidak memerhati"

WaLlahu'alam.

Saturday, October 24, 2009

New Product From Us!


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Syukur ku panjatkan buatNya yang terus menerus memberikan rezki untuk makhluk2Nya, samada beriman mahupun tidak, samada taat mahupun durhaka.

AlhamduliLlaah, bermula dengan program IQuest '09 pada 16/10 yang lalu, kami diberikan ruang untuk membekalkan cupcake coklat untuk jualan di gerai. Masa tu, kami meletakkan harga promosi RM0.90 walaupun ramai yang suruh letak harga Rm1.00 atau lebih. Tapi takpelah, 90sen pun ada untung jugak.

Sekarang, setelah dikira2 dan disusun masa, kami meneruskan jualan ini di beberapa tempat seperti berikut:

1) Kelas kami, Lecture Hall 2 KOM
2) Mahallah Talhah IM2
3) K.O.Dentist lounge
4) Mahallah M4

Semuanya berharga RM1.00 shj, tak mahal sangat. Ramai dah yang cadang naikkan harga sebab katanya RM1.00 tu murah. Tapi kalau naik harga, tak ramai pulak yang nak beli nanti. Lagipun, dah ada untung dengan jualan ni. InsyaAllah puas hati kalau beli.

Tak banyak ke masa habis? Kurang lebih 4jam seminggu untuk siapkan 4 adunan cupcake ni. Oklah kan. Sahabat2 yang involve dengan IRC punya bisnes pun banyak jugak akan habis masa & tenaga. Itu memang lumrah bisnes. Letih jugak sikit2, tapi lebih berbaloi dan bermanfaat jika dibandingkan dengan menghabiskan masa menonton TV dan bermain computer games.

Bukankah hidup ini memerlukan pengorbanan dan disiplin untuk berjaya?

WaLlaahu'alam.

Tuesday, October 20, 2009

Signifikan atau tidak?



BismiLlahui Wal HamduliLlaah..

Aku memandang sekeliling, melihat bagaimana rancaknya manusia berbicara dan bersembang. Entah apa yang disebut, namun yang pasti kalian mempunyai satu nikmatNya yang sangat tinggi nilainya: Nikmat bercakap; tidak bisu dan tidak gagap. Bagaimana agaknya perasaan orang bisu? Bagaimana pula agaknya perasaan orang yang gagap dalam bercakap?

Tahukah kalian bahawa dalam dunia ini ada orang2 yang berdepan dengan masalah gagap dalam bercakap? Apa yang aku tahu, disekeliling kita, dalam 1000 orang pasti ada seorang yang gagap, taburannya sebanyak 0.1%. Apakah jumlah ini signifikan untuk golongan ini diberikan secebis perhatian untuk difahami?

Jika dilihat kepada kadar 0.1%, maka pastinya dalam Malaysia yang berjumlah 27 juta orang penduduknya, akan ada seramai 27,000 penduduknya yang gagap.

Di Amerika Syarikat, terdapat lebih 3 juta penduduknya yang ada masalah ini (sumber: Stutters Foundation of America) . Maka tidak hairanlah disana ada beberapa pertubuhan seperti National Stutters Association, Stutters Foundation of America, National Center for Stuttering dan juga The Association of Young People Who Stutter ; yang memberikan perhatian khusus kepada kelompok ini dan menyediakan pelbagai rawatan serta mempunyai ramai pakar terutamanya speech therapists & juga speech pathologists yang berkhidmat untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Di Malaysia bagaimana? Sehingga sekarang, setakat pencarianku, belum kujumpa satu badan atau pertubuhan yang bergerak dengan aktif untuk membantu kelompok ini. Mengapa? Mungkin kerana kurang tahu? Ataupun kurang rasa? Mungkin juga kerana ia satu masalah yang sangat sukar difahami? Ataupun mungkin tidak perasan bahawa wujudnya mereka yang berdepan dengan masalah ini.

Mungkinkah gagap ini serpihan daripada bidang psychiatrist? Kalau ya, mengapa psychiatrist pun sukar memahami apabila diceritakan tentang masalah ini.

Jadi, bagaimana rawatannya yang sebenar? WaLlaahu’alam. Mungkin homeopati ada ubatnya, seperti yang ditawarkan oleh Prof. Nik Omar di klinik Homeopati beliau. Boleh rujuk ke web beliau, di www.drnikomar.tripod.com. Mungkin juga speech therapist boleh lakukan sesuatu.

Di Amerika Syarikat, pertubuhan2 ini menyediakan sesi2 terapi yang diuruskan oleh speech therapist.


________________________________________________________________________
“ Imagine that from the time you were a child you stuttered with everyone. Not that you wanted to stutter, mind you, you just couldn't help yourself. As a result you often went to great lengths to avoid stuttering and, in so doing, found that people misunderstood you. They onsidered you aloof, withdrawn, a loner, the silent type.

But you ached to be with people, you had much to say, and the thought of the interaction
was marvelous. And so each night before you went to sleep you prayed that his dreadful affliction would be gone. But it was not to be.

The stuttering demeaned you, it humiliated you, it destroyed your self-esteem. And often, when it was at its worst, as if to add insult to injury, people laughed at you, called you stupid, and never took you seriously at all.

In school if you had a question you wouldn't ask it. If you had to respond and couldn't give the correct answer you'd give an incorrect one.

In the cafeteria, you ordered what you could say rather than what you wanted. Anything to avoid the humiliation.

To say that the stuttering affected your life would be the profoundest of understatements. It permeated your life and controlled it in so insidious a fashion as to often cause you to reflect whether any life like this should continue. And so you gave up. You quit looking for an answer. You joined the conspiracy of denial and made the best of it."

- DR. MARTIN F. SCHWARTZ, Stutters No More-

_____________________________________________________________

Dalam hidupku, sudah 3 orang yang aku jumpa, berdepan dengan masalah ini. Bagaimana mereka sekarang ya? Moga2 makin sembuhlah ya.

Akhir kata, buat kalian semua, gunakanlah nikmat ini sebaiknya. Betullah kata orang, kita hanya akan merasai nikmatnya sesuatu nikmat apabila kita kehilangannya. Selagi kita mempunyainya, jarang kita syukuri dan bermuhasabah tentangnya.

WaLlaahu'alam.

Thursday, October 8, 2009

Tahniah!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Tahniah ku ucapkan kepada kak mukminah & abg long atas kelahiran anak kedua petang semalam.

Semoga Allah menjadikannya barakah atas kalian dan atas ummat Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Wassalam.

Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Saat ini sudah masuk 7 syawal. Rasanya dah lebih sebulan aku tak update blog ni. Rasa macam takde idea nak tulis apa. Apa-apa hal pun, nak ucapkan selamat menyambut bulan mulia selepas perginya bulan penuh keberkatan dan rahmat, Ramadhan Al-Mubarak.

Pengalaman menjadi imam tarawih bersama sdr. Aminuddin dan sedikit sebanyak menyampaikan tazkirah di surau Taman Sepakat memberikan pelbagai kenangan positif dan negatif yang perlu dijadikan manfaat untukku dan untuk semua.

Masih aku ingat satu tazkirah di malam-malam akhir Ramadhan oleh ust Nawi tentang keadaan para sahabat selepas Ramadhan.

Katanya, para sahabat akan mengambil masa 6 bulan untuk berdoa agar amalan-amalannya sepanjang Ramadhan diterima ALlah. Seterusnya, 6 bulan selepas itu diperuntukkan untuk berdoa agar mereka dapat bertemu Ramadhan akan datang.

Begitulah sikap khauf dan raja' yang ada pada mereka. Mereka bimbang amalan tidak diterima dan pada masa yang sama mengharap penuh kepada ALlah.

WaLlaahu'alam.

Thursday, August 27, 2009

Satu Lawan Satu. Siapa Bakal Menang?


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai" (Hadis riwayat Muslim)

Siapa bakal menang dalam pertarungan satu lawan satu ini? Syaitan telah menjadikan nafsu kita sebagai tunggangannya selama 11 bulan, maka tiba Ramadhan, ALlah memberikan ruang untuk kita menganalisis dan menilai tahap kerosakan nafsu kita.

Jika sebelum dan semasa Ramadhan sama sahaja, berjaga-jagalah kerana itulah lambang rosaknya hati kita dan teruknya nafsu kita.

Maka, ambillah peluang ini untuk membaiki sepuas-puas hati dan membina seberapa banyak benteng yang kita mampu.

