Tuesday, November 18, 2008

Kita Bagaimana?..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Baru-baru ni aku merasa terpanggil untuk mendengar syarahan agama oleh kanak-kanak dari pesantren Al-Fateh Batam Indonesia. Adik siti rahmah 8tahun dan adik mohd al-amin 7 tahun memberikan syarahan mereka selama 30 minit.

Gambar di atas adalah syarahan agama di Muassasah Darul 'ulum yang aku terjumpa dalam internet. Maybe kanak-kanak itu adalah abangnya al-amin, kerana ayng aku lihat di masjid al-Fattah hari tu lebih kecil daripada yang dalam gambar ini.

Jauh beza mereka dan kita kan. Asas mereka kukuh sejak kecil, dididik untuk berani berdepan dengan orang yang jauh lebih tua usianya berbanding mereka. Moga-moga akan lahir ramai lagi generasi baru yang mempunyai kemampuan seperti mereka.

Akhir kata, semua manusia yang hebat datangnya dari suasana yang penuh ranjau duri.
Wallahu'alam.

1 comment:

qamar_muneera said...

salam. ana rasa terpanggil untuk memberi sedikit respon. melihat kepada kanak-kanak ini teringat peristiwa yang berlaku antara Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun. Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap.
Umar Abdul Aziz berkata ;
“Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap.”
Budak itu menjawab sopan dengan berani..
“Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah.”
usia tidak menjamin tahap kematangan seseorang. kanak-kanak yang di sebut oleh akh dalam entri ini adalah antara kanak-kanak genius (walaupun mungkin dia tidak genius dalam matematik seperti kebiasaan kanak-kanak yang dipanggil genius) yang perlu dijaga dan ditatang kerana mereka ini adalah generasi yang sangat diperlukan untuk kebangkitan Islam kali kedua. wallahua'alam.