Sunday, January 11, 2009

Objektif Tercapai!


BismiLlaahi Wal Hamdulillaah..

Pada 8 hingga 10 Januari lalu (semalam), aku baru sahaja selesai melaksanakan tanggungjawabku untuk membantu menjayakan kursus profesionalisme pemimpin pelajar Shams '09 yang dianjurkan oleh alumni shams. Tahniah kepada sahabat baikku, Ashraf Ramli (kuliyyah undang-undang uiam selaku pengarah program) kerana berjaya menganjurkan program tersebut dengan bantuan sahabat2 yang lain. Tahniah jua ku ucapkan kepada fasi2 yang terlibat daripada batch spm '04 hinggalah spm '08.

Banyak yang nak diceritakan tetapi dek kerana nak uruskan blog alumni, aku rasa agak kesempitan untuk menulis bagi kedua-dua blog. Tapi bila fikir2 balik, ini hanyalah alasan rasanya, kerana sebenarnya menulis bukan mengambil masa yang lama sangat pun. Yang jadi lama apabila terpaksa berfikir pelbagai perkara untuk menulis dengan baik. Mana boleh main tulis je, perlu juga menjaga bahasa, ayat, dan pelbagai aspek yang lain, lebih2 lagi menulis untuk blog alumni kerana tulisan aku akan mewakili alumni, bukan diriku semata2.

Kem ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk memastikan kesinambungan dakwah dan tarbiyyah yang berterusan di bumi waqafan SMKA Sheikh Abdul Malek yang terus menerus terkesan dengan persekitaran yang begitu mencabar dewasa ini. Menurut pemerhatianku, objektif program tercapai. Tapi, kena lihat juga perkembangan mereka di Shams nanti bagaimana.

Bagiku, adik-adik ini tidak boleh dibiarkan berdiri sendirian. Wajib bagi aku untuk ambil tanggungjawab bagi mencurahkan sedikit ilmu yang aku ada untuk manfaat mereka dalam rangka untuk mencapai dan membina kembali bumi shams yang lebih gemilang. Gemilang yang meliputi segala aspek (ilmu, kepimpinan, agama dan akademik).

WaLlahu'alam.


1 comment:

hambaALLAH said...

salam...
tahniah diucapkn kpd akh imran,akh ashraf n semua fesi lain yg terlibat dalam kursus profesionalisme pemimpin pelajar Shams '09 ini...

penglibatan ana sebagai fesi dalam kursus ini banyak memberikan pendedahan dan faedah buat diri yang lemah ini...
pengalaman yang sangat bermakna...
di samping memberi peringatan n didikan kepada adik2 SHAMS sepanjang kursus...sekaligus memberi peringatan buat diriku yang sering kali alpa dalam mencari keredhaan ALLAH...
syukran jazilan kepada insan yang mengajak ana untuk meng'involve'kan diri dalam kursus ini...

sekali lagi tahniah diucapkan kepada akh imran n semua fesi yang terlibat...
juga kepada peserta kursus yang berjaya mengikuti semua aktiviti yang dijalankan...(^_^)