Moga kita semua bakal dinobatkan sebagai pemenang perlawanan "jelajah Ramadhan".

Wassalam.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Wahai Tetamu


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Sekadar perkongsian kata-kata Tokku hj Ibrahim Muhammad tentang ramadhan..

__________________________________________

" Masukilah ramadhan dengan kesyukuran dan merasai bahawa inilah ramadhan terakhir dalam kehidupan ini.

Hiruplah cahaya ramadhan dengan kecintaan, hidupkan dalam setiap nafas ramadhan dengan syuhud kepada wajah ALlah.


Puasakan segala pilihanmu dalam pilihanNya, puasakan memandang wujud yang lain melainkan wujudNya.


Biarkan hamba yang lain tenggelam dalam ibadah, namun engkau tenggelamkan diri dalam tanah kesunyian tiada kewujudan diri.

Sesungguhnya bulan ini bulan kasih sayang kepada hamba yang rindu padaNya, ia mempunyai kekuatan yang hebat dalam menyingkap cahaya makrifat dalam batinmu sehingga berpuasa segala anggotamu dari yang lain kerana terasyik.

Puasa meninggalkan diri kepada hakikat diri, khalwah dirimu dari segala bentuk kewujudan diri adalah hakikat puasa, tenggelam dirimu dengan sungguh dalam lautan ketiadaan diri dengan keberkatan cahaya ramadhan.

Ia bagaikan bagaikan buraq yang akan membawa diri kepada alam musyahadah, sesungguhnya segala hijab-hijab sudah ditambat, pintu syurga makrifat luas terbuka segenap penjuru.


Amat rugi bagi sesiapa yang tiada menggunakan ramadhan ini untuk mencapai makrifat kerana segala hijab telah terlerai lembut dan pintu makrifat terbuka luas.

Kejar-kejarlah dengan air mata dan zikir sehingga tiada lagi bunyi dan huruf, nescaya engkau telah peroleh ketaqwaan dan kecintaan yang menyebabkan gementar segala urat sarafmu.


Engkau akan mengerti cinta ALlah pada Muhammad dan cinta Muhammad kepada ALlah"


___________________________________________

Wassalam.

Friday, August 21, 2009

Dadih Sedap..

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah..

Sepanjang bulan Ramadhan ini, kami mengadakan sedikit jualan kecil-kecilan di lobi CF Brother, di gerai bawah tangga.

Jual dadih je. Saje cuba2 berniaga kecil2an, moga-moga dapatlah pendapatan tambahan. Bolehlah nak tampung bayaran untuk Iffah ke, dan tampung apa2 lah..

Bolehlah cuba dadih ni. InsyaAllah sedap dan penuh cup tu.. Ada macam2 perisa. Semua sedap kecuali strawberry. So, dadih perisa strawberry tak dijual dah. Yang lain2 semua sedap : keladi, jagung dan mangga.

Harga? RM1.00 tiap satu. InsyaAllah puas hati kalau beli.

InsyaAllah nak cari dadih perisa lain pulak lepas ni. Kalau nak beli untuk juadah berbuka, silalah ye.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Jualan akan bermula jam 5.00 petang hingga 7.00petang. Selepas 7.00 petang, dadih tu masih dijual, tapi duit tu letak je dalam bekas dadih. Bolehlah beli lagi lepas letih solat tarawih kan.huhu.

Wassalam

Thursday, August 13, 2009

Ahh, Belum Sampai Masa..


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Apabila membelek2 akhbar di ruangan artis, seringkali aku membaca kenyataan2 seperti ini.

"Saya ingin memakai tudung, tapi belum sampai masanya. Saya ingin memakainya dengan ikhlas, dengan kehendak yang datang dari diri"

"Tunggulah nanti sikit, saya taknak hipokrit, nanti bila sampai masa yang sesuai saya pakailah"

Dan pelbagai lagi ungkapan2 lain yang bukan hanya menyentuh soal tudung, malah persoalan2 agama yang lain.

Dalam satu ceramah, oleh Ustaz Khairul Ikhwan, beliau ada menyebut tentang hidayah.

"Hidayah ni petunjuk. Ni, orang sekitar masjid yang dengar ceramah tapi tek pernah nak datang masjid, jangan duk salahkan hidayah. Yang nasihat2 daripada ceramah2 ni hidayahlah, duk dengar tiap hari tapi taknak jugak ikut"

Namun, memanglah hak memberi hidayah itu milik Allah, seperti yang berlaku dalam kisah RasuluLlah dan bapa saudaranya abu talib yang mati dalam kufur.

Tetapi, kita perlu terus menerus meletakkan usaha untuk mencari hidayah-Nya. Bukankah hidayah itu kurnia daripada Allah untuk hamba2 Nya?

________________________________________________
Antara doa yang patut dibaca;

اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى
Allahuma inni as-aluka al-huda wat-tuqo wal-'afaafa wal-ghina


Ringkasannya:

Doa ini diajarkan oleh Nabi Sallallahu'alaihi wasallam kepada kita melalui hadis Ibn Mas'ud seperti yang diriwayatkan dalam kitab sahih muslim. Ia mengandungi permohonan untuk memperelok kehidupan dunia dan akhirat serta supaya beroleh kebahagian dunia akhirat sipendoa.

Memang hebat doa yang diajar oleh Nabi kita ini, pendek dan padat.

Ada empat perkara yang di pinta melalui doa tersebut:

Al-huda : petunjuk
Al-huda terdiri dari ilmu dan amal. Kita mohon dari Allah supaya beri ilmu yang sahih serta supaya kita dapat beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu & amal tersebut boleh menjadikan kita seorang yang bertaqwa

Al-tuqa : taat dan patuh pada arahan Allah
Taqwa boleh direalisasikan melalui hidayah/petunjuk yang Allah kurnia kepada kita

Al-'afaaf: elak dari melakukan apa yang Alah haramkan
Jauhi dari apa yang Allah haramkan

Al-ghina: kaya
Kaya yang dimaksudkan di sini adalah bukan kaya dengan harta tetapi kaya jiwa.

__________________________________________________

Banyakkan berdoa, agar terbuka pintu hidupmu untuk hidayah-Nya.

Tentang tudung dan perintah2 lain pula, Ust Tuan Ibrahim pernah berkongsi apa yang pernah dia jawab kepada pelajarnya yang tak mahu pakai tudung;

" Hukum Allah ni tak berubah mengikut hambaNya. Kalaupun kamu kata tak ikhlas, hukumnya tetap wajib. Kalau tak ikhlas tak dapat pahala, tapi tak jugak dapat dosa"

So, apa2 perintah agama yang sering kita langgar seperti:

1. Tak jaga aurat ( terutama wanita, kerana penjagaan aurat wanita memerlukan kesabaran untuk dibiasakan )
2. Bercouple tak tentu hala melampaui batas hukum ( panjang nak ulas )
3. Tinggal solat ( terutama solat Subuh )
4. Menegakkan hukum2 Allah ( yang ni bab yang besar )
5. Dan macam2 lagi..

Nak tunggu Ikhlas? Ke nak tunggu dibuka hijab alam ghaib time nazak?

IKHLAS PERLU DIDIDIK, BUKANNYA DITUNGGU seperti menunggu bulan jatuh ke riba. InsyaAllah besar ganjaran mereka yang tak putus asa mencari ikhlas dalam beramal.

WaLlaahu'alam.

Tuesday, August 11, 2009

Ramadhan Datang Lagi.. Ahlan Wa Sahlan



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Ramadhan akan tiba dalam 10 hari sahaja lagi. Banner2 ramadhan juga sudah mula diangkat di kebanyakan tempat, namun banner syawal dan iklan syawal lagi banyak berbanding ramadhan.

Media kurang berperanan untuk mengingatkan umat Islam bahawa ramadhan sudah terlalu hampir, bulan yang bakal memberikan ruang yang cukup luas kepada kita untuk membersih diri, agar terbit fitrah diri yang sebenar.

Fitrah manusia sukakan keamanan dan membenci kezaliman. Fitrah manusia inginkan kebenaran dan tolak kebatilan. Fitrah manusia mahu disayangi dan elak kebencian. Islam agama fitrah kerana ia memenuhi fitrah manusia.

Walaupun media tidak berperanan membangkitkan semangat ramadhan, gunakanlah web2 dan blog2 untuk sama2 banyakkan cerita tentang ramadhan agar kita semua bersedia untuk menghadapinya.

Jangan harapkan Media prima dan TV1 & TV2 untuk letak countdown ramadhan kerana mereka tidak mengerti kebesaran ramadhan. Mereka hanya mengerti kebesaran lambang "1 Malaysia". Mereka hanya mengerti kehebatan temasya sukan olimpik dan komanwel yang countdownnya ada di mana2, samada akhbar mahupun televisyen.

Ambil inisiatif, sediakan diri dan sahabat2 terdekat untuk menyambut bulan mulia, Ramadhan Kareem. AHLAN YA RAMADHAN..

Wassalam

Monday, August 10, 2009

Lama Tak Cerita Tentang Iffah

Iffah suka main masak2.. tapi nak alat ori, taknak yang mainan

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Rasanya agak lama aku tidak menulis tentang celoteh dan perkembangan cahaya mataku, Iffah yang sudah berumur setahun (kalendar hijri)..

apa tengok2?..iffah tengah masak ni..

Ni gambar2 yang diambil semasa iffah berumur hampir 10 bulan. Kalau dibiar kat dapur tu, habis semua barang2 dia teraburkan dari rak. Terpaksa lah berjaga2 dengan barang2 kaca..

syok betul memasak, tak layan orang dah.. tapi takde aroma pulak masakannya..

Iffah ni, kalau dia perasan kitorang tengah ambik gambar dia, terus berhenti kejap. Nak posing kot.

ada apa?..kagum ke tengok iffah masak?..nak rasa tak?


hmm..letihlaa masak..sudahlah, iffah nak rehat pulak

Tulaa perkembangan iffah semasa 9 bulan hari tu. Sekarang? macam lagi yang dia dah pandai buat. Makin susah nak kawal. Kalau disekat, marah. Kalau dibiar, bersepahlah satu rumah. So, kena pandai2 kawal agar tak terganggu perkembangan mindanya.

Buat masa ni, alhamduliLlah perkembangannya mengikut graf perkembangan kanak2 yang normal. Moga sihat sejahtera lah iffah ye.

Wassalam.

Saturday, August 8, 2009

Hari Ulangtahun Kelahiran Anakku

Iffah cuba-cuba pakai topi birthday party..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Hari ni bertarikh 16 Sya'ban 1430H, genap setahun sudah umur anak sulong kami, Iffah Mardhiyyah yang lahir pada 15 Sya'ban 1429H. Semalam ada buat makan2 sikit bersama family, sambut untuk ulangtahun kelahiran sepupunya Syifa' sekali. Saja, rapat2kan hubungan sekeluarga.

Majlis ni hasil rancangan mak long iffah dan ummu-iffah sekali. AlhamduliLlaah jadi jugak akhirnya walaupun jauh jugak perjalanan syifa' sekeluarga tu, dari kelantan.


Iffah dengan Syifa'.. Pelik Iffah tengok sepupunya sedih2 time hepi

Bila nak berjalan ni, Iffah. Dah setahun dah umur ni. Ke nak ikut sepupunya Areena yang mula berjalan masa umur setahun 3 bulan. Lambat lagilah nak tunggu. Lenguh asyik kena dukung. huhu.

Erm.. Comel tak?.. Ish, kena betulkan sikit nih.. dah senget..

Ok, semoga berkat umur Iffah. Selamat hari lahir.

Wassalam

Friday, July 31, 2009

Sudah Sepertiga Hidup Kulalui

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Hari ni tanggal 31 Julai 2009 adalah ulangtahun kelahiranku yang ke-22. Aku selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islam, KL pada awal pagi Isnin 31 Julai 1987, jam 12.50 a.m, bersamaan 14 Zulhijjah 1407H.

Apa maknanya? Umat Muhammad s.a.w kebiasaannya hidup hingga umur lingkungan 60 hingga 70 tahun. Berdasarkan bahagian statistik dan unit perancangan ekonomi, anggaran umur rakyat Malaysia bagi lelaki adalah 71 tahun dan wanita adalah 77.1 tahun. Jadi, sudah satu pertiga umurku habiskan.

Untuk apa? Apa untung yang aku telah jana daripada modal umur yang sudah kuhabiskan?

Apabila menyebut tentang hari lahir, aku suka untuk menginsafi kehidupan Imam an-Nawawi yang hidupnya hanya 40 tahun namun kitab hasil tulisan beliau melebihi satu kontena. Bagaimana berkatnya umur beliau sehinggakan mampu untuk menulis ilmu dengan begitu banyak.

Aku juga teringat kepada seorang ustaz di Madrasah Kubang Bujuk (lupa dah namanya) yang mula mengajar pada umur 21 tahun, dan dipanggil sebagai mufti kerana ilmunya. Mengapa?
Beliau telah dihantar menghafaz Quran ke Kubang Bujuk oleh ayahnya pada umur 8-9 tahun (tak berapa pasti) dan menyambung pengajian ke Pakistan pada umur 12 tahun.

Beliau hanya pulang ke Malaysia pada umur 21 tahun. Hidupnya selama 10tahun dihabiskan untuk mencari ilmu di Pakistan. Itulah natijah mujahadah yang melahirkan mutiara yang amat diperlukan untuk umat sekarang. Dan itulah kesan daripada keberkatan umur.

Aku bagaimana? Apakah masa setahun sebelum ini memberikan banyak manfaat dan perubahan padaku? Apakah banyak yang aku telah pelajari? Apakah ada berkat dalam umurku?

WaLlaahu'alam.

Monday, July 27, 2009

Apakah Ada Ruang Untuknya di Malaysia?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Siapakah Marwa Ash-Shabrbini? Anda kenal beliau? Kalau tidak tahu kisah ini, layaklah kita digelar sebagai "umat bawah tempurung" yang hanya hidup tanpa usaha untuk mengambil tahu isu-isu semasa yang mempunya impak besar kepada Islam, yang berlegar di sekeliling kita.

Walaupun kisah ini dah agak lama ( kurang lebih 2 minggu), namun aku tetap ingin menulisnya kerana aku merasakan masih ada yang tak tahu tentang ini.

Marwa Ash-Sharbini ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman ketika perbicaraan sedang dijalankan. Kejadian ini rentetan dari sebutan kes dimana seorang pemuda jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai 'teroris' hanya kerana ia memakai tudung 'jilbab'.

Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas tudung 'jilbab' Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana ia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman.

Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa yang kini dalam keadaan cedera parah di hospital Dresden.

Tiada siapa yang cuba menyelamatkan beliau melainkan suaminya!


Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Ash-Sharbini ke tempat persemadiannya yang terakhir, memang mungkin lebih ramai yang menangisi kepemergian Raja Pop Michael Jackson.

Marwa Ash-Sharbini hanyalah seorang ibu dan bukanlah orang ternama mahupun superstar seperti MJ. Tetapi kepemergian Marwa Ash-Sharbini adalah lambang jihad paling agung seorang muslim di abad ini. Marwa Ash-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia sanggup menggadaikan nyawanya.

Beliau mati kerana Islam. Isu ini isu besar. Tapi, apa jadi pada berita2 di Malaysia? Mana siaran tentang kematian beliau dalam berita2 utama di Malaysia? Kenapa MJ yang mati disebut2 dalam berita hampir 3 -4 hari? Apakah nilai seorang Muslim yang dibunuh tanpa sebab di depan umum di mata kita?

"aku anti-berita-TV1,TV2,TV3"

Wassalam.

Monday, July 20, 2009

Tidak Sempurna Iman..

Rumah atau pondok kecil?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Sabda Nabi Saw bermaksud:"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadith ini adalah hadith yang biasa kita dengar apabila menyebut berkenaan ukhuwwah dalam Islam.

Aku merasa terpanggil untuk berkongsi tentang perkara ini apabila lecturer dalam kelas pada minggu lepas menceritakan tentang masalah seorang saudara kita, Mohd Ridhuan Wong Bin Abdullah, yang tinggal dalam sebuah rumah kecil di tengah2 bandar besar, Kuantan.

Beliau memeluk Islam sejak tahun 2002.


Inilah rupa rumah saudara kita

Beban beliau bertambah dengan bebanan anaknya yang menghidap penyakit jantung berlubang (perimembranous ventricular septal defect) yang memerlukan kos pembedahan RM 18000.00. Anaknya juga menghidap masalah kekurangan G6PD dan perkembangan tak normal (G6PD deficiency and developmental delay)


Ruang di dalam rumah beliau. Segala-galanya di sini

Maka, apa peranan kita? Beliau sudah berusaha memohon di pelbagai tempat, termasuk JAIP, JKKK, ADUN dan lain-lain lagi, namun belum dapat menampung kos pembedahan tersebut.

