Friday, July 31, 2009

Sudah Sepertiga Hidup Kulalui

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Hari ni tanggal 31 Julai 2009 adalah ulangtahun kelahiranku yang ke-22. Aku selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islam, KL pada awal pagi Isnin 31 Julai 1987, jam 12.50 a.m, bersamaan 14 Zulhijjah 1407H.

Apa maknanya? Umat Muhammad s.a.w kebiasaannya hidup hingga umur lingkungan 60 hingga 70 tahun. Berdasarkan bahagian statistik dan unit perancangan ekonomi, anggaran umur rakyat Malaysia bagi lelaki adalah 71 tahun dan wanita adalah 77.1 tahun. Jadi, sudah satu pertiga umurku habiskan.

Untuk apa? Apa untung yang aku telah jana daripada modal umur yang sudah kuhabiskan?

Apabila menyebut tentang hari lahir, aku suka untuk menginsafi kehidupan Imam an-Nawawi yang hidupnya hanya 40 tahun namun kitab hasil tulisan beliau melebihi satu kontena. Bagaimana berkatnya umur beliau sehinggakan mampu untuk menulis ilmu dengan begitu banyak.

Aku juga teringat kepada seorang ustaz di Madrasah Kubang Bujuk (lupa dah namanya) yang mula mengajar pada umur 21 tahun, dan dipanggil sebagai mufti kerana ilmunya. Mengapa?
Beliau telah dihantar menghafaz Quran ke Kubang Bujuk oleh ayahnya pada umur 8-9 tahun (tak berapa pasti) dan menyambung pengajian ke Pakistan pada umur 12 tahun.

Beliau hanya pulang ke Malaysia pada umur 21 tahun. Hidupnya selama 10tahun dihabiskan untuk mencari ilmu di Pakistan. Itulah natijah mujahadah yang melahirkan mutiara yang amat diperlukan untuk umat sekarang. Dan itulah kesan daripada keberkatan umur.

Aku bagaimana? Apakah masa setahun sebelum ini memberikan banyak manfaat dan perubahan padaku? Apakah banyak yang aku telah pelajari? Apakah ada berkat dalam umurku?

WaLlaahu'alam.

7 comments:

teh said...

yan, selamat hari lahir... teh dah ada kat penang, smpai semalam

fizah said...

yan,slmt hari lahir
may ALLAH bless u always
n semoga terus tsabat di jalanNya
iA
ameen

zaiton zakaria said...

sanah helwah...
stuju, umur ni 'pendek' bagi yang xmemanfaatkan (org yg berkata xterkecuali)
teruskan memberi peringatan.

Ummu Iffah said...

Abang, jangan lupe ye...Kite dilahirkan di tempat yang sama...Pusat Rawatan Islam KL..sweet gitu, berjodoh sejak dilahirkan..

abu 'iffah said...

hmm..kebetulan.

fizah said...

owh,mmg sweetlaa~~~~~~
=D

rahim said...

ustaz y dipanggil mufti tu namanya FUAD, tinggal di Padang Midin, KT.
mmg hebat ilmu dia...:)

- ex-MQKBian & ex-DQian gen 8...