Saturday, October 24, 2009

New Product From Us!


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Syukur ku panjatkan buatNya yang terus menerus memberikan rezki untuk makhluk2Nya, samada beriman mahupun tidak, samada taat mahupun durhaka.

AlhamduliLlaah, bermula dengan program IQuest '09 pada 16/10 yang lalu, kami diberikan ruang untuk membekalkan cupcake coklat untuk jualan di gerai. Masa tu, kami meletakkan harga promosi RM0.90 walaupun ramai yang suruh letak harga Rm1.00 atau lebih. Tapi takpelah, 90sen pun ada untung jugak.

Sekarang, setelah dikira2 dan disusun masa, kami meneruskan jualan ini di beberapa tempat seperti berikut:

1) Kelas kami, Lecture Hall 2 KOM
2) Mahallah Talhah IM2
3) K.O.Dentist lounge
4) Mahallah M4

Semuanya berharga RM1.00 shj, tak mahal sangat. Ramai dah yang cadang naikkan harga sebab katanya RM1.00 tu murah. Tapi kalau naik harga, tak ramai pulak yang nak beli nanti. Lagipun, dah ada untung dengan jualan ni. InsyaAllah puas hati kalau beli.

Tak banyak ke masa habis? Kurang lebih 4jam seminggu untuk siapkan 4 adunan cupcake ni. Oklah kan. Sahabat2 yang involve dengan IRC punya bisnes pun banyak jugak akan habis masa & tenaga. Itu memang lumrah bisnes. Letih jugak sikit2, tapi lebih berbaloi dan bermanfaat jika dibandingkan dengan menghabiskan masa menonton TV dan bermain computer games.

Bukankah hidup ini memerlukan pengorbanan dan disiplin untuk berjaya?

WaLlaahu'alam.

7 comments:

Ummu Iffah said...

Caiyook abang!

teh said...

Semoga yan ngn nurul berjaya dalam perniagaan...Doakan teh ngn aidil juga ye

abu 'iffah said...

insyaAllah..berniaga kecil-kecilan je pun.. xreti lah nak berniaga guna internet mcm teh. tapi niaga mcm ni pun best gak.

fizah said...

waaaa~~~~nmpk sdap sgt,
blehla share resipi ngn fizah =DD,
nnt leh fizah jual kt auckland,
he2

abu 'iffah said...

boleh je..kekgi ah kami send kot email..

hafiz huzazi said...

salam..wah..cupcake itu buatan kalian berdua. Jujur ana sudah beli beberapa kali di mahallah IM 2. Sangat sedap dan murah! Kalau di luar biasanya harga mencecah RM 1.50 satu memandangkan limpahan coklat yang banyak.Moga perniagaan terus berkembang.InsyaAllah.

hafiz huzazi said...
This comment has been removed by the author.