Tuesday, January 13, 2009

Pilihlah Yang Terbaik!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum tiba hari pengundian untuk PRK p.036 kuala terengganu. Walaupun aku bukanlah lahir di k.terengganu, tapi aku pernah merasa berada di k.trg selama 5 tahun menuntut di Shams sejak tahun 2000 sehingga 2004. Aku pernah merasa bagaimana berada di bawah 2 pentadbiran. Banyak jua kisah yang aku tahu dan aku dengar sejak dahulu berkenaan negeri terengganu.

Aku menulis kali ini bukanlah kerana aku ingin terlibat dengan politik kerana ia bertentangan dengan AUKU namun tulisan aku hanyalah sekadar luahan hati dan harapan yang ingin aku lontarkan kepada masyarakat k.trg agar membuat pilihan yang tepat untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

1. Berikanlah undi anda kepada calon yang tidak meminta2 jawatan, melobi2 agar dicalonkan. Pilihlah calon yang sebolehnya taknak pun dicalonkan kerana inilah ciri2 pemimpin Islam sebenar.

2. Berikanlah undi anda kepada calon yang bebas rasuah, bebas daripada bergelumang dengan kelompok yang zalim kepada rakyat jelata. Jangan berikan undi anda kepada calon yang mendokong kezaliman samada secara terang mahupun secara tak langsung.

3. Bukalah mata hati anda, buatlah analisis yang benar berdasarkan segala kisah yang berlaku di terengganu selama ini. Bukankah terengganu negeri terkaya di Malaysia?

4. Pastikan segala berita yang anda terima melalui media massa di tapis dan di selidik sebelum diterima. Aku letak lambang boikot TV3 punya berita bukan kerana aku benci TV3 tetapi aku benci fitnah-fitnah yang sering disebarkan dan isu-isu yang dicipta tanpa memikirkan dosa pahala. Aku tak benci TV3 kerana banyak juga input yang aku dapat melaluinya. TV1 pun sama.

5. Buatlah istikharah sebelum membuat sebarang pilihan. Ingat, undi anda akan menentukan (ikhtiar seorang hamba) turun naiknya seorang pemimpin yang diredhai ataupun yang dibenci Allah.

Sekali lagi aku tegaskan,aku menulis bukan kerana aku berpolitik, ini hanyalah luahan hatiku yang semakin meluat dengan keadaan semasa sekarang. Aku menulis berdasarkan pemerhatianku sebagai seorang pelajar, seorang mahasiswa dan juga seorang rakyat Malaysia. Bukankah rakyat mempunyai hak bersuara.


Ini hanyalah lontaran suara hati seorang rakyat. Banyak yang nak ditulis, namun tak perlu ditulis di blog, cukuplah ia tersimpan dalam diriku, dan cukuplah Allah sebagai tempat rintihan seorang hamba. Buat pengetahuan saudara pembaca, kos sara hidup; COLA di tempatku (Dungun) adalah antara taraf hidup yang tinggi di Malaysia. Makanannya sama sahaja harga jika dibandingkan di Kuala Lumpur. Kuantan lebih murah kos nya berbanding Dungun. Siapa kisah? Takde sape2 nak kisah pun.

Wallahu'alam.

No comments: