Friday, December 18, 2009

Moga Ada Ruang Untukku Ke Sana..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Semalam ada ruang masa untuk ke tabung haji untuk daftar nama bagi menunaikan haji pada masa depan. Maklumlah, baru dapat wang biasiswa. Jadi, lepas siap rancang dan susun bajet Januari-Jun 2010, terus aku keluarkan wang RM2000 untuk dimasukkan ke akaun tabung haji. sebab, syarat untuk daftar haji, kena ada sekurang2nya RM1300 dalam akaun. So, RM1000 untuk akaun aku dan isteriku, untuk cukupkan had tersebut.

Hari itu, dengar dalam radio IKIM, biasanya kalau daftar haji, kita akan dapat gi haji dalam masa 15 tahun akan datang. Tu sebabnya nak daftar cepat-cepat ni. Targetku, kalau 15 tahun lagi, bolehlah ke sana masa umur menjangkau 37 tahun. Tapi , lepas siap daftar, tengok2 kat kertas pendaftaran tu. Wahhh, terkejut!



Lambat lagi. 20 tahun lagi. Tahun 2029. Sekarang tahun 2009. Dah bercucu kot time tu. Huhu. Takpelah, yang penting dah daftar. Nanti tiba masanya, kalau umur masih panjang, adalah rezeki kami untuk menunaikan haji.

Jadi, buat sahabat2 yang belum mendaftar, daftarlah cepat2 ye. Kalau lambat2, bila pulak lah turn untuk menunaikan haji kan. Kalau tak cukup duit, cuba berjimat2 ye. Kalau rasa nak jugak simpan dalam MAA Takaful @ Public Mutual @ apa2 lah, hold dulu. Cukupkan simpanan Rm1300 kat tabung haji. Then, invest lah pulak bila dah selesai kan.

OK, wassalam.

7 comments:

teh said...

teh ngn abg aidil dah daftar thn lepas...lagi 17 tahun gitula giliran kami....moga2 Allah permudahkanlah urusan kita ye..

HafizahAhmad said...
This comment has been removed by the author.
fizah said...

laa,g2 k?
kalu g2 fizah pun nk dftr awl2 la
20 thn tu lame

ANIEMZ said...

uish.. lame sgt tu.. lagi pun TH dh utamakan golongan warga emas dulu dari kite yg muda2 ni.. pape pun, thanks sebab bagi info neh.. kitaorg pun memang tengah rancg nak gi daftar gak.. huhu..

abu 'iffah said...

ye, gitu lah, fizah.. pegawai tabung haji kabo ari tu.. tapi maybe tak ramai tahu @ ambik tahu pasal ni.. kami pun baru teringat nak daftar lepas dengar ikim tu laa

tok esah said...

abg imran buat rayuan r nak g awal sket, i/Allah, ada rezeki r tuuu...

fizah said...

fizah dh dftr haji gk,
lg 20 thn bleh pegi
hi2