Friday, December 17, 2010

Gigi Oh Gigi

impacted wisdom teeth yang akan bawa banyak masalah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Sakit.Itu yang mampu aku ungkapkan ketika pembedahan membuang gigi geraham bongsu "wisdom teeth" yang sering membawa masalah jika "impacted". Tak tahulah samada dos bius tak cukup atau apa. Tapi time isteriku bedah buang gigi ni tahun lepas, katanya tak sakit. Lepas bedah pun tak sakit.Tak bengkak pun.Maybe sebab beliau dah diuji dengan kesakitan bersalin yang pastinya jauh lebih seksa dari kesakitan ini.

Sudah hampir sebulan diuji dengan pericoronitis (bengkak gusi di kawasan impacted teeth) yang menyebabkan aku terpaksa makan makanan yang boleh ditelan dengan mudah tanpa perlu digigit. Sekarang diuji dengan kesakitan selepas pembedahan kecil ini. Pipi bengkak macam gambar kat bawah ni.

Moga ujian ini menjadi penghapus dosa2ku, insyaALlah. Buat pembaca yang ada impacted wisdom teeth tetapi belum membawa masalah, dicadangkan supaya buat minor surgery untuk buang gigi tersebut.

Doktor yang cabut gigiku 2hari lepas cakap, baik buang awal2 untuk elakkan rosak gigi yang berdepan dengan wisdom teeth ni, sebab gigiku sebelah kanan dah dicabut akibat kerosakan yang disebabkan oleh wisdom teeth.

wassalam.

Tuesday, December 14, 2010

Judi Halal? ALlah kata Haram, Haram lah!!!

Judi "halal" yang ada di mana2, tumbuh tanpa segan-silu


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

(BERMULA)Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57 (trillion!!)
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

__________________________________________________________________

Siapa tidak ingat ketika kecoh 1Malaysia berkenaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menggunakan wang sumbangan syarikat judi untuk memberikan bantuan kepada warga tua yang menyaksikan sandiwara murahan penuh kebodohan untuk menangguk di air yang 'keruh'. Lalu dipulangkan wang tersebut kepada 1Pihak yang hingga kini belum menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Dalam jawapan bertulis ini jelas menunjukkan betapa negara kita amat bergantung kepada hasil judi untuk mengurus negara, sebab itulah masih segar di ingatanku hujah dangkal lagi jahil menteri berkenaan ketika menyatakan sebab mengapa ingin dikeluarkan lesen judi bola. Bukankah dinyatakan untuk mengelak judi 'haram' dan jika lesen dikeluarkan, dapat tambah pendapatan untuk mengurus negara?

Apa ada pada agama? Nama semata2 Ataupun ia hanyalah warisan yang akan terus diwariskan generasi ke generasi yang akhirnya melahirkan manusia yang nampak Islam hanya pada masjid, nikah kahwin, puasa, zakat dan haji. Maka ramailah manusia yang hanya menyarung jersi Islam ketika berada di medan2 ini.

Disebut dalam buku Ma'aalim Fit Thoriq karangan Sayyi Qutb bahawa "LaailaahaillaLlaah Manhaj Hidup Muslim", dengan huraian yang jelas untuk kita semua fahami bahawa seluruh hidup Muslim wajib berpaksikan perintah ALlah dan cara hidup ini telah ditunjuk dan diajar dengan jelas oleh Baginda Nabi s.a.w.ISLAM is AD-DEEN!!!

WaLlahua'lam.

Thursday, December 9, 2010

Sila DAFTAR Diri Anda Sebagai PEMILIH!!

Ruang bersuara di Malaysia terhad.
Kalaupun rakyat bersuara, suara rakyat hanya disampah2kan..
Maka PRU menjadi tempat untuk kita "ajar" mereka!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Tadi saje nak cuba semak daftar pemilih, ada rupanya dalam internet. Bagi yang belum mendaftar, ada jugak cara nak daftar online.

Jadi, mintak kepada semua untuk sebar2kan dan pastikan diri sudah mendaftar. Kenapa perlu mendaftar? Kalau tak daftar,macamana nak mengundi dalam Pilihanraya Umum @ Pilihanraya Kecil kan. Kalau tak mengundi, bukankah berdosa sebab berlepas-tangan tentang urusan kepimpinan tanpa terlibat sama untuk memastikan ia selari dengan kehendak Islam.

Sebuah buku yang ditulis, jelas mengharapkan tumbangnya kerajaan ini!

