Wednesday, February 25, 2009
Hold Jap..
Minggu ni aku ada beberapa perkara yang nak kena settle dan fokus. So, kena hold jap, slow sikit blogging. Tambahan pulak minitest 10/03 ni, 2minggu je lagi. Ok, maaf semua. Wslm
Wednesday, February 18, 2009
Apakah Sudah Cukup?!!
BismiLlaahi Wal hamduliLlaah
Tadi tengah baca2 tulisan ust hasrizal yang terkenal dengan kelembutan dan ketajaman dalam penulisannya tentang sebarang isu. Lalu aku tertarik dengan tulisan tentang realiti persepsi kehidupan manusia zaman kini yang beliau hurai dengan ringkas tetapi mempunyai maksud dan iktibar yang sangat berguna untuk semua.
_______________________________________________
Source: www.saifulislam.com, "erti hidup pada memberi"
“Kami memberi perkhidmatan terbaik, memberi minum kepada mereka yang datang menunaikan haji!” tegas kaum Mekah membantah seruan Nabawi.
“Kami juga pemakmur al-Masjid al-Haram. Segala kemudahan kami sediakan untuk tempat yang mulia ini,” tambah seorang lagi.
“Nak apa lagi?” angkuh sekali mereka mengakhiri konfrontasi.
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyeru manusia kepada Islam. Ada yang menerima ramai juga yang menolak. Ada yang menolak kerana membenci kebenaran, menolak tanpa beralas-alasan. Namun ada segelintir yang mereka-reka pelbagai alasan, mengapa tidak wajar seruan Muhammad itu dilayan.
Dalam banyak-banyak alasan itu, alasan pembangunan adalah alasan yang paling hebat. Bahawa mereka sudah membuat sebesar-besar kebajikan di sebesar-besar tempat, pada sebesar-besar musim, dan semuanya menjadi kebanggaan.
Tradisi menyediakan minuman untuk mereka yang datang ke al-Masjid al-Haram itu sudah zaman berzaman menjadi kebanggaan kaum Arab di Mekah. Ia suatu tugas yang dipandang tinggi. Malah mereka bukan setakat menyediakan minuman, rumah binaan Ibrahim itu juga mereka makmurkan dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.
Alasan itu sungguh jelek.
Mereka cuba menjadikan kebajikan itu setinggi-tinggi kebaikan, tanpa menyembah Tuhan?
Allah Subhanahu wa Ta’aala menempelak musyrikin Mekah ini dengan firman-Nya:
“Apakah kamu mahu menjadikan perbuatan memberi minum kepada para Hujjaj dan membangunkan al-Masjid al-Haram itu sama seperti nilai orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad fi sabilillah? Tidaklah sekali-kali mereka itu sama di sisi Allah. Dan Allah tidak sekali-kali memberi petunjuk bagi manusia yang berlaku zalim…
Orang-orang yang beriman kepada Allah, dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka, itulah sehebat-hebat darjat di sisi Allah. Dan mereka itulah golongan yang sebenar-benarnya berjaya” [al-Taubah 9: 19-20]
Ya, kebajikan itu kebajikan. Ia mungkin mencurah lautan manfaat buat manusia. Namun tanpa menghubungkan segalanya dengan sebuah kehambaan manusia kepada Pencipta, bisakah semua itu meraih Syurga?
TETAMU BIADAB
“Assalamualaikum Kak Ros. Cantiknya rumah Kak Ros. Kerusi cantik, bunga cantik, almari cantik. Pandai Kak Ros menghias!” ujar Encik Ali dari rumah sebelah.
Tersipu-sipu Kak Ros menerima pujian.
Cantiknya lampu Kak Ros
“Ini saya ada bawakan nasi tomato dengan dalca ayam yang Kak Ros suka. Saya buat kurang pedas supaya anak-anak pun boleh makan sama,” Encik Ali menghulurkan mangkuk tingkat kepada Kak Ros.
“Oh, terima kasih. Baiknya hati Encik Ali. Perkenalkan, ini suami saya, Abang Abu!” kata Kak Ros sambil menunding ke arah Abang Abu yang merah-merah muka di sebelah.
“Oh Encik Abu. Apa khabar? Kak Ros kalau saya masakkan dalca kambing, Kak Ros makan tak?” Encik Ali menoleh sesaat kepada Encik Abu kemudian terus beramah mulut semula dengan Kak Ros.
“Err, makan. Tak payahlah susah-susah Encik Ali. Kak Ros ok sahaja,” balas Kak Ros.
