Wednesday, March 11, 2009

Setiap Yang Hebat Bermula Dari Kesusahan


BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Baru2 ini sahabatku Sharif ada menyentuh sedikit tentang pengalaman beliau berada di Madrasah Quran Kubang Bujuk, KTerengganu ketika tazkirah bersama student medic selepas kelas.

Lalu terlintas di hatiku untuk turut berkongsi pengalaman tersebut sebagai pengajaran bagi manfaat semua, kerana Allah sebenarnya memberikan jalan kehidupan yang berbeza untuk setiap hambaNya, walaupun hala tuju kehidupan kita sama. Maka pastinya banyak pengalaman berbeza yang ditempuhi oleh setiap manusia.

Menjejakkan langkah di Madrasah tersebut bukanlah satu perkara yang mudah. Time tu tengah cuti, maka pastinya halangan pada diri sendiri perlu diatasi. Ikut hati, memang tak pergi dah, tapi kerana keinginan untuk tambah kekuatan diri, aku tetap gagahkan diri untuk bermujahadah di sana.

Di situ, semua alat elektronik mahupun cetak diharamkan. Maka pelajarnya akan fokus kepada Quran, Pelajaran, Kitab dan juga kerja Dakwah. Mereka tidak terganggu dengan bahan2 yang tidak mereka perlukan ketika belajar. Itulah mujahadah yang pastinya sukar ditempuh oleh kita semua.

Rutin mereka? Pagi dikejutkan jam 4.30a.m. Then, mandi tengah2 sejuk kat kolah yang open-air (Mandi pagi segar sebenarnya, tapi sukar untuk dilatih). Jam 5a.m pintu dorm dikunci oleh ustaz bertugas. 5.15a.m pagar asrama dikunci. Then, pelajar akan Qiyam di masjid. Biasanya dalam 15-20 minit sebelum solat subuh, pelajar akan buat halaqah Quran untuk mengulang sebelum tasmi' (perdengarkan hafalan) di hadapan ustaz.

Selepas Subuh, mula kelas untuk tasmi'. Then, jam 7.30 a.m sarapan pagi dan bersih kawasan madrasah termasuk asrama. Madrasah mana ada pekerja2 yang di upah macam kat tempat kita.

Kemudian, 8.30 a.m sambung kelas tasmi' dan i'adah (ngulang hafalan) hinggalah jam 11.00 a.m. Tima ni biasalah nampak pelajar dirotan sebagai method pendidikan. Pernah beberapa pelajar di situ menyebut, kesan rotan itu sebenarnya mendalam pada jiwa seorang pelajar. Rugi kalau tak pernah merasa rotan. Jam 11.00 a.m, ustaz akan beri tazkirah sebagai peringatan harian kepada pelajar2nya.

Then, makan tengahari dan rehat. Lepas zohor, kelas bersambung dalam jam 2.15 pm untuk i'adah sahaja, hinggalah waktu asar. Lepas asar ada bacaan ta'alim sebagai peringatan dan motivasi untuk pelajar2. Then, riadah. Jam 7p.m semua wajib berada di masjid menunggu waktu maghrib.

Lepas maghrib, kelas bersambung untuk hafalan dan tamat pada jam 10.30 p.m Then, semua pelajar diwajibkan tidur pada jam 11.30 p.m. Itulah sedikit sebanyak rutin harian di situ.

Kita pula bagaimana? Kelas mereka bermula jumaat malam dan tamat pada khamis petang. Cuti? Sehari je seminggu. takde cuti sem mahupun cuti lepas exam. Cuti biasanya time raya haji dan raya puasa. Dan kebanyakan mereka keluar berdakwah pada hari khamis petang dan balik pada jumaat tengahari. Bilakah mereka berehat?

Aku amat kagum dengan mujahadah pelajar2 ini. Jauh jika dibandingkan dengan kita. Tak hairanlah ada pelajar yang mampu menghabiskan i'adah 1juz time berjalan dari kelas ke asrama, terutama pelajar kelas 'alim (macam ijazah lah) kerana mereka diwajibkan ambil syahadah (ujian hafalan 30juz) sebagai kelayakan untuk masuk kelas 'alim.

WaLlaahu'alam.

1 comment:

Anonymous said...

salam, betul tu.
rugi kalau xmerasa rotan. ana kt dq dulu pan, almost tiap2 hr kna rotan. malu mmg malu, tp nk wat cemane. salah sendiri.
tp kesannya bgus. =)