Belum ditambah dengan kos sara hidupnya. Beliau hanya bekerja cari barang2 terbuang dan jual, dengan kudrat yang ada dan basikalnya, beliau hanya mampu memperoleh paling banyak RM500 sebulan.

AlhamduliLlaah, setelah dibuat pungutan derma kilat dalam batch kami, kami berjaya mengumpul sebanyak RM1650.00 dan telah diserahkan kepada beliau. Banyak lagi usaha yang bakal dijalankan untuk membantu, namun sukar sekiranya hanya sesetengah kelompok sahaja yang membantu.

Jika ingin ziarah dan menderma, rumahnya terletak di belakang Perumahan Seri Teruntum, jalan teruntum 79. Rumahnya tidak beralamat.

Jika ada yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke Bank Nasional (GIRO) 0610029000202431 (Mohd Ridhuan Wong Bin Abdullah, 550516-06-5435)

Bantulah beliau, agar tenang iman beliau dan bertambah kuat pegangan beliau terhadap Islam.

Wassalam

Wednesday, July 15, 2009

Berakhirnya hidup Natrah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Anda kenal Natrah? Atau nama sebenarnya Bertha Hertogh, berketurunan belanda.

Beliau baru sahaja meninggal dunia minggu lepas, pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.

Apa pentingnya beliau kepada kita rakyat Malaysia beragama Islam?

Sejak kecil aku sering mendengar ceramah2 yang menyebut tentang peristiwa Natrah; yang berkaitan dengan rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada tahun 1950.

Apa kaitannya dengan kita semua?

Peristiwa Natrah 1950 adalah satu peristiwa yang menunjukkan kekuatan dan keberanian umat Islam mempertahankan Aqidah yang suci.

___________________________________________

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah (duta Malaysia di Belanda) berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

__________________________________________

Begitu hebat jiwa umat Islam ketika itu hingga bangkit menentang usaha memurtadkan seorang Muslim. Jiwa mereka merdeka walaupun tanah air sedang dijajah.

Kita bagaimana?

WaLlaahua'lam.

Wednesday, July 8, 2009

Binalah Mahligai Yang ALlah Redha


BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Sepanjang bulan jun yang lalu, tidak kurang daripada 5 walimatul-'urus telah selamat dilaksanakan. Maklumlah, dah sampai seru. Ada pula yang bakal melangsungkan pernikahan akhir bulan ini, awal bulan ogos pun ada. Moga berjalan lancar lah semuanya.

Namun begitu, suka untuk aku kongsikan pengalaman ketika mengambil kursus nikah yang wajib diambil oleh setiap bakal pengantin. Ketika itu aku masih menuntut di pusat asasi UIAM petaling jaya.

Teringat ketika waktu rehat petang, selepas kuliyah tentang aqidah. Masuk waktu asar, aku tertanya2, kat mane nak solat?

Aku tanya pada penganjur, " nak solat asar kat mana ni?"

Katanya, " surau kat bawah"

Lalu aku bergerak ke bahagian bawah bangunan dan tanya kepada guard dan alhamduliLlaah ditunjukkannya surau.

"hmm, jauh betul surau ni", aku bermonolog sendirian.

Memang jauh, letaknya di tempat letak kereta dan aku menunaikan solat asar sorang2 je kat situ. Aku terfikir, mana orang lain?

Siap solat, aku naik ke atas, ke tempat kursus dan aku melihat ustaz yang menyampaikan kuliyah tadi sedang menunaikan solat jugak, atas surat khabar dalam bilik kecil.

Ah, kesian betul ustaz ni. Tapi takpelah, kurang2 ada jugak tempa nak solat. Lalu aku memandang sekeliling. Peserta2 kursus sedang rancak berbual dengan pasangan masing2 sambil menyantap kuih yang disediakan untuk minum petang.

__________________________________________

Sedih. Kecewa. Marah. Itulah perasaan aku ketika itu. Tak solat pun mereka ni sebenarnya. Dahlah berkepit dengan pasangan macam sudah sah jadi suami isteri. Penganjur pun dua kali lima, sama2 berdosa sebab tak sediakan ruang solat dan tak arahkan mereka solat.

Aku? Aku pun berdosa sebab tak cegah kemungkaran ini. Itulah pentingnya keberanian dalam dakwah, yang wajib didasari oleh jiwa yang bersih dan ikhlas.

Namun, apa2 pun, aku cukup marah dan geram kerana ini adalah kursus untuk membina keluarga2 muslim yang bakal menjadi medan kelahiran generasi2 muslim akan datang.

Kalau begini keadaannya, tak hairanlah aku dengan masalah2 anak2 muda zaman moden ini. Buat mereka yang bakal mengikuti kursus nikah, kalau ada yang tak kena, beranikanlah diri untuk menegur pihak penganjur,k.

WaLlaahu'alam.

Monday, July 6, 2009

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Tahniah ku ucapkan buat isteri tercinta, Nurul Mutmainnah Yusof kerana impiannya untuk memiliki dan menguruskan blog sendiri akhirnya tercapai ketika cuti akhir tahun yang baru sahaja berlalu. Buat pembaca2 yang ku hormati, bolehlah ziarah blog beliau sekiranya ada masa terluang.

http://www.ummu-iffah.blogspot.com/

Tahniah sekali lagi ku ucapkan.

WaLlaahua'lam.

Saturday, July 4, 2009

Mati Itu Pasti..

Beginilah kita suatu masa nanti

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Dalam masa tak sampai sebulan, 2 orang sahabat batch 06/07, gen-07 persijilan tahfiz Darul Quran telah kembali ke RahmatuLlaah.

ALlahyarham Ammar Zulkifli meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan di Mesir. pada 12 jun yang lalu. Beliau masih menuntut di Cairo University dalam bidang perubatan ketika itu.

Aku tersentak ketika menerima berita tersebut. Kali terakhir aku dapat bertemu dengannya hanyalah ketika berada di pusat asasi UIAM, semasa beliau pulang ke Malaysia bercuti dan menziarahi sahabat2 beliau yang sedang menuntut di pusat asasi UIAM.

Walaupun aku bukanlah sahabat baik beliau, tapi aku sempat menjadi jirannya ketika di DQ. Bilik aku berdepan dengan biliknya. Masih aku simpan sebuah buku ringkas yang beliau hadiahkan kepadaku sebagai perkongsian tentang tarbiyyah di Matri.

Moga arwah berada dalam golongan yang ALlah redhai.

Dua hari lepas (2 Julai 2009), sekali lagi aku tersentak. Pada malam itu, khamis malam jumaat, seorang sahabat bagitau aku,

"imran, nabil dah meninggal sebentar tadi", katanya dengan nada sedih.

"InnaaliLlaahi Wa Inna ilaiHi raaji'uun", aku menyebut kalimah ini sebagai peringatan buat diriku.

Seorang lagi sahabat gen-07 telah dijemput untuk mengadapNya, Tuhan yang maha berkuasa atas segala perkara. Setelah lebih sebulan beliau bertarung dengan penyakitnya, akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Teluk Intan.

Entahlah apa penyakitnya yang sebenar. Setakat yang aku tahu, diagnosis terakhir adalah barah darah yang menyebabkan organ2 dalamannya rosak teruk.

__________________________________________

Dalam dunia ni, sebarang kisah tidak akan bermanfaat sekiranya ia tidak memberi manfaat kepada kita yang mendengarnya. 2 orang sahabat ini baru sahaja berumur 21 tahun, tapi itulah ajal dan jangka masa yang ALlah telah beri kepada mereka untuk membuktikan kehambaan mereka kepadaNya.

Kita bagaimana? Apakah kita sudah mampu buktikan yang kita benar2 hamba ALlah? Ataupun kita masih mengambil hawa nafsu sebagai raja dalam hidup kita?

"Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan..”
(Surah Furqaan, ayat 43).

Moga ada hikmah atas segala perkara yang berlaku. Dalam hadith juga banyak menyebut tentang mati.

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w pernah ditanya,

"Siapakah orang yang paling bijak wahai Muhammad?", maka Nabi menjawab,

"Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling banyak bersedia untuk menghadapinya". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

WaLlahu'alam.

