Tuesday, November 11, 2008

Rancangan TV Sebenarnya Lebih Berisiko!..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mempercayai sesuatu khususnya apa-apa yang diucapkan oleh gurunya. Jika ibu dan ayahnya guru, tetap guru di sekolah juga yang dipercayainya.Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mempercayai sesuatu khususnya apa-apa yang diucapkan oleh gurunya. Jika ibu dan ayahnya guru, tetap guru di sekolah juga yang dipercayainya.


Video 'Sajak Kematian' dikatakan menimbulkan trauma kepada kanak-kanak, benar, dan tidak boleh dinafikan. Namun, adakah trauma ini membawa keburukan atau kebaikan. Inilah persoalan yang perlu diuruskan oleh guru dan ibu bapa. Trauma yang timbul ialah ketakutan tentang kematian. Jika ketakutan tentang kematian maka inilah yang diingini oleh penerbitnya, iaitu menimbulkan ketakutan supaya insan-insan yang melihatnya memikirkan dan bersedia untuk menghadapi kematian termasuklah kanak-kanak.

Orang tua terdahulu berkata "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Oleh itu, tayangan kepada kanak-kanak boleh dianggap betul kerana merekalah golongan yang masih suci dan mudah menerima apa-apa yang diajar. Jika tayangan ini kepada pelajar menengah atau golongan remaja, kesedaran atau impaknya tidak sehebat terhadap kanak-kanak. Mereka hanya sedar ketika ditayangkan dan ada antara mereka yang mempertikaikan isi kandungan dan menganggapnya hanya lakonan semata-mata. Pandangan seperti ini tiada pada kanak-kanak.

Bagaimana dengan trauma siri "Puaka Niyang Rapek". Drama ini juga menimbulkan trauma, kanak-kanak yang menontonnya akan ketakutan, takut ke dapur, takut bersendirian, malah takut di bilik air hingga ketika mandi pintu bilik air dibuka supaya ibu dan ayahnya dapat melihatnya. Adakah kita mendengar suara-suara mempertikaikan siri seram di TV3 ini?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud orang paling bijak ialah mereka yang sering mengingati mati. Oleh itu, sepatutnya tayangan video 'Sajak Kematian' sepatutnya diterima dengan baik dan dialu-alukan sebagaimana masyarakat menerima siri seram di TV3 yang juga menimbulkan trauma. Malahan, siri seram TV3 ini boleh membawa kepada syirik apabila terlalu mempercayai apa-apa yang ditayangkan, berbanding 'Sajak Kematian' yang benar-benar akan ditempuhi oleh insan-insan bergelar kanak-kanak apatah lagi dewasa.

sumber: TKO

Wallahu'alam



No comments: