BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..
Semalam dalam sesi tazkirah selepas kelas, aku menyentuh beberapa perkara untuk sama2 direnungkan dan dimuhasabahkan.
1. Perkara pertama tentang isu Gaza-israel. Aku hanya menekankan tentang kepentingan boikot seperti yang pernah aku tulis sebelum ini. Aku optimis bahawa boikot mampu memberikan tekanan ekonomi kepada kerajaan haram israel, dengan syarat, ianya dilaksanakan secara menyeluruh, rasa penuh kasih sayang kepada saudara Muslim dan penuh tanggungjawab oleh kita yang mengaku umat RasuluLlaah.
2. Perkara kedua tentang jenis2 masa dalam hidup seorang Muslim. Sepanjang kehidupan kita,kita hanya akan berdepan samada masa nikmat atau bala dan masa taat atau ingkar. Dalam bab nikmat dan bala, konsep sabar dan syukur wajib kita aplikasikan serentak. Sabar tidak tertakluk untuk bala semata2, begitu juga syukur tidak tertakluk kepada nikmat semata2.
3. Ada 3 sebab mengapa kita perlu bersyukur dalam bala; Pertama, kita kena ingat bahawa Allah maha berkuasa. Jadi, Dia berkuasa untuk memberikan balasan yang lebih teruk daripada apa yang kita terima.
Kedua, balasan itu dikenakan ke atas kita di atas bumi, tidak ditangguh ke akhirat. Kalau kita demam teruk atas muka bumi sebagai balasan dosa kita, kita masih ada ruang untuk mencari penawar dan ada orang yang boleh menjaga kita. Kalau kena kat akhirat? tak terbayang oleh akal kita kan.
Ketiga, balasan tersebut dikenakan ke atas fizikal kita, bukan ke atas iman kita.Berapa ramai manusia sekarang yang rosak keimanannya kerana dosa yang dilakukan, lalu dibalas ALlah keatas keimanan mereka.
So, teruskan bersyukur dan bersabar dalam semua perkara.
WaLlahu'alam.
No comments:
Post a Comment