Jadi, cepat2 lah semua! Jangan terlambat! PRU-13 paling awal lepas 3tahun selepas PRU-12, maknanya paling awal boleh berlaku pada Mac 2011! Dan Najib pun dah cakap yang PRU akan diumum bila2 masa kan.

Ni contoh semakan daftar pemilih aku. Sila semak di http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx. Jika tiada dalam senarai, sila daftar di https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dFVXaGVPU3pvbzV3Z0pDNmxkSG9fVUE6MA (Daftar pemilih yang diurus oleh Pas Gombak)

MEDAN

KETERANGAN

Kad Pengenalan

870731565363

Nama

MOHAMMAD IMRAN BIN AHMAD

Tarikh Lahir

31 Jul 1987

Jantina

LELAKI

Lokaliti

039 / 28 / 01 / 006 - KG. SURA HUJUNG

Daerah Mengundi

039 / 28 / 01 - KAMPUNG SURA

DUN

039 / 28 - PAKA

Parlimen

039 - DUNGUN

Negeri

TERENGGANU

Untuk sebarang maklumat, sila klik : DISINI


Tuesday, December 7, 2010

Tahniah TV Al-Hijrah


Frequency untuk dapatkan siaran baru ini..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Tadi bukak tv, nampak rancangan tazkirah, tapi logo/lambang siaran ni tak pernah nampak pun sebelum ni. Rupa2nya siaran baru yang diuruskan oleh JAKIM dengan matlamat yang murni, untuk menyebarkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Malaysia.

Harapan ku kepada pengurus stesyen TV Al-Hijrah agar teruskan istiqamah dengan niat asal seperti yang disebut dalam sesi pelancaran TV tersebut. Saat yang dipilih adalah saat yang baik, saat sambutan ma'al hijrah. Namanya juga nama yang baik. Moga semangat hijraturrasul benar2 dibawa dalam siaran Tv ini sampai bila2, jangan sesekali melencong ya!.

Antara rancangan yang disediakan.. Tahniah Abe Amin!

Begitu jua dengan siaran berita2 yang bakal dibawa dalam Tv ini, aku harapkan ia benar2 bermanfaat, bukannya penuh dengan hasutan dan propaganda murahan seperti TV1 dan TV3. NTV7 punya berita is better. TV9 bolehlah tahan, kadang2 sama je. TV1 dan TV3 aku cukup anti, kecuali bahagian sukan.

Selamat Menonton TV Al-Hijrah!

Wassalam.

Friday, December 3, 2010

Izzu Dah Keluar Wad..

Hensem tak saye?... Saye kena pakai spek mata kat wad


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Izzu kena masuk wad khas penjagaan bayi (SCN) di HTAA sejak selasa lepas kerana kuning (jaundice) dan level bilirubin (bahan yang menyebabkan kuning) yang memerlukan rawatan phototherapy.

Sepanjang tempoh ni, isteriku lah yang dengan tabah dan sabarnya menjaga dia..Terima kasih banyak2 ye.. Kesian pulak kena duduk kat wad tu melayan karenah Izzu ni. Moga dimudahkan ALlah untuk menghadapi final exam nanti ye.


Bayi yang baru lahir memang mudah dapat kuning sebab sel darah merah bayi mempunyaitempoh yang lebih singkat (70 hingga 90 hari) berbanding sel darah merah orang dewasa (120hari) yang menyebabkan lebih banyak darah yang mati awal yang akan menghasilkan bilirubin yang banyak.

Saya sedang duduk dalam cahaya biru.. 2 hari tak mandi.. Huhu

Dalam masa yang sama, hati yang berfungsi memproses bahan ini dan mengeluarkannya dari badan juga masih belum matang untuk menjalankan fungsi maksimum, menyebabkan kadar pembuangan bahan ini lebih perlahan berbanding orang dewasa.

Manakala, fungsi cahaya, contohnya cahaya matahari adalah untuk menjadikan bilirubin ini lebih larut air dan seterusnya mudah dinyahkan keluar dari badan. Sebab itu digalakkan jemur bayi pagi2.. Bukan jemur letak kat luar rumah, tapi bukak je tingkapluas2 dan letak kat kawasan yang ada cahaya matahari.