“Eh, jangan begitu. Kita ini bukankah berjiran. Kalau anak Kak Ros ada masalah nak ke sekolah, saya boleh hantarkan!” Encik Ali putih dan ikhlas hatinya menawarkan kebajikan.
Encik Abu sudah mengepal penumbuk. Geram benar rasa di hati. Tetamu yang seorang ini begitu baik dengan isteri dan anak-anaknya, tetapi langsung tiada hormat dan peduli kepada TUAN RUMAH. Dalam segala kebajikan dan kebaikan, tetamu yang banyak jasa inilah tetamu yang BIADAB kepada tuan rumah. Tiada penghormatan, tiada pengiktirafan, apatah lagi selepas diperkenalkan secara berdepan.
IBRAH PERBANDINGAN
Kisah di atas kisah rekaan. Tetapi saya lakarkan ia untuk sebuah perbandingan. Tatkala manusia bersungguh-sungguh berbuat baik kepada manusia, tidakkah ada di benak fikirannya tentang Dia Pencipta manusia?
Sekurang-kurangnya seorang tetamu ada rasa hormat kepada tuan rumah. Sebelum menghulurkan kebajikan kepada ahli rumah, dihormatnya si tuan rumah. Malah tetamu yang terbaik adalah tetamu yang menjaga hubungannya dengan tuan rumah, bermesra dengannya, pandai mengambil hatinya, sambil turut sama membawa buah tangan untuk memanjangkan kebaikan kepada seisi ahli rumahnya. Itu warasnya fikiran seorang tetamu.
Justeru wahai sekalian ahli kebajikan, ahli politik, ahli dermawan dan ahli hartawan. Kebajikan kamu melimpah ruah, tetapi soalan “nak apa lagi?” yang kamu tempelak terhadap seruan dan dakwah kami, mengundang persoalan kami untuk kamu pula:
KAMU BERJASA KEPADA MANUSIA, KAMU BERDOSA KEPADA TUHAN MANUSIA…
sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim membelakangkan Dia!
_____________________________________________
Moga2 sahabat2 pembaca dapat manfaat daripada tulisan ini. Apakah cukup hidup kita sebagai student? Sebagai doktor yang berbakti untuk pesakit? Sebagai dentist yang berikhtiar untuk melegakan sakit gigi? Sebagai engineer yang berikhtiar membina binaan yang selamat?
Pastikan hidup kita tidak lari daripada misi asal kehidupan ini, "mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya". Letakkan diri kita dalam kelompok yang berjuang untuk agamaNya, insyaAllah selamat dunia akhirat.
WaLlaahu'alam.
Tuesday, February 17, 2009
Indahnya Islam..
beberapa minggu ni aku sedang belajar tentang cacing dan bacteria yang boleh membawa penyakit dan mampu untuk menyebabkan kematian.
kebanyakan mode of infection adalah melalui pemakanan. Bukankah dalam islam kita diajar untuk membasuh tangan setiap kali makan? Bukankah kita disuruh untuk memilih makanan yang halaaalan toyyiban? Bukankah Islam amat menitik beratkan bab najis? Kebanyakan kes adalah disebabkan tangan tak dibasuh sebelum makan dan makanan tak dimasak sebaiknya.
Buat pengetahuan semua, pada wang kertas ataupun syiling sekalipun berkemungkinan besar terdapat telur cacing padanya. Then, bila makan tak basuh tangan, telur tu akan berjaya masuk dalam badan kita. Then, kenalah penyakitnya. Begitu juga dengan sayur, ikan, ayam yang tidak dibasuh sebaiknya.
telur cacing juga kebanyakannya keluar dari badan melalui najis, (feces), so mereka yang tak beristinjak dengan sempurna ada kemungkinan untuk menyebabkan infeksi kepada orang lain melalui telur cacing yang mungkin ada di tangan selepas istinjak.
banyak kalau nak cerita. Cumanya, poin yang nak ditekankan di sini, majoriti jangkitan disebabkan tidak jaga kebersihan sebaiknya.
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
WaLlaahu'alam.
Wednesday, February 11, 2009
Friday, February 6, 2009
Doaku Untukmu, Kerajaan "Baru" Negeri Perak!
________________________________________
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah kumpulan/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka.
________________________________________
Siapa yang tidak tahu wajah sebenar mereka? Siapa yang tidak mengikuti kisah2 kezaliman dan kerakusan mereka? hanya orang yang tertutup hatinya dan beku mindanya yang tidak mahu mengambil hirau nasib umat Islam dan rakyat Malaysia sahajalah yang tidak akan bertemu dengan kebenaran di sebalik semua kemelut ini.
Wahai kerajaan "baru" negeri Perak, ALlah maha berkuasa dan maha merancang. Ingat!perancangan ALlah maha hebat, jauh dari apa yang mampu dirancang oleh manusia. Aku cukup teruja dengan pemanggil2 radio IKIM dalam siri salam jumaat pagi tadi. Ada beberapa pemanggil yang menyebut, "Ingatlah, kamu hanya akan dapat rasa gembira buat sementara waktu, tunggulah PRU13 akan datang". Tidak kurang juga yang melabelkan tindakan mereka seakan2 sama dengan rejim zionis la'natuLlaah.
Apa2 pun, sebagai seorang mahasiswa, aku hanya berharap agar segalanya kembali dalam keadaan yang baik, moga2 ALlah merahmati seluruh negeri Perak dan seluruh umat Islam.
“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.” (alBaqarah, 177)
Sabda Nabi s.a.w, “Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Selamat berjuang buat pemimpin yang ku hormati, DS Ir Nizar Jamaluddin. Ucapan beliau penuh dengan tinta2 ilmu yang sangat diperlukan buat mengisi jiwa2 rakyat yang dahagakan ketenangan dalam suasana Islam.
WaLlaahu'alam.
Thursday, February 5, 2009
Be a Positive Person! Be Calm..
Just now, we (12batch of medical students) faced some problems in our class that had created some uncomfortable environment and condition due to our own mistakes actually. For me, there are some lessons that we need to consider.
1. Sebenarnya kita masih diselubungi ataupun dikuasai oleh sikap buruk orang Melayu (bukan menghina, tetapi sikap ni common dalam bangsaku). Apabila ada student yang nak try duduk kat depan sekali, akan ada suara2 mengusik yang melemahkan semangat dan kadang2 menyebabkan kita malu untuk berubah. That is also same when some of us try to practice english in their conversation. pasti akan ada rakan2 yang memberi respon seolah2 untuk melemahkan semangat rakan sendiri. So, try to change this, including me myself. Sebab tu tadi ramai yang tak follow instruction to seat in front.
2. Memang tak dinafikan bahawa kita sering menunjukkan sikap yang berbeza apabila berdepan dengan individu2 yang berbeza sikapnya. It is common. As a student, we always behave differently for different type of lectures; if the lecturer is strict to the time, we will come to the class on time. If the lecturer always joking to make the class not so boring, we tend to take it as a chance to not be serious. Akhirnya, kita terperangkap dengan sikap kita sendiri. So, behave exactly as a student should behave in the class.
3. Positive person always looking at the advantages in disadvantages; chance in the hardship; hikmah in any trials. Pastinya ada terselit hikmah yang besar nilainya jika kita renung dengan hati yang tulus dan terbuka. Don't be too judgemental. Accept it first, think within the positive side instead of negative one. Mungkin perkara yang kita hadapi tadi sekadar amaran dari Allah menerusi manusia untuk menyedarkan kita bahawa kita belum berakhlak dengan akhlak islamiyyah ketika belajar. Positive person will thank to Allah for giving this reminder. Mungkin ada yang kata, 'aahhh, aku dah jaga adab, orang lain yang tak jaga'. Then, kita kena ingat, dalam bab seperti ni, kita bertanggungjawab atas kesalahan orang lain selagi mana kita tidak bertindak untuk mencegahnya. Al-Amru bil ma'aruf wan nahyu 'anil munkar.
4. Lastly, keep on praying, hope that the situation be return to the normal as before. Hope that everything will be right. Hope that our knowledge will be blessed.
P/S: I write this just as a reminder; especially to me myself and thus, i want to share with my fellow friends.
WaLlaahu'alam.
Solat Sunat Hajat dan Doa!
Aku terasa untuk memberikan sedikit respon tentang isu paling kontroversi di awal tahun 2009 ini; "BN rampas kerajaan negeri Perak?". Aku cuba membaca dari pelbagai sumber tentang isu ini. Bagiku, ini adalah perang politik yang cukup sengit antara PR dan BN.
Maka, siapa yang benar, siapa yang salah? Berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku selama ini, sememangnya BN sering menggunakan kuasa wang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Apakah PR pula bersih dari segalanya? Terdapat beberapa kes yang juga menunjukkan berlakunya kes yang sedemikian dalam PR, kerana manusia ada nafsu. Apabila nampak wang jutaan ringgit depan mata, pastinya tewas dek kerana iman yang lemah, integriti yang rendah nilainya.
