Wednesday, March 18, 2009

Kenapa Perlu Menipu??

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Terjumpa artikel ini. di TKO, dan memang TV3 selalu macam ni. Hmm

____________________________________________
 TV3 (buletin utama - 15/03/09) sekali lagi berbohong iaitu
mengenai bantuan kepada adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 iaitu berkenaan tawaran sebuah rumah kepada dia sekeluarga. TV3 menyiarkan bahawa umno menyediakan tawaran rumah itu menerusi Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

sedangkan..

Dari Harian Metro Online:

KOTA BHARU: Kejayaan seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar berkenaan.

Malah, bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, menyifatkan pemberian bantuan itu sebagai rahmat terutama bagi membantu keluarganya yang serba kekurangan dan menjamin depan anak sulungnya itu.

Sebelum itu, Nik Mohd Kamal dikunjungi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Che Othman Che Mat.

Dalam kunjungan itu, Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan RM5,000 serta menawarkan sebuah rumah di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, untuk kediaman keluarga berkenaan manakala Dali memberikan bantuan RM1,000 bagi meringankan bebanannya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090316084507/Article/index_html

_______________________________________________

Ingat pesan Allah dalam surah Al-Hujurat; apabila datang suatu berita kepada kamu, siasat lah sebelum percaya. Moga2 kita tidak tergolong dalam kelompok mereka yang mempercayai fitnah dan penipuan.

WaLlaahu'alam.

1 comment:

Anonymous said...

slm,ana terjumpa blog ni.. psl tv3 tu, ada 1 lg yg dia tipu, iaitu sek adik nur madihah ni..diorg kata smka naim lilbanat, adik tu kan dr mmp... ya Allah, jauhkan kami dari cepat mempercayai berita yg menipu ni..