Friday, June 19, 2009

Lame tak menulis..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Sudah lama rasanya tak menulis. Masuk hari ni sudah 2 minggu tak sentuh blog ni. Tapi ok lah kalau dibandingkan dengan blogger2 yang tak update2 kan.huhu. Nilah sifat manusia, suka membandingkan diri dengan orang yang lebih teruk daripada memilih orang yang lebih baik untuk membanding diri.

Bila ditegur tentang solat jemaah, "alaaah, aku kire ok ape, kurang2 solat gak daripada orang lain yang dok solat terus"

Bila ditegur tentang tudung tak cukup spesifikasi, "alaah, ramai lagi kat luar tu yang tak tutup aurat..tudung pun tak pakai, pakai baju dedah2, aku ni ok aper"

Bila dapat result tak berapa bagus, "erm, takpe ah, aku lulus jugok banding dgn org hok gagal.."

Dan macam2 lagilah monolog2 harian yang aku rasa sering dimonologkan oleh kita semua.

Teringat aku akan satu kata2 (tak pasti hadith atau kata2 hukama), " Pandanglah mereka yang dibawah apabila kamu membicarakan hal keduniaan, dan pandanglah mereka yang di atas apabila kamu membicarakan hal akhirat"

Kalau kita tak berduit sangat untuk makan sedap2, selamilah penderitaan mereka yang kebulur di negara lain, nak minum air pun susah. Kalau kereta tak cantik macam kereta2 mahal, pandanglah mereka yang takde kemampuan pun nak guna kereta.

Tapi kalau diri ini tidak istiqamah dengan solat jemaah, pandanglah mereka yang istiqamah, agar ia menjadi motivasi untuk menjadi lebih baik. Kalau pencapaian akademik lemah, pandanglah mereka yang lebih baik pencapaiannya.

Tapi hidup kita selalu sebaliknya kan. Kalau hal dunia, sering kita banding diri dengan mereka yang lebih baik, namun apabila hal akhirat, sering kita jadikan mereka yang lebih teruk sebagai kayu ukur.

Bagaimana ingin berubah?

WaLlaahu'alam.

-aku menulis untuk diriku, kerana kita sama-sama manusia yang lemah-

Friday, June 5, 2009

Buku Yang Mesti Dibaca

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Aku baru sahaja selesai membaca buku " catatan hati nik nur madihah". Walaupun harganya agak mahal kerana kualiti kertasnya, namun nilai isinya begitu tinggi jika dibandingkan dengan harganya.

Mula-mula nak beli, terfikir jugak,

"Ada manfaat ke beli ni? Buku kat rumah berlambak lagi tak habis baca"

Tapi, lepas fikir2, then beli jugak. Sambil membeli bolehlah membantu keluarganya kan.

Alhamdulillah, setelah habis membacanya, aku berpuas hati dengan isinya dan gaya penulisan yang dipersembahkan dalam buku ni. Bagiku, ini adalah buku yang wajib dibeli dan dipromosikan kepada pelajar, terutamanya pelajar sekolah.

Kerana dalamnya penuh dengan pengajaran buat mereka yang sering merasakan diri sudah lemah diuji olehNya.

Akhir kata, jumpa lagi akan datang. InsyaAllah kami exam final 8 Jun minggu depan. Lepas tu ada pelbagai perancangan masa cuti. Maybe tak terisi sangat blog ni buat masa ni. Wassalam.

P/s: Moga kerajaan dapat menarik balik keputusan mengehadkan bilangan mata pelajaran dalam SPM. Kalau nak hadkan sekalipun, 10 bukan yang terbaik. Pelajar dalam bidang sains tak semestinya fokus pada subjek sains semata-mata kerana Agama adalah kehidupan.

Tuesday, May 19, 2009

Ingin Berubah?


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Satu poin yang aku dapat time mengikuti kuliyah maghrib ayah hari tu berkenaan cara2 untuk membuang sifat mazmumah dalam diri. Antara yang disebut, yang pertama adalah taubat. Namun, kita termasuk aku sering terlepas pandang aspek yang cukup penting selain daripada taubat: mendekati majlis ilmu dan bergaul dalam satu kelompok yang baik.

Ramai orang yang sering menyebut, "aku ingin berubah, aku insaf dan nak ubah perangai aku". Namun, sering jua kedengaran dari mereka ini, "aku tak dapat berubahlah, susah. Dulu dah insaf, tapi tak dapat jugak nak ubah.

Maka, di mana silapnya? Itulah pentingnya mendekatkan diri dengan suasana agama, kerana iman kita sekarang adalah iman suasana. Betul tak? Aku pun begitu. Bila duduk dalam kelompok usrah, terlibat dengan aktiviti agama, maka terasa diri ini terjaga. Apabila jauh, berada dalam musim cuti tanpa aktiviti agama, kadang2 diri ini mula lalai.

RasuluLlaah s.a.w. sudah berpesan:
" Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”


So, jika ingin berubah, carilah suasana yang kondusif, kerana kita semua hanyalah hamba yang lemah. Mengikuti usrah dan halaqah sahaja pun sudah mencukupi sebenarnya; dengan syarat, istiqamah.

Wassalam.

Wednesday, May 13, 2009

Perkembangan Iffah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Melihat, memerhati dan mengikuti perkembangan dan proses pembelajaran anak sendiri sememangnya memberikan pengalaman baru dan berbeza untuk diriku. Ketawa ada. Kagum pun ada. Maklumlah, dah jatuh, menangis, buat lagi. Itulah kehebatan kanak2.



Iffah mula belajar makan biskut. Tapi tak habis pun, bersepah je banyak. Sekarang dah tak suka sangat biskut, tapi suka makanan2 lain. Favourite iffah mee sup, macam abah dia. Hehe.



Iffah masa belajar merangkak. Masa ni tak pandai lagi merangkak, tapi pandai merangkak-berenang. Macam berenang kuak dada. Huhu. Tapi sekarang dah pandai merangkak. Mujur sempat rakam hari tu video ni.




Dan ni pulak time iffah berdiri menyandar kat dinding. Dia takut, tapi hepi. Bukan senang nak dirikan iffah kat dinding sebenarnya. Sekarang lagi susah, sebab dia dah set dalam minda dia," kalau ibu dan abah aku letak aku dekat dinding ke, menyandar kat katil ke, mesti nak suruh aku berdiri. So, kena duduklah".. Jadi, sekarang, tiap kali nak buat macam ni, pasti iffah akan bengkok kan kaki. That's the way baby learn.

Wassalam.

Tuesday, May 12, 2009

Hmmmmmmmmmmmm...

Zambry compares himself to Mandela, Gandhi

By CLARA CHOOI, from Star Online

IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, whose nearly three-month tenure as mentri besar was ruled illegitimate by the Kuala Lumpur High Court on Monday, has likened himself to Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

Warning Pakatan Rakyat not to under-estimate him, he said the High Court’s “shocking decision” did not mean he would give up the fight.

“To me, losing the mentri besar post will not reduce my fighting spirit in upholding the truth.

If reinstated Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and his “friends ... assume that the High Court’s decision will dampen my spirit, then they have read me wrong,” he said in a blog entry early Tuesday morning.

He said a person did not need to hold a post in his struggle to uphold the truth, and likened the recent struggles faced by him and his “comrades from the Barisan Nasional” to those endured by politicians like Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

“Nelson Mandela sacrificed his freedom for 27 years in order to free South Africans from the grip of ‘apartheid.’

“Gandhi also sacrificed his life for the sake of India’s independence and so his people would be able to live without caste or religious boundaries,” he said.

Dr Zambry said however that it was lucky for him that his struggles had not caused him physical harm or loss of freedom.

“I only had to withstand the negative perceptions that Nizar and his people have created of me and the Barisan’s image.

“I know it will be hard to change such perceptions for their accusations are all over the Internet,” he said.

He also accused Pakatan Rakyat of being “greedy,” expressing disbelief at Pakatan’s “swift way of moving back into power,” especially the way they had reported to work at the state secretariat at 7:15am Tuesday, saying this was part of their “tyranny.”

Dr Zambry also reiterated that he accepted the High Court’s decision with an open heart and vowed that he would not question it.

“I will not be like the Pakatan which practises ‘selective justice’ by only accepting the decisions that favour themselves and rejecting those that do not,” he said.

Dr Zambry also maintained that the Federal Court’s decision that Speaker V. Sivakumar had no right to suspend him and his six executive councillors still held, although the High Court ruled that Nizar was the rightful mentri besar.