Namun, kes sebegini pastinya jauh lebih bertimbun2 dalam BN berbanding PR. Aku tidak pasti apakah pemimpin2 yang masuk ke kancah politik atas dasar ingin menentang kezaliman ini mampu istiqamah ataupun tidak. Kerana bagiku, mereka yang berperang di kancah politik atas dasar tarbiyyah sahajalah yang mampu untuk berdepan dengan habuan duniawi ini.
So, harapanku agar pimpinan2 Perak mampu bertahan daripada serangan ini. Aku personally kagum dengan DS Nizar Jamaludin yang berjaya membawa masuk elemen dakwah dalam pentadbiran beliau. Tapi kuasa Allah menentukan segalanya. Yang tewas dalam perang tak semestinya berada di pihak yang salah.
Buat saudara2 ku, banyakkan solat hajat dan doa agar kerajaan yang hak dapat dipertahankan dan kerajaan yang batil dapat ditumbangkan, agar rakyat marhaen seperti aku terselamat daripada fitnah dan kerosakan yang dibawa oleh kerajaan yang batil.
Wa makaruu wa makaroLlaah.. WaLlaahu khoirul maakirin.
WaLlaahu'alam.
Wednesday, February 4, 2009
Gambar Baru 'Iffah
Dah update gambar Iffah tadi. Dalam 25 gambar rasanye. Doakanlah moga2 Iffah akan jadi sebahagian daripada umat yang mendokong perjuangan RasuluLlah s.a.w di zamannya nanti. Moga2 Iffah juga menjadi seorang muslimah seindah namanya, "Kesucian Diri yang Diredhai".
Tuesday, February 3, 2009
Sayangilah Ibu Bapa Kita
We learn more about anything through our own experience on it. itu apa yang boleh aku ungkapkan. Kita tak dapat jangka perangai anak2 kecil, mereka bukan boleh faham arahan kita kan. Apatah lagi bayi. Hakikatnya mereka belajar daripada pemerhatian tapi belum memahami perkataan.
Kadang2 kalau aku try guna nada tinggi kat Iffah (eksperimen) , dia senyum malah ketawa. Dia belum memahami banyak perkara.
Waktu tidurnya berubah2. Time end block exam hari tu, dia tidur lingkungan jam 4 am - 5am. So, terpaksa bergilir dengan nurul. Nak study pun tak dapat sangat sebab kena layan dia nak bersembang dan main2.
Minggu lepas pulak asyik tidur kul 2am - 3 am. memang letih. Biasalah, stress adaptation process,lame2 biasa lah kot. Kadang2 tidur awal, bangun awal pulak, macam semalam. tidur awal, then bangun pulak jam 3am, tak tidur hinggalah 5.30am. Tak layan? Marahlah dia kan. Kena layan dan bersembang. Ikut hati nak tidur, ngantuk. Tapi tanggungjawab kena settle.
Macam2 lagilah karenah iffah ni. banyak kalau nak cerita. Ni baru sikit daripada asam garam yang telah mak ayah kita lalui kan. So, hormatilah mereka, bantulah mereka, gembirakan hati mereka.
WaLllahu'alam
Lemahnya Kita..
Beberapa minggu ni aku ada belajar tentang cacing (term umum) yang berpotensi untuk menyerang badan manusia. Sebenarnya ada pelbagai bakteria (ratusan dan malah ribuan) yang boleh menyebabkan pembiakan cacing dalam badan manusia. Aku melihat bagaimana ngerinya gambar2 pesakit yang kena jangkitan ini, dan ada kes kematian yang apabila dibedah siasat, ada semangkuk cacing dikeluarkan daripada ususnya. Cacing gelang, nama saintifiknya ascaris lumbricoide. Cacing ni panjangnya boleh mencapai lebih 10cm.
Inna LiLlaahi Wa Innaa ilaiHi raaji'uun.
Sebab itu antara bukti kehambaan adalah banyakkan berdoa kepadaNya. Kebarangkalian kita dijangkiti virus dan bakteria atau kuman sangat tinggi sebenarnya. Mode of infections of bacteria are variety. Jadi, tak mustahil kita akan kena jangkitan apabila makan, ke tandas, main bola, gotong-royong dan lain2 lagi. So, sebab itu dalam Islam, kita dianjurkan untuk berdoa ketika keluar rumah, minta dijauhkan daripada perkara2 buruk. Dan pelbagai lagi doa2 yang diajar dalam Islam.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
”... dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar (dari kesulitan-kesulitan). Dan Allah akan memberinya rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupinya (dalam menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Tuhan itu melaksanakan kehendakNya. Sungguh Allah telah menentukan kadar dan masa bagi tia-tiap sesuatu.” (At-Thalak : 2 & 3)
Jadi, jangan pandang enteng kepada kesan doa dalam kehidupan kita. Begitu juga kesan tawakkal yang tinggi kepadaNya. Yakinlah kepadaNya, insyaAllah selamat daripada perkara2 buruk. Kalau kena sekalipun, anggaplah ia kifarah dosa2 kita deh.
