Monday, November 10, 2008

Tayangan Video Alam Barzakh Bakal Diharamkan?..



BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..

Semalam dan kelmarin timbul isu yang disiarkan di buletin utama berkenaan seorang ustazah yang menyiarkan slideshow tentang lakonan azab kubur. Aku yakin ramai yang pernah tonton video tersebut. Sila rujuk "http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18261&mode=thread&order=0&thold=0" dan artikel2 TKO yang banyak menghuraikan tentang isu tersebut.

Bagi aku, betapa golongan profesional sekular di Malaysia ramai dan diberikan ruang oleh media untuk memberikan respon otak mereka tentang hal agama. Namun, aku bangga dengan pengundi2 SMS buletin utama semalam, 09/11/2008 tentang kewajaran menayangkan video alam barzakh tersebut kepada pelajar darjah 1 dan 2. Lebih 71% menyokong tayangan tersebut kerana ia bersifat pendidikan jiwa dan dipantau oleh ustazah.

Bagaimana pula respon profesional sekular ini terhadap rancangan Tv yang bersifat seram dan tahyul? Rancangan realiti Tv pula bagaimana? Bukankah perkara ini yang sebenarnya merosakkan minda anak2 kecil?Renung2kan.

Wassalam

No comments: