Thursday, February 5, 2009

Solat Sunat Hajat dan Doa!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Aku terasa untuk memberikan sedikit respon tentang isu paling kontroversi di awal tahun 2009 ini; "BN rampas kerajaan negeri Perak?". Aku cuba membaca dari pelbagai sumber tentang isu ini. Bagiku, ini adalah perang politik yang cukup sengit antara PR dan BN.

Maka, siapa yang benar, siapa yang salah? Berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku selama ini, sememangnya BN sering menggunakan kuasa wang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Apakah PR pula bersih dari segalanya? Terdapat beberapa kes yang juga menunjukkan berlakunya kes yang sedemikian dalam PR, kerana manusia ada nafsu. Apabila nampak wang jutaan ringgit depan mata, pastinya tewas dek kerana iman yang lemah, integriti yang rendah nilainya.

Namun, kes sebegini pastinya jauh lebih bertimbun2 dalam BN berbanding PR. Aku tidak pasti apakah pemimpin2 yang masuk ke kancah politik atas dasar ingin menentang kezaliman ini mampu istiqamah ataupun tidak. Kerana bagiku, mereka yang berperang di kancah politik atas dasar tarbiyyah sahajalah yang mampu untuk berdepan dengan habuan duniawi ini.

So, harapanku agar pimpinan2 Perak mampu bertahan daripada serangan ini. Aku personally kagum dengan DS Nizar Jamaludin yang berjaya membawa masuk elemen dakwah dalam pentadbiran beliau. Tapi kuasa Allah menentukan segalanya. Yang tewas dalam perang tak semestinya berada di pihak yang salah.

Buat saudara2 ku, banyakkan solat hajat dan doa agar kerajaan yang hak dapat dipertahankan dan kerajaan yang batil dapat ditumbangkan, agar rakyat marhaen seperti aku terselamat daripada fitnah dan kerosakan yang dibawa oleh kerajaan yang batil.

Wa makaruu wa makaroLlaah.. WaLlaahu khoirul maakirin.

WaLlaahu'alam.

No comments: