Thursday, December 11, 2008

Nak Kahwin. Nak Bagi Anak Bini Makan Pasir??..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Tak tahulah nak tulis tentang apa. Kadang2 rasa malas gak nak menulis ni. Tapi tiba2 teringat pertanyaan sesorang tentang cara aku menguruskan bab perbelanjaan family. Maklumlah, mana kerja lagi. Tengah belajar, ada anak pulak tu.

1. Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, dari awal lagi aku didik hatiku untuk yakin sepenuhnya bahawa rezeki datangnya dari Allah. Sebab itu dalam buku Al-hikam ibn 'Atho'iLlah ada menyebut, "jangan kamu ambil sebarang pemberian manusia hinggalah hatimu benar-benar meyakini bahawa ia adalah pemberian Allah untuk kamu". Begitu juga tentang ayat Quran yang menyebut,"Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Maka latihlah diri untuk terus-menerus meyakini bahawa rezeki itu dari Allah, dan terimalah setiap nikmat dengan hati yang benar yakin bahawa ia adalah kurniaan Allah, manusia hanyalah sebagai perantara. Cuba renungkan pesan Rasulullah s.a.w kepada kita, "Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami." (Hadis riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said). Jadi, didiklah sebaiknya hati untuk memastikan iman kita benar terhadap Allah yang memberi rezeki.

2. Aku tidak bekerja, maka tidak ada sumber pendapatan pun. Situasi aku mungkin banyak berbeza dengan orang lain. Buat masa sekarang, perbelanjaan urusan perkahwinan aku sebenarnya diuruskan oleh mama dan baba. Duit untuk beli kereta pun pinjam duit baba juga. Duit simpanan aku insyaAllah mencukupi selepas 5 tahun untuk bayar kereta iswara ni. Kereta ni pun rezeki jugak, dapat yang murah dan masih baik keadaannya. Duit simpanan ni letak dalam saham Felda sebenarnya, join mama punya saham. So, biar 5 tahun, cukup untuk bayar kereta ni. So, banyakkan menabung, insya Allah tenang masa depan dari gangguan kewangan.

3. Dalam Quran, Allah banyak menyebut bahawa Dia tidak suka orang yang berlebih-lebih, melampau-lampau, boros, mengikut perangai syaitan yang suka membazir dan terlalu mengejar dunia. Ada ayat Quran yang menyebut," rebutlah apa yang disediakan oleh Allah untuk akhiratmu, dan jangan kamu lupa nasib (keadaan) mu di dunia". So, prinsip ini merupakan prinsip yang sangat efektif untuk memastikan kita tidak terhimpit dengan masalah kewangan. Aku sangat-sangat kurang bab nak belanja-belanja ni. Time belajar kat DQ, aku sangat2 kurang makan kat cafe atau membeli di kedai. Ada orang kata, ni kedekut, tak beli makanan. Ya. Aku terima. Dan aku ingat nasihat seorang abang, kita kena buat bajet untuk diri sendiri, dan sekali sekala bolehlah nak belanja orang. Maybe boleh nak beli apa2 yang special time hari lahir ke, hari raya ke, tapi pastikan kita ikut bajet yang kita buat. Buat masa sekarang, aku dan isteri boleh simpan RM300 sebulan hasil penjimatan dalam bab makan, pakaian, alat-alat lain dan lain-lain lagilah. Baju yang ada, selagi elok, pakailah ia.

Mudahkan citer, buat bajet bulanan, belanja bukan ikut nafsu, dan muhasabah perbelanjaan di akhir bulan. InsyaAllah boleh urus kewangan dengan baik. Sumber pendapatan tambahan? Sedang di fikirkan lagi. huhu. Sebab setakat ni sebenarnya duit biasiswa cukup untuk tampung kehidupan harian kami berdua. (Makan RM100, Pengasuh RM200, Petrol Rm200, Barang Iffah RM100, Elektrik, air, notes, Dll RM150, Lebihan RM50, Simpanan RM300).

Wallahu'alam.


9 comments:

Anonymous said...

Salam abu iffah.. thanks atas perkongsian bermakna.. em, dari cite abu iffah, tak pe, mungkin abu iffah dari golongan org berada.. saya ni orang biasa saje..usaha cari duit nge kije sambil belajar.. maklumlah, semangat nak kawin.. tapi parents tak bagi jugak.. atas alasan amik medic susah nak belajar ble ade ank dan isteri.. tak tau lah camne.. tapi alhamdulillah, daripada mereka tak nak bagi langsung tunang dan kahwin, mereka dah terbuka hati nak bagi tunang dulu.. tak pe lah, mungkin lepas satu2 dia akan bagi kot.. hehe.. doakan utk kami eh.. thanks again..

M@jiD said...

salam...
terharu aku baca artikel nie...
kami yang x kahwin agak boros,tapi orang yang da kahwin pandai menguruskan diri..
InsyaAllah kami cuba sedaya yang mungkin...

FiSHY@iKe said...

Frasa yang klasik yang selalu digunakan oleh mana2 ibu bapa pun, :P syukran ya akhi, post yang sangat menyentuh jiwa ana, dari masa ke masa ana memang ade terasa hati ingin mengajak abg imran untuk berbicara soal ini, tetapi dengan beban masa dan perbezaan tempat tinggal membuatkan niat tu selalu tertangguh, takpe, insyaAllah, ade masa dan tempat yang sesuai, harapnye dapatla kite berbincang tentang persoalan ini, by the way, keep up the good job akhi, teruskan menunjukkan teladan yang baik pada rakan2 seperjuangan kita dan untuk ana juge, salam...

ekramhakim~ said...

boleh buat kursus ni...ehehe...

Aizuddin said...

300 sbulan?
bley join MAA Takaful Usop!
Meh2 daftar.

Anonymous said...

ya ALLAH, ana cam x percaya enta spend only rm100 tok mkn. ana mkn tok x smpi 10 ari da rm 100... mmg respct kat enta.. emm, bley cube ni tok perancgn mse depan..

Anonymous said...

Huh?? RM100 untuk makanan? bleh perincikan tak cemana 100 untuk makan saja... Ni memang harus diketahui umum... =D

Anonymous said...

salam....
terima kasih atas nasihat tersebut...
alhamdulillah skrg dlm perancangan utk berumah tngga...
jwpn2 yg tuan bg dpt sy gunakan sbg hujah utk menjawab persoalan2 yg timbul....

orang said...

salam..
boleh x terangkan camane makan rm100 tuh utk 2org??
sy tringin gk nk jimat-cermat mcm ni..