(http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/12/nation/20090512124751&sec=nation)

___________________________________________

Tersenyum sendirian aku membaca berita ini.

Wassalam

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Selamat hari ibu ku ucapkan buat mama ku tercinta, Puan Khlipah Ibrahim. Moga terus dirahmati ALlah dan terima kasih atas segala jasa mama selama mendidikku menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

Wassalam

Dari Mana Dia Belajar?


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Dalam Quran, ALlah menegaskan bahawa "sesungguhnya manusia itu Aku jadikan dalam sebaik-baiknya bentuk".

Melihat dan memerhati perkembangan seorang manusia selama hampir 9 bulan, sejak lahir hingga sekarang, memberikan pengalaman yang baru dan berbeza buatku. Aku memandang anak kecilku Iffah Mardhiyyah dari pelbagai perspektif. Setiap perspektif pastinya akan memberikan pengajaran dan manfaat yang berbeza.

Jika melihat dari kacamata seorang abah, maka aku patut jiwai perasaan mama dan baba ku dalam membesarkan ku selama ini.

Jika aku lihat dari sudut seorang masyarakat, maka aku patut rasai bahawa aku inginkannya menyumbang untuk manfaat masyarakat.

Jika aku memandangnya dari sudut pemimpin, maka aku patut rasai bahawa dialah bakal pemimpin yang jauh lebih bagus daripada aku.

Jika aku melihat dari sudut pejuang Islam, maka aku wajib memenuhi didikan asasnya agar mampu menjadi rantai penyambung perjuangan Islam di bumi ini.

Jika aku memandangnya melalui kaca mata seorang hamba, maka aku patut melihat refleksi kehebatan Sang Penciptanya.


Kita tealh disuruh oleh ALlah untuk menggunakan akal yang diberikan untuk memerhati refleksi kehebatanNya pada makhluk2 Nya, malah berkali-kali disebut dan ditekankan kepentingan "observation", yakni memerhati dengan sungguh-sungguh terhadap ciptaanNya


Firman ALlah, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Jika melihat perkembangan Iffah, sememangnya aku wajib kagumi kehebatan ALlah mengatur perkembangan hamba-Nya. Dari mana dia belajar?

WaLlaahu'alam.

Friday, May 8, 2009

Ghazwah Al-Fikri Yang Semakin Hebat!



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Akhir-akhir ini, serangan pemikiran yang dilancarkan semakin hebat, malah individu yang memegang title "Muslim" turut sama tergolong dalam tentera-tentera bawahan yang secara langsung dan tidak langsung membantu tentera-tentera atasan perang pemikiran ini.

Masih ingatkah kita tentang kenyataan2 dan cadangan2 pihak2 tertentu mahupun pemimpin2 muslim yang cuba memberikan pendapat dan idea tentang sesuatu masalah dalam masyarakat yang jelas menunjukkan kedangkalan mereka berfikir?

Pada 2 tahun lepas, apabila dibincangkan tentang penularan AIDS akibat daripada seks bebas, maka datang idea dan cadangan daripada pemimpin masyarakat untuk memberikan kondom percuma. Nasihat tok guru diketepikan.

Baru-baru ini, apabila dibincangkan tentang masalah remaja, keluar kenyataan dari mulut seorang menteri; bahawa ibu bapalah yang paling bertanggungjawab dalam bab ini, kerana anak2 banyak bersama mereka.

Bukankah anak2 remaja sekarang banyak masa mereka di sekolah? Bersama rakan2 dan guru2 mereka. Bukankah pendidikan memainkan peranan untuk membentuk remaja? Mengapa tanggungjawab hanya diletakkan kepada ibu bapa? Bagaimana dengan media yang tidak membina jiwa dan pemikiran kami sebagai remaja?

Mengapa media terus-menerus menghidupkan serangan hedonisme? Mengapa pendidikan terus-menerus dikongkong oleh serangan sekularisme?

Sama-sama kita fikirkan. Yang pasti, semua bertanggungjawab dalam bab menjaga agama dan akal, kerana ianya adalah elemen dalam Maqaasid As-Syar'iyyah.

Disini, suka untuk aku sebutkan elemen2 penting dalam strategi musuh Islam untuk menjayakan Ghazwatul-Fikri mereka.

1. Tasykik, iaitu menimbulkan keraguan dalam jiwa kaum muslimin terhadap agamanya.
2. Tasywih, iaitu pengaburan. Caranya dengan memberi gambaran salah tentang Islam untuk mengaburkan kaum muslimin tentang Islam sebenar.
3. Tadzwiib, iaitu pelarutan, mencampuradukkan atau talbis antara pemikiran dan budaya Islam dengan pemikiran dan budaya Jahiliyah (kufur).
4. Taghrib, atau pembaratan (westernisasi), iaitu mendorong kaum muslimin untuk menyenangi dan menerima pemikiran, kebudayaan, gaya hidup dan apa saja yang datang dari Barat.

Selamatkan diri dalam medan perang ini. Jangan mengalah. Seperti kata Presiden UMNO dalam ucapannya ketika perhimpunan agung yang lepas, "berubah atau rebah". Walaupun mereka tak berubah2, tapi pastikan kita yang berubah. Kerana mereka adalah penguasa buat masa ini, maka segala tindak-tanduk mereka akan memberi kesan kepada kita. Biarkan mereka rebah, kita mesti berubah.

WaLlaahu'alam.

Monday, May 4, 2009

Bila Nak Update??


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Bulan April menunjukkan penurunan dalam artikel yang aku tulis dalam blog. Apa dah jadi? Itulah sukarnya istiqamah. Kadang2 kita suka mengkambinghitamkan "SIBUK" sebagai sandaran untuk tidak melakukan satu perkara. Sedangkan di bulan April, aku mempunyai waktu sebenarnya untuk menulis; bukankah aku ada cuti seminggu?

Muhasabah perlu ku lakukan untuk memastikan di mana silapnya dan bagaimana aku perlu atasi.

1. Aku masih ingat pesanan beberapa insan yang sibuk tetapi mampu catch up dengan pelbagai perkara; pen dan buku mesti ada bersama diri, walau di mana anda berada. Yup. Aku akui. Idea untuk menulis datang tak mengira waktu. Namun, kerana tidak ditulis, maka hilang idea. Then, mulalah merungut takde idea nak tulis tentang apa sedangkan di luar sana terhidang lambakan isu yang perlu diberi perhatian; samada untuk manfaat semua mahupun hanya untuk mengasah bakat menulis.

2. Jadual yang khusus. Sebelum ini dan hingga ke saat ini, aku masih tidak memperuntukkan masa yang khas untuk menulis. Aku cuma menulis tatkala aku merasakan ada masa terluang dan aku berada di depan komputer yang ada internet. Jarang sekali aku menulis di rumah. Apa maksudnya? Internet sebagai motivasi dan penggerak untuk menulis. So, carilah motivasi lain!.

3. Menulis memerlukan ilmu. Aku suka merujuk jika menulis. Internet menjadikan penulisanku siap dengan cepat kerana mudah untuk mencari rujukan jika keliru. Namun, ia bukan alasan. Mudah sahaja. Tulis dahulu artikel, apa2 yang was-was, rujuk kemudian!

Lastly, momentum perlu dikekalkan. Walaupun ilmu kurang, insyaALlah dengan menulis akan bertambah ilmu, kerana ia akan memaksa dirimu untuk membaca. Melainkan jika kamu hanya menjadikan blog sebagai medan meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman, tanpa dikaitkan dengan fakta ilmia. Selitkan ilmu daripada sirah@tafsir@sejarah@ekonomi@perubatan@teknologi dan apa2lah untuk setiap perkongsian, walaupun hanya sepatah, insyaALlaah berguna.

WaLlaahu'alam

Monday, April 27, 2009

Ancaman Virus Baru!

Influenza Virus

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Dalam 2 hari ni, berita2 di tv mahupun akhbar mula menghebahkan tentang kemunculan virus yang menyebabkan wabak selesema babi.

Pengkaji2 sedang cuba untuk mengkaji apakah virus ini sebenarnya. Setakat ini, seperti yang disebut dalam berita semalam, virus ini adalah campuran genetik (mutasi) antara virus manusia dan virus burung yang menjangkiti babi; yang menghasilkan 1 genetik yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Mereka hanya menyebut virus ini sebagai "influenza-like virus" kerana mempunyai gejala2 yang hampir menyamai gejala yang disebabkan oleh virus influenza.

Hati-hati dengan gejala yang disebabkan virus baru ini:
1. Demam (fever)
2. Sakit2 seluruh badan (general body aches)
3. Batuk (cough)
4. Sesak nafas (dyspnea)

Setakat yang diberitakan semalam, bermula di mexico dengan angka kematian yang tinggi, merebak ke amerika, dan sudah masuk ke perancis dan juga new zealand melalui orang yang dijangkiti virus dan pulang ke negara tersebut.

Di New Zealand, seramai 25 guru dan pelajar di Auckland dikuarantin kerana mempunyai gejala (symptoms) yang disyaki disebabkan oleh virus baru ini. Agak tersentak mendengar berita ini kerana adikku baru sahaja 2bulan belajar di sana. Moga2 beliau dilindungi ALlah.

Sama2 doakan padaNya agar kita semua selamat daripada wabak ini. Namun, bukankah sudah banyak virus dan penyakit merbahaya yang berkaitan dengan babi sebagai asbab? Apakah ini satu lagi amaran Allah untuk hamba2Nya yang jauh tersesat dibuai arus dunia?

Malaysia pula bagaimana? MOH sedang berbincang untuk mengambil langkah berjaga2 agar virus ini tak masuk dan disebarkan di Malaysia. Namun, kuasa ALlah mengatasi segalanya. Pohonlah padaNya, kerana kita hanyalah hamba yang lemah.

In conclusion,Islam is the way of life. Ingatlah, "Aslim Taslam".

Wassalam

P/S: buat adikku Hafizah yang sedang belajar di Auckland, New Zealand, moga selamat dalam perlindunganNya.

Thursday, April 23, 2009

Lindungi Diri Dari Kejahatan Ghaib


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Pada hari isnin yang lalu (20 April 2009), kami sekeluarga dizinkan ALlah untuk ziarah saudara-mara di K. terengganu.

Namun, mengenang kepada apa yang berlaku, memberikan aku pengajaran dan pengalaman yang bermakna; bahawa manusia amat2 perlu berlindung dari Sang Penguasa alam daripada segala kejahatan ghaib yang mungkin akan mengganggu hidup kita.

Kami bergerak menuju ke rumah Mak Long yang terletak di Kg Kesom, Manir. Namun, perjalanan pada malam itu agak memeningkan kepalaku. Jalan itu sudah biasa kulalui, tapi entah bagaimana aku boleh tersesat.

Aku bingung. Setelah menyedari salah jalan, aku bertanya pada ummu iffah, "Eh,tadi jalan lain, sekarang takde dah signboard tadi. Mana pergi signboard tu?Nak patah balik kat mana ni?.." Pusing punya pusing, aku masuk je simpang yang ada tulis "kubang lembek", walaupun bimbang akan makin tersesat. Masuk simpang tu, jumpa jalan yang sebenarnya, AlhamduliLlaah.

Esok harinya, aku bertolak balik. Then, aku nampak signboard yang menyebabkan kami tersesat. Tapi, ia membuatkan kami tertanya-tanya dan berfikir. "Kenapa kita nampak signboard ni semalam, sedangkan kita lalu jalan lain??.."

Entahlah. Yang penting, kami kebingungan. Mungkinkah ada "tangan ghaib" yang mengaburi mata kami?

So, pesanan pada semua, jangan sesekali tinggalkan doa2 utama ketika bermusafir atau berjalan di mana2 sekalipun, kerana gangguan ghaib boleh berlaku terhadap mereka yang tidak ada benteng2 kukuh; benteng doa kepada Nya. Bukankah kes-kes mereka yang sesat dan tak jumpa jalan keluar sudah banyak berlaku?

WaLlaahu'alam.

Sunday, April 19, 2009

Terpedaya Dengan Tipuhelah syaitan

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Lama jugak rasanya tak menulis ni. Bila lama tak menulis, timbul rasa malas nak menulis.

Inilah fitrah kehidupan kita. Itu sebabnya Islam amat menitikberatkan peranan istiqamah dalam hidup seorang Muslim. Kita di ajar untuk istiqamah melalui solat 5 waktu. Sejak kecil, pastinya kita dididik untuk solat 5 waktu.

Sebab itulah kita tidak merasa sangat berat dan malas untuk menunaikannya, betul kan? Ketika mana ayat tentang istiqamah turun kepada RasuluLlaah, beberapa helai rambut baginda menjadi uban, dek beratnya perintah itu.

Bagaimana mahu istiqamah dalam agama? Setakat yang aku tahu, tidak ada cara lain melainkan usaha untuk tidak sesekali cuba meninggalkan amalan tersebut.

Aku pernah bertanya kepada seorang ustaz, " ustaz, dalam sesetengah keadaan, bila saya lemah dan longgar amalan, saya mula rasa nak elakkan daripada kerja2 agama seperti mengadakan usrah, memberi tazkirah dan lain2 lagi kerana rasa diri lemah buat masa ni, nak tunggu masa lain lah"

Aku menambah lagi, " ok tak kalau saya tangguh kerja2 tu buat sementara waktu? nak bina kekuatan buat sementara waktu?.."

Mudah sahaja jawapan ustaz, " itulah permainan syaitan. dia berjaya mengharu-birukan keadaan nta, then dia akan bertambah gembira kerana berjaya perdayakan nta untuk menangguhkan kerja agam. Dengan memberi usrahlah nta akan jadi kuat semula.."

Aku faham. Itulah dia istiqamah. Walaupun lemah, tetap bergerak untuk agama, kerana itu yang akan menguatkan kita. Kalau aku cuba bertangguh dengan alasan nak kuatkan diri, aku telah tertipu lagi dengan syaitan la'natuLlaah.

p/s: teruskan usaha boikot terhadap produk amerika dan israel. teruskan sokongan dan sumbangan kepada bumi Palestin. moga kita bukan dari golongan mereka yang hangat-hangat taik ayam.

WaLlaahu'alam.

Tuesday, April 7, 2009

Doakan Kami

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

InsyaALlaah kami berdua akan menempuh peperiksaan pada 13, 14 dan 15 April ini, minggu depan. Buat sahabat2 pembaca, doakan kejayaan kami ye. Dan juga kejayaan seluruh pelajar perubatan batch kami, batch-12.

So, blog ni akan hold buat sementara waktu.

Wassalam.

Monday, March 30, 2009

Tahniah Untuk Mama ku..

BismiLlaahi Wal HamduliLlah.

Pada 25 Mac yang lalu, Mama ku, Puan Khlipah binti Ibrahim, telah berjaya secara rasmi mendapat sijil ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang yang beliau ceburi di USM pulau pinang. Tak ingat bidang apa, selalu lupa, tapi yang penting, ia berkaitan dengan Mathematics. Di usianya yang mencecah 49 tahun, Mama tetap gigih menghabiskan pelajaran di peringkat PhD dengan rintangan2 dan cabaran2 yang telah aku ceritakan pada September yang lalu.



Buat Mama, pastinya ibumu merasa bangga dengan kejayaan ini. Ibu Mama (nenek aku) kat sebelah mama, turut sama meraikan kejayaan Mama ini. Doakan juga anakmu ini berjaya di bidang perubatan yang masih jauh perjalanannya untuk dilalui.

Buat baba, tahniah atas kejayaan ini. Kejayaan mama adalah kejayaan baba jua. Moga kami anak2 mu mampu berjaya dengan lebih cemerlang dunia dan akhirat, insya Allah. Buat aku, kegagalan itu bukan bermakna ketidakmampuan, tetapi ia adalah feedback bahawa strategy lama itu tidak berkesan, strategy dan disiplin baru perlu di bangunkan untuk memastikan kejayaan kembali ke genggaman tanganmu. Keep up, plan again, and do some reformation in your life.


Moga2 kejayaan Mama akan terus menjadi pembakar semangat dan azam diriku dalam usaha untuk melayakkan aku memegang amanah ilmuNya. Allah takkan beri amanah itu jika diriku tidak berubah.


Wassalam

Friday, March 27, 2009

Apakah Benar Ini Jalannya



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Pada suatu hari, ada seorang pelajar sekolah menengah begitu berminat untuk mengambil bidang perubatan di sebuah universiti tempatan. Setelah memperoleh result SPM yang memberangsangkan, dia mula bertanya kepada senior2 tentang realiti belajar di bidang perubatan.