AlhamduliLlaah Izzu dah keluar wad semalam (khamis petang) lepas paras bilirubin makin turun, tapi kena jaga2 jugak, takut naik balik.

p/s: sebut pasal naik2 ni, tadi baru kuar berita harga gula naik 20 sen lagi dan harga RON95 naik 5 sen lagi. Hmmmm. Dulu masa mula2 buat cupcake (akhir 2009) , harga gula RM1.50 je. Pahtu naik 20 sen. Pahtu naik 20 sen. Semalam naik 20 sen. Sekarang (akhir 2010) dah RM2.10. Rasenye 1 tahun lagi naik 40-60 sen lagi kot. Alasan kenaikannya sama. Malas nak ungkap. Nanti kuih-muih makin kecik2 saiznya. Makanan ringan makin ringan.

Wassalam.

Monday, November 29, 2010

Izzul Islam bin Mohammad Imran


Izzul Islam bin Mohammad Imran


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Mesti ramai yang nak taaruf dengan saya..Nama saya Izzul Islam. Abah saya nama Mohammad Imran bin Ahmad.. Ibu saya namanye Nurul Mutmainnah binti Yusof.. Tok ba saya nama Ahmad b. Hj Aziz.. Tok ma saya namanye Khlipah bt Ibrahim.. Tokki saya nama Yusof bin Embong.. Nenek saya namanye Faridah bt Kamaruddin.


Abah cakap, dia bagi nama ni sebab nak saya jadi seorang yang memuliakan agama dan menguatkannya kat dunia ni.. Abah cakap, dunia skrg ni makin mencabar, tak tau laa dunia zaman saya makin baik ke makin teruk..

Saya tak faham sangat, tapi abah cakap nanti dia didik dan ajar saya..

Saya kecik lagi.. Abah cakap, budak kecik mcm saya kena banyak tido

Saya doakan abah berjaya mendidik saya. Pakcik2 dan makcik2 semua doakanlah saya berjaya menjadi muslim yang mukmin ye..

Wassalam.

Saturday, November 27, 2010

Segala Puji dan Syukur Hanya untuk-Mu

(MAAF, ADA KESILAPAN PADA GAMBAR SEMALAM,
SEBAB TERGESA-GESA, SILAP GAMBAR)

Mujahid Sulong Kami
Ni baru betul muka baru lahir. huhu
10 minit lepas lahir, mata pejam celik je, terkelip2

eh, ni kak iffah 3 jam lepas lahir la. macam rupe saya tak?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Anak itu cahaya mata. Anak itu penyeri rumahtangga. Anak itu nikmat. Dan ia juga ujian. Segala puji bagi-Nya yang sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada kita semua tanpa perlu diganti. Segala syukur pada-Nya kerana meminjamkan segala nikmat tanpa perlu dibayar.

AlhamduliLlaah, semalam, 26 November 2011 bersamaan 19 Zulhijjah 1431, tepat jam 4.00 petang, telah lahir ke dunia ini seorang lagi cahaya mata dan hati kami sekeluarga, di wad bersalin risiko tinggi, Hospital Tengku Ampuan Afzan.


tok ma & nenek cakap, kening saya asyik berkerut je,
serius je nampak
, fikir masalah umat kot.

Beratnya ketika dilahirkan adalah 2.86kg, kurang 400g dari kakaknya Iffah. Tapi munasabahlah, sebab dia lahir awal 2 minggu berbanding Iffah. AlhamduliLlaah tak pre-term, sebab lahir tepat-tepat pada 37 minggu + 0hari. Tarikh dijangka bersalin sebenarnya pada 17 Disember 2010, sehari sebelum majlis nikah ayah lang nya, usop. Maybe dia nak keluar awal nak gi tengok usop kawin kot. huhu.

Ni kakak saya, kak iffah. Ade rupe tak?


Ni saya lepas tukar baju kat umah tokki & nenek. Hepinyee.
Saya boleh kuar lambat sikit dari wad, kul 3.30 pm tadi
Sebab lambat berak. huhu.

Kami final exam 2 minggu lagi. Doakan kami ye. Kalau ada yang nak datang ziarah, datanglah. Tapi maklumkan dulu dan sebaiknya lepas kami habis exam lah ye. Kami habis exam 13 disember. Wassalam.

Tuesday, July 6, 2010

Selamat Bertemu Kembali!


blog ini dalam proses pengubahsuaian

BismiLlaahi Wal HamduliLlaaah

Apa khabar semua pengunjung yang dihormati? Setelah 3 bulan menyepi, akhirnya blog ini kembali jaga dari tidur yang lena. Ku harapkan terjaga ini untuk mula menyumbang idea, bukannya jaga yang kosong, penuh dengan angan-angan dan idea-idea yang gagal diterjemahkan dalam bentuk penulisan yang penuh manfaat.

AlhamduliLlah juga kerana mulai semalam, 05 Julai 2010, aku mula melangkah ke level yang seterusnya dalam urusan pelajaranku, melangkah ke tahun klinikal yang pastinya dipenuhi dengan asam, garam dan gula kehidupan yang perlu aku rasai dan wajib aku tempuhi dengan penuh sabar dan tabah. Moga langkahku ini diberkati dan dirahmati.

Ku petik nasihat seorang guru dalam sebuah bukunya, "tidaklah perlu kamu pinta kejayaan dari Tuhanmu, tapi pintalah keberkatan dan rahmatNya dalam perjalanan kamu menuju kejayaan". InsyaALlah, kejayaan pasti tiba untuk mereka yang berikhtiar dan bertawakkal.

Wassalam.

Wednesday, April 7, 2010

Facebook = Pisau Tajam ?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Pernah beberapa minggu yang lepas, aku terbaca dalam satu artikel berkenaan dengan facebook. Dinyatakan bahawa, sekiranya diperhatikan di komputer2 yang disediakan oleh pihak universiti, lebih 80% daripada pengguna ( pelajar) sedang melayari web facebook.

Dan itulah jua yang aku perhatikan di sini. Daripada 10 komputer yang sedang digunakan, 9 daripadanya sedang melayari facebook.

Persoalannya, salah ke join facebook ni? Jawapannya mudah, sepertimana dinyatakan pada tajuk di atas. Salah ke beli pisau tajam? Tak salah jika benar penggunaannya untuk manfaat, bukan untuk mencederakan. Salah ke beli handphone? Sudah tentu salah jika digunakan untuk maksiat (contohnya, telefon makwe, rakam video2 tak elok, simpan gambar2 tak elok, sebar pulak kat orang lain dll)

Facebook membantu meramaikan kenalan di pelusuk dunia

Tapi, aku terbaca satu tulisan di blog http://abuumair1. wordpress. com/2010/ 03/04/facebook- photos-tagging- yang-mengundang- dosa/#more- 2486 berkenaan dengan facebook ni yang bagiku cukup penting untuk difahami oleh pengguna2 facebook.
______________________________________________________

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.
________________________________________________________

Bagaimana kita? Tepuk dada, tanya iman. Bukankah taqwa itu maksudnya berhati-hati dalam setiap perkara agar tak terjerumus dalam kancah maksiat?

Wassalam.

Monday, March 29, 2010

Bank Darah Kekurangan Bekalan!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Akhir2 ini kedengaran statement2 berkenaan kekurangan bekalan darah di bank2 darah seluruh negara. Itulah jua yang aku telah diberitahu beberapa kali termasuklah ketika satu lawatan ke bank darah HTAA yang dipandu oleh seorang doktor (hematologis).

Beliau ada menunjukkan jadual van bergerak ke tempat2 sekitar kuantan yang hampir penuh setiap hari, namun bekalan darah masih kurang. Kenapa ya? Mungkin kekurangan bilangan penderma itu salah satu faktor penyumbang namun ada satu KEKURANGAN besar dalam usaha untuk meningkatkan public awareness berkenaan dengan "darah".

Agak2, kalau ditanya kepada umum, " apa yang kamu tahu tentang darah yang didermakan" , apa yang akan mereka jawab? Aku yakin ramai yang tidak tahu pun apa yang akan berlaku kepada darah tersebut. Aku pun tahu tentang semua ini lepas belajar tentang darah. Huhu. Sebelum belajar tak tahu apa2 pun. Untuk pengetahuan, darah yang didermakan akan dibahagikan kepada 3 komponen:
  • Sel darah merah (disimpan pada suhu 2oC – 6oC) = bertahan selama 35 hari shj.
  • Plasma p(disimpan pada suhu -30oC) = boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Platelet (disimpan pada suhu 20oc – 24oC) = bertahan 5 hari shj daripada tarikh pendermaan.

Sel darah merah antara yang banyak digunakan. Maka, jika anda menderma darah, ia hanya bertahan dalam masa SEBULAN SAHAJA. LEPAS ITU, AKAN DILUPUSKAN!