Lastly, Allah berfirman (maksudnya): Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).
WaLlahu'alam
Monday, February 2, 2009
Betulkan Niat Sebelum Tengok Berita
Sekadar ingin melontarkan pandangan aku berkenaan situasi media massa (TV) sekarang. Dalam blog ni aku ada letak lambang boikot TV3, bukan kerana aku tak suka TV3 tapi aku benci berita TV3. Begitu juga TV1 punya berita.
Dulu aku cukup suka menonton buletin utama dan lain2 berita TV3 dan TV1, namun akhir2 ini aku makin lama makin meluat (lame doh benornye). Lalu aku terfikir, apakah tidak ada dosa buat diriku yang sering mendengar berita2 palsu , putar belit dan fitnah yang dimainkan oleh berita2 ini? Bukan semuanya fitnah, putar belit dan palsu, tapi kebanyakan darinya. Lebih2 lagi sekitar dan after 8Mac 2008. Kita kena berhati2 dengan semua ini agar tidak mendapat dosa 'free' akibat meyakini berita yang tidak benar tanpa menyiasat terlebih dahulu. Apatah lagi jika disebarkan berita tersebut.
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (Al-Isra:36)Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah.
Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya selagi pelepah ini segar."
So, tengok berita takpe, dengan niat untuk mengetahui isu. Then, cari kesahihan berita tersebut. Moga2 kita semua terselamat daripada fitnah dan adu domba. Contoh berita fitnah: Penutupan tabika kemas di Perak, Kelantan dan Terengganu tak laksana hudud, dan lain2 lagi. banyak sangat, malas nak list kan. Jagalah diri saudara2 di zaman penuh fitnah ini. jauhilah juga pembawa2 berita yang tidak takut akan hukum Allah. Allah s.w.t dengan jelas menyebut, "fitnah lebih bahaya dari membunuh".
WaLlaahu'alam.
Sunday, February 1, 2009
Tajwid!
Dalam kelas iadah hari tu, ustaz ada sentuh dan tegur tentang bacaan kami berempat dalam aspek tajwid. Memang bab tajwid ni banyak sangat lagi kena belajar kalau nak dapat bacaan yang terbaik, tepat sepertimana Al-Quran diturunkan.
Ada beberapa perkara yang mungkin aku sendiri terlepas pandang dan mungkin juga silap konsep selama ini. Bacaan di Malaysia seperti sedia maklum, mengikut kepada bacaan qiraat Hafs. Maka, kadar harakat Mad Jaiz adalah 4 atau 5 harakat manakala Mad Wajib 5 atau 6 harakat. Boleh dibaca dengan 3 keadaan; samada baca Jaiz 4 dan Wajib 5, atau kedua2nya 5 harakat atau Jaiz 5 dan Wajib 6. Mad jaiz hanya dibaca dengan 2 harakat ketika waqaf sahaja. Tahu ke nak bezakan hukum2 tajwid dalam Quran nih? Belajar lah ye..
Sebaiknya pilih harakat yang berbeza untuk membezakan kedua2 keadaan hukum ini. Satu lagi, kalau dah baca dengan satu2 keadaan itu, kita tidak boleh suka2 ubah harakat lain kecuali setelah khatam dan nak mula bacaan baru. Selama ni aku baca Mad Jaiz 2 harakat dan Mad Wajib 4 harakat. Salah rupanya. Rasa macam dah betul. Bila baca depan ustaz, baru tahu banyak juga yang terlepas pandang. Tulah pentingnya belajar dan tazkirah.
Yang kedua tentang wajib Al-Ghunnah, yakni wajib dengung. Bab ni pun kadang2 terlepas pandang, mungkin kerana memandang remeh hukum in. Ustaz menegaskan bahawa ada sesetengah ulama yang menganjurkan untuk baca dengan 3 harakat semata2 untuk menunjukkan betapa pentingnya dengung ketika wajib ghunnah. Yang masyhurnya baca 2 harakat je.
WaLlaahu’alam.