BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.
Akhir2 ini kedengaran statement2 berkenaan kekurangan bekalan darah di bank2 darah seluruh negara. Itulah jua yang aku telah diberitahu beberapa kali termasuklah ketika satu lawatan ke bank darah HTAA yang dipandu oleh seorang doktor (hematologis).
Beliau ada menunjukkan jadual van bergerak ke tempat2 sekitar kuantan yang hampir penuh setiap hari, namun bekalan darah masih kurang. Kenapa ya? Mungkin kekurangan bilangan penderma itu salah satu faktor penyumbang namun ada satu KEKURANGAN besar dalam usaha untuk meningkatkan public awareness berkenaan dengan "darah".
Agak2, kalau ditanya kepada umum, " apa yang kamu tahu tentang darah yang didermakan" , apa yang akan mereka jawab? Aku yakin ramai yang tidak tahu pun apa yang akan berlaku kepada darah tersebut. Aku pun tahu tentang semua ini lepas belajar tentang darah. Huhu. Sebelum belajar tak tahu apa2 pun. Untuk pengetahuan, darah yang didermakan akan dibahagikan kepada 3 komponen:

- Sel darah merah (disimpan pada suhu 2oC – 6oC) = bertahan selama 35 hari shj.
- Plasma p(disimpan pada suhu -30oC) = boleh bertahan selama 2 tahun.
- Platelet (disimpan pada suhu 20oc – 24oC) = bertahan 5 hari shj daripada tarikh pendermaan.
Sel darah merah antara yang banyak digunakan. Maka, jika anda menderma darah, ia hanya bertahan dalam masa SEBULAN SAHAJA. LEPAS ITU, AKAN DILUPUSKAN!
Maka, proses menderma darah perlu dilakukan secara berterusan. Aku yakin, selama ni ramai yang terpinga2, kenapalah bank darah asyik kekurangan darah je. Ada juga yang akan nak derma kemudian2 sikit sebab baru je menderma 2,3 bulan yang lepas.
Selamat berkongsi info dengan kawan2 ya.
Wassalam.

3 comments:
Apa jadi kalau orang berat tak memenuhi syarat yang ditetapkan derma darah?
tak faham..
berat badan ke? kalau syarat tak dipenuhi, pegawai tu takkan bagi derma darah.. tu je setakat yang saya tahu
Eh,tertinggal perkataan.
Ya, berat badan. Oh.
Post a Comment