Maka, proses menderma darah perlu dilakukan secara berterusan. Aku yakin, selama ni ramai yang terpinga2, kenapalah bank darah asyik kekurangan darah je. Ada juga yang akan nak derma kemudian2 sikit sebab baru je menderma 2,3 bulan yang lepas.

Selamat berkongsi info dengan kawan2 ya.

Wassalam.

Wednesday, March 24, 2010

Likulli Syay 'in Sababa


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Sudah lama ku biarkan blog ni tanpa sebarang artikel mahupun celoteh2 baru. Itulah pentingnya pen, kertas dan disiplin.

Apa kaitan pen dan kertas pulak ni? Masih aku ingat pesan seorang ustaz, " tulisan yang kabur itu lebih baik daripada tidak menulis langsung". Ini nasihat beliau kepada kawannya yang bertanya tentang cara nak menyelesaikan masalah2 hidup yang menyebabkan rasa serabut dan haru dalam kehidupan.

Apa ada pada pen dan kertas? Katanya, tiap masalah yang kita nak selesaikan tulis sahaja dalam buku 555, then setiap hari tengok apa yang kita perlu selesaikan dahulu. Baru kita nampak bahawa masalah kita sudah banyak yang selesai sebenarnya dan baru kita dapat utamakan apa yang perlu diutamakan pada waktu2 tertentu.

Zaman sekarang lagi mudah, ada handset. Tulis je semua perkara dalam ruangan notes mahupun reminder kan.

Jadi, apa kaitan dengan blog ni pulak? Tiba2 macam takde kaitan je..

Macam ni. Inilah masalah yang aku hadapi dan mungkin jugak ramai orang hadapi dalam bab nak menulis blog ni..

HILANG IDEA.

Aku masih ingat2 kata2 seseorang, "selalunya idea datang bukan pada waktu yang kita perlukan, tapi jika tidak dicatat, ia akan hilang pada waktu yang kita perlukan"

Macam tulah aku nampaknya. Kadang2 duk dalam kelas, tengah2 belajar, datang idea2 untuk menulis tentang pengetahuan2 baru yang sesuai untuk dikongsikan kepada semua. Apatah lagi bidang perubatan ini berhubung kait dengan manusia secara langsung. Belajar tentang diri sendiri.

Blok sekarang adalah blok CNS (central nervous system) ataupun sistem saraf , antara blok yang paling sukar bagi pendapat aku. Orang lain tak pastilah. Terlampau banyak perkara baru yang perlu difahami. Strukturnya sangat complicated.


Namun, ada beberapa pengajaran yang aku dapat. Antaranya, "Likulli Syay 'in Sababa", seperti yang disebut dalam Al-Quran. Mengapa? Nanti akan dibicarakan lebih lanjut ya.

WaLlaahu'alam.

Tuesday, January 19, 2010

Mesir oh mesir!!.. Apa nak jadi!!.. Inilah Rakan Kongsi Israel!!!

BBC Graphic
Gambar menunjukkan bentuk binaan tembok di sempadan Gaza-Mesir. Sempadan mana lagi yang ingin dilalui untuk dapatkan bantuan?

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Di tengah2 kehangatan isu kalimah "ALlah" di Malaysia, mungkin ramai yang terlepas pandang tentang isu yang berkaitan dengan kezaliman kerajaan sekular Mesir terhadap umat Islam di Palestin.

Ketika berlakunya demonstrasi NGO2 dan kelompok2 emosional pada hari jumaat yang lalu (8 Januari 2010) di sekitar masjid negara terhadap penggunaan kalimah "ALlah", berlaku juga satu demonstrasi yang lain ( tetapi tidak mendapat perhatian media Malaysia) di hadapan pejabat kedutaan Mesir untuk membantah dan mengutuk tindakan kerajaan Mesir yang menghalang Viva Palestin daripada memasuki Gaza untuk menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan. Malah, ada di kalangan peserta Viva Palestin yang ditahan dan diberikan layanan teruk oleh mereka!

Kemudian, luka rakyat Palestin terus-menerus di simbah dengan air garam apabila Mesir mula membina tembok yang ditanam begitu dalam untuk menghalang terowong2 yang menyalurkan bekalan2 ke Gaza. Apa patut kita lakukan? Teruskan usaha2 setakat yang kita mampu, terutamanya doa dan sumbangan harta.

___________________________________________________

Egypt has begun constructing a huge metal wall along its border with the Gaza Strip as it attempts to cut smuggling tunnels, the BBC has learned.

