Saturday, January 31, 2009

Terperangkap Dalam Cinta?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Lama rasanya tak menulis. Hari tu ada sorang sahabat bertanya tentang masalah kawannya yang sudah bertunang tapi susah nak jaga hati. Katanya mak ayah dia tak bagi nikah lagi. Lagipun mereka berdua belajar di tempat yang sangat jauh; sorang oversea dan sorang lagi kat Malaysia.

Lalu dia nak mintak nasihat untuk jaga hati,especially bila teringat,kadang2 terbawa2 dalam solat,kadang2 datang bayangan2 yang tidak sepatutnya dan macam2 lagilah.

Hmm. Nak jaga hati memang susah. Dalam diri kita ada nafsu, yang menjadi tunggangan syaitan. Nafsu ni sifatnya suka kepada perkara2 duniawi, kecualilah jika nafsu kita nafsu yang bertaraf al-muthmainnah. Tapi kebanyakan kita sekadar berada di peringkat lawwaamah, yang sering turun naik,kejap ok kejap ko. Syaitan akan tetap mencari ruang untuk menunggang nafsu. Bila nafsu dah mula buat jahat dek kerana bisikan syaitan, tatkala itu kita hanyut, dan syaitan berlepas diri dari kita dengan penuh keriangan. Syaitan akan bertindak sekadar membisik nafsu. Yang apabila kita merasa puas dan gembira itu adalah nafsu kita. Tatkala itu, syaitan bertepuk tangan.

Ni sekadar pendapat aku untuk menjaga diri ketika sudah berpunya.

1. Banyakkan berpuasa dan kena ada keyakinan bahawa puasa mampu memberikan kekuatan untuk kita mengekang nafsu kerana cara ini adalah cara yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dan puasa itu menyempitkan pembuluh darah, yang menjadi laluan kepada syaitan2 jahanam. Banyakkan juga membaca kalam Nya, AlQuran AlKarim.

2. Doa dan solat hajat.Yakin bahawa diri kita ini milik Allah s.w.t. Dia maha mengetahui segala2nya tentang diri kita. Jadi, kena banyakkan solat hajat dan doa agar kita berjaya mengawal diri kita daripada terjerumus kepada maksiat. Doakan agar kita dapat kawal hati dan minda daripada lamunan dan bayangan mengarut. Yang penting, doa, yakin dan tawakkal. Bukankah doa itu senjata mu’min?

3. Banyakkan zikrullah, kerana ia adalah pembersih hati. Walaupun kita merasakan hati macam tak terjaga juga, sama je, tapi sekurang2nya dengan zikrullah hati kita tak mencapai tahap kronik apabila diselaputi titik2 hitam yang terlampau banyak. Berkata ibn’Atho’illah, ‘lidah yang basah dengan zikruLlah walaupun hatinya lalai, itu lebih baik keadaannya berbanding lidah tanpa zikrullah dan hati yang lalai’. Maknanya, walaupun lidah kita berzikir dalam keadaan hati yang tak fokus sekalipun, ia lebih baik berbanding tak buat apa2. Disiplinkan diri dengan jumlah2 zikir yang kita rasa mampu untuk habiskan tiap hari, especially istighfar, tahlil dan selawat.

4. Elakkan bersunyi2an seorang diri dalam bilik. Nak study sekalipun, pastikan ada kawan, better kalau kawan kita tu dapat dilihat depan mata kerana duduk bersendirian memberi ruang yang cukup luas kepada syaitan untuk berjaya dalam misi mereka menghasut nafsu. Banyakkan aktiviti secara berkumpulan. Bukankah kambing yang bersendirian itu lebih mudah dibaham serigala berbanding kambing yang berjalan dalam kumpulan.

5. Banyakkan mengikuti ceramah atau tazkirah agama kerana diri kita memerlukan peringatan secara berterusan.Lagi baik jika istiqamah membaca buku2 tazkirah atau artikel2. Dalam internet ada banyak web dan blog yang sering membincangkan isu hubungan lelaki dan perempuan.Contohnya blog saifulislam.com. Boleh juga minta nasihat daripada beliau.

6. Cari seorang guru atau ustaz yang dirasakan boleh memberikan nasihat dan ceritakan keadaan kita kepadanya. Jumpa guru atau ustaz tersebut secara berkala, contohnya sebulan sekali untuk menceritakan keadaan kita dan nasihat sebagai charger ‘bateri iman’ kita.

7. Pastinya kita ada sahabat baik yang boleh berkongsi masalah dengan kita. Ceritakan masalah kepadanya dan mintak agar dia selalu perhatikan perkembangan kita dan tegur jika nampak kita makin tersasar. Bukankah sahabat itu cermin diri kita?Biasanya sahabat yang rapat dengan kita boleh melihat perubahan perangai kita yang memberikan petunjuk bahawa kita sedang berhadapan dengan masalah.

8. Solat istikharah, minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita ambil dan gerakkan hati kita untuk ambil tindakan yang terbaik dalam apa jua keadaan. Rasulullah pernah menegaskan bahawa tidak rugi orang yang bermusyawarah dan tidak menyesal orang yang beristikharah. So, banyakkak istikharah agar diberikan petunjuk oleh Nya.

9. Apa2pun, hati kena sentiasa terbuka untuk menerima sebarang teguran kerana pastinya pada keadaan ini, kita selalu merasakan bahawa kita matang untuk buat sebarang tindakan sedangkan kita sebenarnya belum mempunyai view yang cukup matang untuk melayakkan kita menolak teguran dan nasihat mereka yang lebih berpengalaman.

Lastly, kalau tanya sape2 sekalipun,dalam apa2 bab sekalipun, perkataan pertama yang selalu keluar, MUJAHADAH..Mudah diungkap,sukar dipraktikkan.

WaLlaahu’alam.

1 comment:

hambaALLAH said...

salam...

terima kasih di atas tip2 yng berguna itu...
semoga diri yang kerdil ini dapat mempraktikkan semua itu dan mempertingkatkannya dari semasa ke semasa..
insyaALLAH...

ALLAHUAKBAR!!!