Lalu banyak informasi dan pengalaman2 yang dikongsi oleh senior untuk dia ambil langkah persediaan dan memastikan dia turut berjaya menggenggam segulung ijazah yang tertera padanya Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS).

Dipendekkan cerita, dia mula melalui jalan untuk mencapai hasratnya itu, lalu dia rasakan bahawa jalan itu berbeza dengan apa yag pernah diceritakan oleh senior2nya.

Dia merasa pelik. Kenapa tak susah sangat pun belajar. Biasa je. Lalu dia teruskan pelajarannya seperti biasa, dan mula mengatakan kepada dirinya, "betul lah ni, maybe sekarang senang kot ambik medic berbanding dulu. Kalau tak pun, mungkin aku budak pandai. Huhu"

Kemudian, tiba hari konvokesyen, dengan perasaan gembira dia menyambut segulung ijazah. Namun, dia tersentak...

" kenapa ijazah ni takde tulis MBBS pun? kenapa lain je perkataan ni? aku ambik ijazah lain ke ni???"

___________________________________________________


Manusia mudah alpa dan lalai dengan jalan yang mereka lalui. Barangsiapa yang ingin mengikuti jalan yang telah RasuluLlaah s.a.w lalui, pastinya mereka akan bertemu ujian2 dan rintangan2 yang berat, mirip dengan apa yang telah Baginda hadapi.

Ramai di kalangan kita yang masih syok dalam jalan sendiri. Kita tahu bahawa tidak ada pun ujian2 berat yang menimpa kita seperti mana yang diterima oleh para sahabat dan Baginda s.a.w sendiri, namun kita tetap meneruskan jalan ini, dek kesombongan dan perhambaan kepada nafsu sendiri.

Maka, tak mustahil kita akan jadi seperti analogi di atas. Tatkala dihimpunkan di akhirat kelak, kita mula menggelabah mencari RasuluLlaah s.a.w untuk meminta syafaatnya. Namun, ketika itu baru kita tersedar bahawa kita sebenarnya tidak mengikuti pun jalan kehidupan sebenar yang baginda telah tunjukkan.

Moga kita tak tergolong dalam golongan mereka yang rugi di akhirat kelak. Ayuh, bangunlah dari mimpi kita, terjunlah ke jalan kehidupan yang Baginda telah tunjukkan.

Baginda pernah berpesan "aku tinggalkan kepada mu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengan kedua2nya; yakni Kitab Allah dan sunnah RasuluLlaah"

- aku menulis untuk diriku; diriku adalah seperti dirimu jua-

WaLlaahu'alam.

Tadabburlah Ayat2 Nya..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Alhamdulillah, dapat satu lagi idea untuk meningkatkan ilmu tentang Quran. Aku perlu menulis sedikit tentang ayat2 yang aku baca, yang boleh dijadikan peringatan yang keras dan amat sesuai dengan keadaan manusia zaman kini.

Dengan menulis dan mencari, insyaAllah lama-kelamaan aku akan ingat ayat2 ini sebagai bekal untuk menelusuri jalan yang penuh liku ini. Jalan menuju redha ALlah tak seindah jalan menuju redha manusia, namun indahnya jalan ini hanya untuk mereka yang memandangnya dengan mata hati.

" Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya) " (Al-An'aam, 70)

Banyak yang Allah ingatkan hamba2Nya, cuma kita yang kurang ambil perhatian dengannya.

WaLlaahu'alam.

Tuesday, March 24, 2009

Apakah Kita Layak..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Apakah aku layak untuk memegang amanah ilmu2Nya? Segala macam ilmu adalah milik mutlak Sang Pencipta yang Maha Agung. Allah berfirman:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. " (al-An'aam, 59)

Maka kita sebagai hamba adalah penjunjung amanahNya yang besar, untuk menggunakan ilmu yang dipinjamkan oleh Allah demi Islam, untuk manfaat seluruh alam.

Moga aku mampu memegang amanah ini. Selamat menghadapi end-block exam buat semua sahabat2ku pelajar perubatan. Moga ada yang positif untuk exam kali ini, bermula 13 April 2009.

"Orang yang berjaya adalah mereka yang memandang setiap perkara yang negatif sebagai maklumbalas @ feedback yang dia perlu respon, bukan memandangnya sebagai kegagalan"

WaLlaahu'alam.

Friday, March 20, 2009

Muhasabah Untuk Diri


Classmates dan Guru Tahfiz ketika di Darul Quran
kenangan ketika rehlah tamat belajar

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

"Kata Umar bin Al Khattab : hisablah dirimu sebelum dihisab, dan timbanglah sebelum ia ditimbang, bila itu lebih mudah bagi kalian dihari hisab kelak untuk menghisab dirimu dihari ini..."

Maka tidak salah (malah satu keperluan) untuk kita kenang kembali peristiwa2 lama yang mempunyai 'nilai' yang boleh mengingatkan diri ini agar terus kuat dan istiqamah dalam sebarang halangan yang sedang dan bakal dihadapi.



Ini adalah kenangan ketika mula2 melangkah ke bumi Darul Quran. Pastinya dalam diri ketika itu penuh keazaman dan niat yang jitu untuk menggapai hasrat dan keinginan jiwaku selama ini. Namun, kadang2 kita terlupa akan peluang yang diberikanNya, hinggakan kita terleka dalam nikmat pemberianNya..




Ketika ini pula sejurus selepas pendaftaran, sesi bersama pentadbiran DQ dan mengangkat janji setia untuk melakukan sehabis baik sepanjang berada di DQ. Apakah sudah aku lakukan yang terbaik? Ruang yang ada sudah jauh ku tinggalkan 3 tahun yang lalu, namun peluang yang datang harus aku gunakan sebaiknya. Proses menghafal dan mengulang Quran tidak sesekali terhenti di DQ, sebaliknya wajib aku teruskan untuk sepanjang baki kehidupan yang ada.


Ini pula adalah sebahagian proses pembersihan minda dan hati ketika program orientasi pelajar yang berlangsung selama 5 hari; proses yang pastinya perit tetapi mendalam kesannya. Namun, kesan yang mendalam itu terkadang tidak mampu untuk memastikan diri ini istiqamah dalam menghadapi ujian kehidupan. Kerana ujian Allah tidak mengenal siapa aku, selagimana ia sesuai dengan keadaan diriku.

Tidak sedikit mereka yang tersentak dengan ujianNya, namun itulah tarbiyyah dariNya. Sebab itulah kita perlu melibatkan diri dengan majlis tazkirah dan program2 yang akan mengingatkan kita dari masa ke masa.



Khatam hafalan Quran tidak bermakna khatam Hafazan Quran. Kerana hanya mereka yang berjaya dalam hafazan Quran yang layak di gelar 'hafiz Quran'. Aku bagaimana? Apakah seluruh Al-Quran yang jumlah ayatnya 6236 ayat itu telah berjaya dihafaz? Masih jauh perjalanan ini; masih jauh cita-cita ini. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan tetap pastikan bahawa diriku terpilih untuk dianugerahkan nikmat yang kucita2kan ini; Haafiz Quran, bukan sekadar menghafal.



Bersama nikmat ini datangnya AMANAH besar yang wajib aku tanggung sepanjang hayatku. Begitulah jua kehidupan ini. Nikmat hidup, datang bersamanya amanah untuk taat padaNya, dan tadbir urus dunia mengikut jalanNya. Nikmat Islam dan Iman, datang bersamanya amanah untuk dakwah dan menegakkan kalimah Tauhid agar berada di atas runtuhan jahiliyyah.

Nikmat belajar, datang bersamanya amanah yang besar untuk menyempurnakan tuntutan fardhu Kifayah untuk manfaat semua, bukan untuk diri sendiri. Nikmat adanya isteri, datang bersamanya tanggungjawab berat yang perlu aku pikul sebagai suami.Nikmat anak, datang bersamanya amanah yang sangat besar untuk mengenalkannya kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung.

Kadang2, datang musibah. Alangkah beruntungnya mereka yang senantiasa tafakkur dalam musibah mahupun nikmat. Bukankah musibah itu tanda kasihnya Al-Khaaliq kepada makhlukNya? Kalau kita ternak kambing, bukankah cemeti yang kita gunakan untuk pukul kambing2 ini kerana bimbang keselamatan mereka?

Sekeping gambar, seribu manfaat; dengan syarat, lihat dengan mata hati, bukan mata nafsu.Renung2kan.

WaLlaahu'alam.