When it is finished the wall will be 10-11km (6-7 miles) long and will extend 18 metres below the surface.The Egyptians are being helped by American army engineers, who the BBC understands have designed the wall.The plan has been shrouded in secrecy, with no comment or confirmation from the Egyptian government.

The wall will take 18 months to complete.For weeks local farmers have noticed more activity at the border where trees were being cut down, but very few of them were aware that a barrier was being built.

'Impenetrable'

That is because the barrier, made of super-strength steel, has been hidden deep underground.

The BBC has been told that it was manufactured in the US, that it fits together in similar fashion to a jigsaw, and that it has been tested to ensure it is bomb proof.US officials have though denied to the BBC that they are involved in building or supplying the wall.

The reports say the wall cannot be cut or melted - in short it is impenetrable. Intelligence sources in Egypt say the barrier is being sunk close to the perimeter wall that already exists.

They claim 4km of the wall has already been completed north of the Rafah crossing, with work now beginning to the south.

The land beneath Egypt and Gaza resembles a Swiss cheese, full of holes and tunnels through which the Palestinians smuggle the everyday items they are denied by the blockade.

But the Israelis say the tunnels are also used to smuggle people, weapons, and the components of the rockets that are fired at southern Israeli towns. The wall is not expected to stop all the smuggling, but it will force the Palestinians to go deeper and it will likely cut the hundreds of superficial tunnels closer to the surface that are used to move the bulk of the goods.

Source:BBC

___________________________________________________

P/S: Sampai2kan kepada orang lain, moga kita semua ada kesedaran tentang isu ini

Friday, January 15, 2010

Giant? Carrefour?.. Murah Sangat Ke?..

Terkenal dengan moto "malaysia's leading lowest price"


Terkenal dengan jaminan harga terendah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Post kali ini sekadar ingin berkongsi supaya kita tidak menghabiskan wang hanya kerana kita tertipu dengan moto2 pasaraya2 besar ini. Mengapa? Kerana pasaraya2 ini bukan menawarkan harga terendah pun, malah lebih mahal ada laaaa.

Suatu ketika dulu, aku selalu jugak singgah kat giant time on the way balik rumah mak. Namun, oleh kerana aku sering membeli barang di tunas manja (dekat je dengan rumah), maka aku sedikit sebanyak dapat ingat harga barang di situ. Jadi, pernah beberapa kali aku beli barang di giant, aku merasakan harganya lebih mahal daripada harga yang ditawarkan di tunas manja.

Lalu, suatu hari, aku cuba buat perbandingan. Memang jauh beza rupanya! kalau setakat 30-40 sen ok jugak, tapi lebih RM1 beza harganya! Maka, sejak hari tu, aku buat keputusan bahawa, jangan sesekali beli barang di giant.

Sama jugak lah ceritanya dengan carrefour. Minggu lepas baru pergi, nak cari barang yang tiada dijual di tunas manja. Jadi, alang2, ingat nak beli jugak lah barang2 lain. Tapi rasa tak yakin dengan harganya.

Sebagai contoh, mandian baby Pureen, harganya lebih RM13.50. Ingat nak beli, tapi rasa macam mahal. Then, balik singgah kat tunas manja, memang betul pun. Harga di tunas manja RM11.99 sahaja. Drypers dijual dengan harga RM37.90 berbanding RM 43.90 di carrefour. Banyak lagilah barang2 lain. Sabun basuh baju pun macam tu. Giant pun macam tu jugak harganya.

So, kalau nak beli barang, tak payah lah gi membeli belah kat pasaraya2 besar yang buat tawaran mengarut nih. Memang berlambak promosi 2 pasaraya ni sampai kat pagar rumah, namun tunas manja adalah pilihan terbaik!

Satu lagi tempat yang murah, pasaraya Nirwana Maju. Lagi murah sesetengah barangnya daripada tunas manja. Tapi disebabkan lokasinya agak jauh daripada IM2, maka jarang jugak aku ke situ. Tapi aku pasti akan ke situ untuk mendapatkan barang2 mentah untuk menyiapkan cupcake coklat seperti telur gred A nya yang sama harga dengan telur gred C di mana2 tempat lain.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian berdasarkan survey dan pengalamanku sebagai seorang bapa untuk mengurangkan kos perbelanjaan bulanan kami.

