Saturday, December 6, 2008

Banyaknye Isu..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

When i read the newspaper and also listening to news update in TV3 and Tv1, i'm always trying to give ny own opinion on the news. As so, there are a lot of issues to be thought and take the lessons from all news.

Banyak betul isu-isu terkini yang aku rasa nak tulis dan beri pendapat aku sendiri. Blog kan bermaksud 'buku log'. Apa-apa yang kita rasa nak luah or bagi pendapat, just do it as long as it is mithin the Islamic milieu. Jangan terlebih hingga menempah dosa free pulak.


1. Isu Pewaris ( ditunjangi oleh PPIM) yang menyokong penuh ISA dikekalkan.

Ketika satu perhimpunan aman, mereka melaungkan takbir untuk menunjukkan semangat mereka bagi mempertahankan 'keadilan' ISA. Pada forum mansuhkan ISA, mereka berhimpun secara aman di bahagian luar bar council dengan memakai baju 'kekalkan ISA'. Then, baca wawancara Harakah dengan Dr Maamor PPIM, tetap dengan pendirian menyokong ISA.

Aku bingung. Pelik. Tertanya-tanya. Kenapa PPIM berkeras menyokong Akta Zalim ini? Bukankah sudah banyak hujah yang menyatakan bahawa ia bercanggah dengan syariat Islam? Dr MAZA pernah menulis artikel menentang ISA. Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali menghuraikan kebobrokan Akta ini. Why these people still want to defend it? Moga-moga perjuangan PPIM memartabatkan ekonomi Islam tidak akan dicemari dengan perkara ini.

2. Isu Pembalakan Hutan di UIA Kuantan.

Entah kenapa tiba-tiba heboh isu ni. Dalam berita menyebut, pencerobohan ini dilakukan oleh anak syarikat UIA sendiri, IIUM Properties Sdn. Bhd. Aku tak tahu siapa yang bersalah. Namun, apa yang bermain dalam fikiran, kemana duit jutaan ringgit hasil balak itu dilarikan? Siapa yang curi? Kenapa jabatan pertanian yang kat depan UIAM langsung tidak menyedari perkara ini? Pihak UIAM pula bagaimana? Apakah tidak ada pantauan langsung untuk memelihara balak ini? Bukankah ia akan digunakan untuk tujuan pembelajaran? Aku tak tahu. Hanya mempersoalkan. Moga-moga pesalah akan diberkas dan nama UIAM kembali dibersihkan.

3. Cubaan Bunuh Diri di KTerengganu.

Yang ni pun hangat apabila seorang perempuan naik ke atas bangunan untuk membunuh diri kerana kecewa dengan teman lelakinya. Berita disiarkan oleh saluran berita2 utama. Malu aku sebagai penduduk terengganu..huhu.

4. Bergaduh Merebut Teman Lelaki.
Yang ni pun diTerengganu jugak. Dua pelajar ini bertumbuk di kawasan belakang sekolah kerana marah akibat merebut pakwe. Hm. Apa nak jadi mereka ni. Entah mana hilangnya mahkota malu seorang wanita. Dahlah tengah pakai uniform sekolah. Depan2 orang pulak tu. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa malu itu sebahagian daripada iman.

Banyak lagi isu sebenarnya, tapi tak payahlah tulis semua, cukuplah sekadar mengambilnya sebagai peringatan untuk menjalani kehidupan yang makin mencabar ini.

Wallahu'alam.

No comments: