BismiLlaahi Wal hamduliLaah
Setelah terbaca ulasan ringkas dalam sebuah buku, aku terasa perlu untuk berkongsi dengan sahabat2 pembaca sekalian.
Mungkin akhir2 ini makin ramai di kalangan umat Islam, apatah lagi bukan Islam yang sering mempersoalkan kenapalah Islam suka sangat mengongkong hidup mereka. Seolah-olah tersekat kebebasan mereka untuk hidup 'gembira dan seronok'.
Dalam buku kecil, "bisikan sirr", ada bab yang menyentuh tentang bagaimana umat sekarang tercemar pemikiran mereka dengan definisi 'bebas' yang dicanang2kan oleh barat melalui medan perang fikiran atau lebih dikenali sebagai GhazwatulFikri.
Apakah kita sudah lupa bahawa kedatangan Sayyiduna RasuluLlaah s.a.w adalah untuk membebaskan manusia daripada jahiliyyah kepada kehidupan yang teratur dalam sebuah sistem yang bersifat rabbani. Pastinya sistem kehidupan yang sifatnya Rabbaaniyyah adalah sistem yang terbaik untuk manusia kerana kita dicipta olehNya.
Barat sekarang sebenarnya sedang cuba untuk mengheret manusia kedalam kancah kehidupan berlandaskan nafsu, sehinggalah manusia dijajah dengan begitu hebat oleh nafsu syahwat mereka. Betapa ramai manusia yang kehidupan mereka begitu jauh dipandu oleh nafsu, menjauhi Sang Pencipta yang bersifat Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim.
Betapa ramai juga manusia yang sudah berubah ketaatan mereka, daripada mentaati Allah kepada mentaati manusia, kuasa dan wang. Justeru, bebaskanlah dirimu daripada penguasaan nafsu, agar tinggi darjatmu disisi Nya. Bebaskanlah dirimu daripada perangkap jahiliyyah moden. Islam bukan mengongkong, tetapi menyelamatkan manusia daripada hanyut dengan kehidupan yang fana' ini.
_______________________________________________
[1]
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[2]
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
[3]
Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[4]
(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
(Surah Al-Jumuu'ah)
____________________________________________
Bukankah kita ingin menuju jannahNya? WaLlaahu'alam.
1 comment:
Assalamualaikum...
saya pun tak pasti sama ada sekarang mentaliti saya ni lebih kepada terkongkong dengan adat atau budaya barat. Kadang-kadang saya rasa saya lebih kepada kongkongan adat. Pada pandangan saya adat yang pelik telah diterapkan oleh segelintir masyarakat seperti perkahwinan yg sederhana tapi kos dia hampir cecahan puluhan ribu juga.Kemudian, kuasa wang itu sendiri mampu mentakbir mentaliti manusia sekarang kerana mereka sentiasa beranggapan yang hidup ini sangat mementingkan wang sehinggakan mereka terlupa membezakan yg mana wajar disederhanakan. Akarnya di sini, manusia telah dipelopori oleh fikiran barat, menyebabkan mereka sukar untuk balik kepada asas kehidupan iaitu bersederhana dalam sesuatu. Jadi bila orang menerapkan konsep sederhana dalam hidup mereka itu yang akan terkongkong. ^_^
Post a Comment