Thursday, March 12, 2009

Renungan Bersama...

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Aku ingin menyambung beberapa renungan dan pengajaran yang aku dapat hasil sedikit masa yang aku telah 'hadiahkan' untuk jiwaku dilentur dan dibangunkan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar tatkala ini.

Aku masih ingat kata2 nasihat oleh seorang abang yang tinggi ilmu dan keperibadiannya. Umurnya sudah mencecah 25 tahun (if not mistaken) pada masa itu. Biasanya pada peringkat umur seperti ini, susah nak ikut sangat penyusunan disiplin yang dibuat di sesuatu tempat. Di madrasah, nak pergi mana2 kena minta izin ustaz, walaupun dah dewasa. Langgar disiplin, rotanlah jawabnya. Masa untuk diri sendiri (contohnya nak bersukan lama2, nak rehat lama2 dll) memang jarang dipenuhi dek kewajipan untuk mematuhi masa yang disusun oleh pengurusan madrasah.

Tapi, poin yang beliau sebut, " kita pergi mana2 untuk belajar, kena anggap dan pegang bahawa inilah tempat terbaik untukku. Inilah guru2 dan sahabat2 yang terbaik untuk kita, yang akan beri manfaat dalam proses pembelajaran kita. Kalau kita terus beranggapan sebegini, insyaAllah kita akan dapat melalui proses ini dengan baik dan tenang"

Then, ada poin yang dikongsi oleh seorang ustaz sebagai nasihat untuk pelajar2nya. " untuk berjaya dalam belajar, kena hormat 3 perkara: hormat guru, hormat buku dan hormat tempat belajar" Hormat buku bagaimana? Tutup lepas baca, susun dan simpan jika tidak digunakan. Tempat? Berkelakuanlah sesuai dengan kemuliaan tempat ilmu.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, walaupun aku bukanlah golongan yang baik dalam pencapaian akademik (buat masa ini).

WaLlaahu'alam.

No comments: