Saturday, November 27, 2010

Segala Puji dan Syukur Hanya untuk-Mu

(MAAF, ADA KESILAPAN PADA GAMBAR SEMALAM,
SEBAB TERGESA-GESA, SILAP GAMBAR)

Mujahid Sulong Kami
Ni baru betul muka baru lahir. huhu
10 minit lepas lahir, mata pejam celik je, terkelip2

eh, ni kak iffah 3 jam lepas lahir la. macam rupe saya tak?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Anak itu cahaya mata. Anak itu penyeri rumahtangga. Anak itu nikmat. Dan ia juga ujian. Segala puji bagi-Nya yang sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada kita semua tanpa perlu diganti. Segala syukur pada-Nya kerana meminjamkan segala nikmat tanpa perlu dibayar.

AlhamduliLlaah, semalam, 26 November 2011 bersamaan 19 Zulhijjah 1431, tepat jam 4.00 petang, telah lahir ke dunia ini seorang lagi cahaya mata dan hati kami sekeluarga, di wad bersalin risiko tinggi, Hospital Tengku Ampuan Afzan.


tok ma & nenek cakap, kening saya asyik berkerut je,
serius je nampak
, fikir masalah umat kot.

Beratnya ketika dilahirkan adalah 2.86kg, kurang 400g dari kakaknya Iffah. Tapi munasabahlah, sebab dia lahir awal 2 minggu berbanding Iffah. AlhamduliLlaah tak pre-term, sebab lahir tepat-tepat pada 37 minggu + 0hari. Tarikh dijangka bersalin sebenarnya pada 17 Disember 2010, sehari sebelum majlis nikah ayah lang nya, usop. Maybe dia nak keluar awal nak gi tengok usop kawin kot. huhu.

Ni kakak saya, kak iffah. Ade rupe tak?


Ni saya lepas tukar baju kat umah tokki & nenek. Hepinyee.
Saya boleh kuar lambat sikit dari wad, kul 3.30 pm tadi
Sebab lambat berak. huhu.

Kami final exam 2 minggu lagi. Doakan kami ye. Kalau ada yang nak datang ziarah, datanglah. Tapi maklumkan dulu dan sebaiknya lepas kami habis exam lah ye. Kami habis exam 13 disember. Wassalam.

9 comments:

teh said...

yan, sangat cute dan nampak muka lelaki... tak sabar nak pegang baby boy yan dan nurul... sronok lah iffah ada kawan.. kirim salam kat nurul, tahniah utk korang

k.asma said...

hihi..comeyyyyynyerr...
berat brp yan?cam besor skit dr iffah dl..name mende??ish,xsabor nie nk blk..

نور أميرا بنت أمينورالدين said...

salam! mabruk alaik a.imran!..smoga die menjadi anak yg soleh...aamiiiin

khaulah mujahidah said...

mabruk imran & nurul & iffah !

semoga dia membesar menjadi mujahid yang berjasa untuk Islam. Allahumma ameen..

tErAbyte said...

salam...

tahniah kak nurul & abg imran....

teh said...

yang ni baru betul muka sebijik muka iffah....

k.asma said...

MasyaAllah..comeyy nyerr..jatuh hati maklong tengok..kening kerut sokmo,napok serius skit..lelaki kan..hehe..k.iffah ayu..(^o^)

Ashraf said...

Alhamdulillah
Tahniah2.....Tumpang Gembira999999
Nati umum la nm Mujahid baru ni ek

abu 'iffah said...

nama akan diumum dalam masa terdekat. dah ada, tapi nak finalize sikit..ada masa datanglah ziarah, tapi lepas exam lah ye, 13 disember. lepas exam kami cuti sampai26 disember.