Jadi, buat sahabat2, tak payah lah pergi jauh2 atau nak cari tempat standard2 macam giant @ carrefour, pergi je tunas manja @ nirwana. Atau maybe jugak Terus Maju sdn. bhd. Aku hanya menulis sebagai pengguna, untuk berkongsi dengan sahabat2 pembaca, tiada kaitan antara aku dengan pasaraya2 ini ye.

Wassalam.

Tuesday, January 5, 2010

Pengumuman Produk Baru!


Dari kiri = RM1.10 @ RM1.00 @ RM1.20

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Semalam ada seorang sahabat nak buat tempahan cupcake, katanya untuk dijadikan cenderahati kepada committee2 yang bekerja untuk satu program.

Mula2 nak bungkus biasa, tapi macam tak sesuai pulak. Fikir punya fikir, pergi lah kedai tunas manja kejap. Tapi takde bungkusan yang sesuai untuk cupcake ni.

Then, dapat idea untuk cari bungkusan gula2 yang sering digunakan untuk majlis kenduri kahwin. Cari punya cari, jumpalah jugak.

Balik je rumah, terus mulakan proses menyiapkan bungkusan untuk 60 biji tempahan. Lama jugak rupanya, dekat2 30 minit. Asalnya nak jual RM1.00 je, tapi tak boleh nampaknya sebab kos bungkusan (bahan & masa) bertambah.

So, bincang punya bincang, kami putuskan untuk menjadikannya sebagai produk baru dan meletakkan harga RM1.20 untuk bungkusan tersebut. Cumanya untuk promosi, kami menawarkan harga RM1.10 kepada beliau yang membuat tempahan. Terima kasih kerana menjadi faktor idea baru ini ye.

Untuk bungkusan biasa (plastik & tisu), kami menawarkan harga RM1.10.

Anda berminat untuk dapatkannya sebagai cenderamata? Hubungi kami ya. Iklan akan diletakkan kemudian.

Wassalam.

Saturday, January 2, 2010

harga Barang Naik lagi..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

__________________________________________________

Datuk Mohd Zain Mohd Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) telah mengumumkan bahawa subsidi bagi tepung, gula dan roti akan ditarik balik dan harganya akan bergantung kepada harga pasaran kerana kerajaan tidak dapat lagi menampung subsidi ketiga-tiga barangan tersebut yang menjangkau RM1.3 billion kepada harga pasaran. Harga runcit barangan tersebut adalah seperti berikut:


Tepung - RM1.35/kg (RM2)
Gula - RM1.55/kg (2.05) } harga tanpa subsidi di dalam kurungan
Roti - RM2.10/kg (4.42)

Sumber Maklumat : Jabatan Penerangan Malaysia (Mei 2009) ______________________________________________

Berita di atas adalah berita di pertengahan tahun lepas, 2009. Akhirnya ia dilaksanakan juga bermula jam 12.01 pagi tahun baru 2010.

Nampaknya, memang macam nilah situasi dari masa ke masa. Naiklaaa harga kos cupcake kami. Harga coklat powder naik RM1, sebelum ni RM16.80 sebungkus, sekarang RM17.80.

Harga gula pula naik 20 sen. Maka, peniaga2 makanan dan minuman bakal menaikkan harga mereka tak lama lagi. Banyak betul kenaikan harga sejak kebelakangan ini. Mungkin mereka yang berpendapatan tinggi tak rasa apa2 sangat, namun golongan yang berpendapatan rendah bakal merasai beban kenaikan ini. Nampak macam sikit je kenaikannya, tapi dari segi peratusnya, kenaikan ini melebihi 10%. Maka, tak mustahil harga air dan makanan akan naik 5%-10%.

Harga lampin bayi juga bakal naik, seperti yang dimaklumkan oleh seorang jurujual di sebuah pasaraya. Katanya, ia bakal naik ke harga RM 44.00 tak lama lagi. Harga sekarang RM37.00. Harga pada tahun 2008 adalah RM 26.00. Aku masih ingat kerana ketika itu aku sedang survey harga barang untuk menampung kos sara hidup Iffah. Tup2 lepas kelahiran Iffah, harganya naik melambung. Bukan 3-4ringgit, tapi RM10.00!!. _____________________________________________________

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. -Malaysiakini.com, 01/01/2010
______________________________________________________

Kesimpulannya, kena potong lah lagi budget bulanan masing2. InsyaALlah takde masalah jika pandai mengurus kewangan, cuma kena banyak2 bersabar.

Wassalam.