BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..
Pada suatu post yang lalu, (orang yang gagal adalah orang yang tak bangkit dari kegagalan; bulan Jun); aku pernah menyebut sedikit sebanyak berkenaan tentang masalah aku dalam bab komunikasi. Tak ramai yang memahami keadaan diriku dan tak ramai yang tahu apa sebenarnya masalah aku.
Gambar ini merupakan cebisan pengalaman aku ketika bertemu dengan pakar psikiatri di HKL ketika aku masih berada di Darul Quran pada awal 2006, semester 3. Masih ku simpan buku tersebut. Beberapa orang sahabat mungkin perasan yang aku kerap ke KL dan nampak stress. Ada juga sahabat yang memang mengetahui apa masalah aku sejak di bangku Shams, contohnya Ashraf, Hakimi dan Azhan. Aku juga pernah mengenali mereka yang punyai masalah yang sama.
Aku taknak bercakap banyak tentang masalah ini, ia boleh diperjelaskan mengikut konsep ‘negative cognitive theory’. There are some psychological theories that try to explain this kind of problems and also the way to overcome it. But, theory may not absolutely true, some of them may affect some people and not for other people.
Apa yang aku pegang selama ini untuk menguatkan diriku? Kata-kata Allah dan Nabi s.a.w adalah ubat terhebat untuk aku hadapi masalah ini, yang sukar untuk difahami oleh mereka yang tidak menghadapinya kerana sifatnya abstrak.
Allah menyebut dalam Quran bahawa hamba-hambaNya diuji sesuai dengan tahap keimanannya. Maka, sebagai seorang hamba, aku tak boleh cakap yang aku tak patut diberikan ujian begini dan begitu, kerana hanya Dia yang mengetahui segalanya tentang hambaNya. Aku pun tidak mengerti hikmah yang terselit kerana tidak banyak ujian yang dapat kita tafsirkan hikmahnya dengan tepat sehinggalah kita bertemu dengannya.
Apa yang penting? Sabar, doa dan tawakkal. Orang yang gagal adalah orang yang tidak berusaha bangkit dari kegagalan.

"tidak akan ada satu pun ketentuan Nya melainkan penuh hikmah tersirat yang perlu di gali dengan sabar"
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment