Tuesday, May 19, 2009

Ingin Berubah?


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Satu poin yang aku dapat time mengikuti kuliyah maghrib ayah hari tu berkenaan cara2 untuk membuang sifat mazmumah dalam diri. Antara yang disebut, yang pertama adalah taubat. Namun, kita termasuk aku sering terlepas pandang aspek yang cukup penting selain daripada taubat: mendekati majlis ilmu dan bergaul dalam satu kelompok yang baik.

Ramai orang yang sering menyebut, "aku ingin berubah, aku insaf dan nak ubah perangai aku". Namun, sering jua kedengaran dari mereka ini, "aku tak dapat berubahlah, susah. Dulu dah insaf, tapi tak dapat jugak nak ubah.

Maka, di mana silapnya? Itulah pentingnya mendekatkan diri dengan suasana agama, kerana iman kita sekarang adalah iman suasana. Betul tak? Aku pun begitu. Bila duduk dalam kelompok usrah, terlibat dengan aktiviti agama, maka terasa diri ini terjaga. Apabila jauh, berada dalam musim cuti tanpa aktiviti agama, kadang2 diri ini mula lalai.

RasuluLlaah s.a.w. sudah berpesan:
" Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”


So, jika ingin berubah, carilah suasana yang kondusif, kerana kita semua hanyalah hamba yang lemah. Mengikuti usrah dan halaqah sahaja pun sudah mencukupi sebenarnya; dengan syarat, istiqamah.

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

setahu sy..kat sekolah shams dlu..usrah tu hanya tuk org 'terpilih 'jer..org2 lain tu cmne? yg lagho trus dibiarkan jadi lebih lagho..kalo nak buat bende baik, ajak la semua skali join..tak ke gitu?

aizat nasri said...

sokong2...masuklah usrah medist....