BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..
Jutaan ucapan syukur ku panjatkan kepada Nya yang telah memberikanku 1lagi peluang untuk menyambut sambutan eidul adha tahun ni. Dan syukur jua kepadaNya kerana memberikanku peluang untuk menyelesaikan ‘hutang’ ku yakni Aqiqah untuk anak perempuanku, Iffah Mardhiyyah.
Kali ini, aku berminat untuk berceloteh tentang isi khutbah jumaat yang aku dengar di Masjid Sura Lama pada minggu lepas, disampaikan oleh ustaz Saiful Bahri b Mamat.
Beliau menyentuh persoalan korban dan ertinya kepada mereka yang melaksanakan korban. Kisah utama yang menjadi asas kepada khutbah adalah kisah Nabi Ibrahim; peristiwa baginda meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s. walaupun baru sahaja berjumpa setelah sekian lama berpisah.
Tatkala baginda berlalu meninggalkan Siti Hajar, dia bertanya kepada suaminya, ‘apakah ini arahan dari Allah?’. Baginda senyap tidak menjawab kerana hatinya pilu. Kemudian, Siti Hajar bertanya lagi sehinggalah tiga kali. Lalu Nabi Ibrahim menjawab, benar, ini perintah Allah. Siti Hajar menerima perintah ini tanpa membantah, melihat sahaja suaminya tercinta berlalu meninggalkan dia dan anak kecilnya, Ismail a.s di padang pasir.
Siapakah pada zaman ini yang mampu berbuat sedemikian? Apakah korban yang kita buat pada eidul adha memberikan erti dan kesan yang mendalam kepada jiwa kita? ATAUpun ia hanya terhenti setakat itu sahaja, setakat menyembelih dan melapah binatang korban, then give it to those in needs.
Berdasarkan kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tadi, erti pengorbanan yang ditunjukkan adalah berkorban untuk Allah, berkorban demi iman, berkorban demi agama Allah. Berapa ramai mereka yang korban lembu tapi menentang perintah Allah kerana tidak selari dengan keinginan nafsu mereka? Berapa ramai yang membutakan mata melihat kemungkaran berleluasa di merata tempat, hatta di UIAM yang ku cintai ini.
Berapa ramai pula yang berkorban wang untuk menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah tetapi pulang ke Malaysia, tetap menghalang usaha-usaha mendidik umat dengan kefahaman Islam sebenar? Berapa banyak pula usaha untuk menyesatkan masyarakat kita?
So, apa ertinya aku melaksanakan ibadah korban? Tepuk dada, tanya hati, kerana hati tidak pernah menipu. Apa yang kita rasai dalam hati, itulah kita.
Salam ‘Eidul Adha. Maaf atas salah dan silap. Salam Hijrah.
Wallahu’alam.

No comments:
Post a Comment