__________________________________________________
Datuk Mohd Zain Mohd Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) telah mengumumkan bahawa subsidi bagi tepung, gula dan roti akan ditarik balik dan harganya akan bergantung kepada harga pasaran kerana kerajaan tidak dapat lagi menampung subsidi ketiga-tiga barangan tersebut yang menjangkau RM1.3 billion kepada harga pasaran. Harga runcit barangan tersebut adalah seperti berikut:
Tepung - RM1.35/kg (RM2)
Gula - RM1.55/kg (2.05) } harga tanpa subsidi di dalam kurungan
Roti - RM2.10/kg (4.42)
Sumber Maklumat : Jabatan Penerangan Malaysia (Mei 2009) ______________________________________________
Berita di atas adalah berita di pertengahan tahun lepas, 2009. Akhirnya ia dilaksanakan juga bermula jam 12.01 pagi tahun baru 2010.
Nampaknya, memang macam nilah situasi dari masa ke masa. Naiklaaa harga kos cupcake kami. Harga coklat powder naik RM1, sebelum ni RM16.80 sebungkus, sekarang RM17.80.
Harga gula pula naik 20 sen. Maka, peniaga2 makanan dan minuman bakal menaikkan harga mereka tak lama lagi. Banyak betul kenaikan harga sejak kebelakangan ini. Mungkin mereka yang berpendapatan tinggi tak rasa apa2 sangat, namun golongan yang berpendapatan rendah bakal merasai beban kenaikan ini. Nampak macam sikit je kenaikannya, tapi dari segi peratusnya, kenaikan ini melebihi 10%. Maka, tak mustahil harga air dan makanan akan naik 5%-10%.
Harga lampin bayi juga bakal naik, seperti yang dimaklumkan oleh seorang jurujual di sebuah pasaraya. Katanya, ia bakal naik ke harga RM 44.00 tak lama lagi. Harga sekarang RM37.00. Harga pada tahun 2008 adalah RM 26.00. Aku masih ingat kerana ketika itu aku sedang survey harga barang untuk menampung kos sara hidup Iffah. Tup2 lepas kelahiran Iffah, harganya naik melambung. Bukan 3-4ringgit, tapi RM10.00!!. _____________________________________________________
Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. -Malaysiakini.com, 01/01/2010______________________________________________________
Kesimpulannya, kena potong lah lagi budget bulanan masing2. InsyaALlah takde masalah jika pandai mengurus kewangan, cuma kena banyak2 bersabar.
Wassalam.
3 comments:
:) kek abang imran terbaik!
time kasih(^^,).. belilah selalu.. cuma kadang2 tak dapat nak hantar sebab tak sempat buat.. cupcake tu sambilan je, ada bnyk lagi perkara yang lain kena diutamakan.
Post a Comment