Monday, July 27, 2009

Apakah Ada Ruang Untuknya di Malaysia?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Siapakah Marwa Ash-Shabrbini? Anda kenal beliau? Kalau tidak tahu kisah ini, layaklah kita digelar sebagai "umat bawah tempurung" yang hanya hidup tanpa usaha untuk mengambil tahu isu-isu semasa yang mempunya impak besar kepada Islam, yang berlegar di sekeliling kita.

Walaupun kisah ini dah agak lama ( kurang lebih 2 minggu), namun aku tetap ingin menulisnya kerana aku merasakan masih ada yang tak tahu tentang ini.

Marwa Ash-Sharbini ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman ketika perbicaraan sedang dijalankan. Kejadian ini rentetan dari sebutan kes dimana seorang pemuda jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai 'teroris' hanya kerana ia memakai tudung 'jilbab'.

Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas tudung 'jilbab' Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana ia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman.

Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa yang kini dalam keadaan cedera parah di hospital Dresden.

Tiada siapa yang cuba menyelamatkan beliau melainkan suaminya!


Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Ash-Sharbini ke tempat persemadiannya yang terakhir, memang mungkin lebih ramai yang menangisi kepemergian Raja Pop Michael Jackson.

Marwa Ash-Sharbini hanyalah seorang ibu dan bukanlah orang ternama mahupun superstar seperti MJ. Tetapi kepemergian Marwa Ash-Sharbini adalah lambang jihad paling agung seorang muslim di abad ini. Marwa Ash-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia sanggup menggadaikan nyawanya.

Beliau mati kerana Islam. Isu ini isu besar. Tapi, apa jadi pada berita2 di Malaysia? Mana siaran tentang kematian beliau dalam berita2 utama di Malaysia? Kenapa MJ yang mati disebut2 dalam berita hampir 3 -4 hari? Apakah nilai seorang Muslim yang dibunuh tanpa sebab di depan umum di mata kita?

"aku anti-berita-TV1,TV2,TV3"

Wassalam.

3 comments:

teh said...

Marwa Ash-Sharbini bolehlah dikatakan wakil muslimah di Jerman yg berani ke hadapan stelah di cerca oleh puak2 yg anti Islam. kat Jerman terutamanya east Germany mmg masih ramai yg anti Islam dan pro Nazi. Memang ramai muslimah kat Jerman yg dipandang serong hanya disebabkan memakai hijab.

abu 'iffah said...

oo,gitu ek. teh takde pape problem ke spanjang duk kat jerman?..

teh said...

teh x pnah lagilah rasa dipandang serong sebab tempat teh ramai org turki..Boleh lah nampak org Turki bertudung yg kerja same2 ngn org Jrman