Wednesday, November 12, 2008

"Sajak Kematian" Lagi...Idola Kecil Bagaimana?



BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

Entah apa jadi pada Buletin Utama TV3 dan 'pendokong2' sistem pendidikan Malaysia. Semalam buat kali ketiga berturut2 diletakkan berita tentang isu Video Klip Sajak Kematian. Paling pelik apabila isu ini diletakkan sebagai Tajuk Utama (seakan2 suatu perkara yang sangat besar yang perlu diambil tindakan segera).

Aku terpinga mendengar pandangan Menteri Pelajaran bahawa menayangkan klip video ini bukanlah cara mendidik yang berhikmah, ia hanya akan menakut2kan pelajar. Dan beliau akan mewujudkan j/k khas untuk menyiasat perkara in. Penerbit video tersebut juga akan dicari.
Hmm. Kenapa tidak diambil tindakan kepada penerbit2 rancangan Tv yang merosakkan muda-mudi zaman sekarang? Bagaimana dengan rancangan Idola Kecil TV9? Bintang Kecil? dan lain2 lagi. Hmm. Lupa. Pak-pak sekularis tak fikir pun semua ni. Aku bengang.

Apakah mereka tidak tahu keadaan pelajar2 sekolah sekarang? Apakah mereka tidak mengerti kesusah ibu bapa zaman kini untuk mengawal tingkahlaku anak-anak mereka? Apakah mereka tidak mengerti betapa ibu bapa mengharapkan program2 agama dilaksanakan di sekolah yang mampu mendidik anak-anak mereka?

Bukankah Rasul2 diutuskan untuk memberikan khabar gembira dan juga khabar peringatan? Basyiiran wa Naziiran. Kalau begitu, jika faktor umur dijadikan sebab, mengapa menteri2 ini tidak mencadangkan agar video tersebut diwajibkan penayangannya kepada pelajar sekolah menengah sebagai tayangan wajib di setiap sekolah?

Aku mengucapkan tahniah kepada Ustaz Zawawi Yusof, Perunding Motivasi yang selalu muncul di TV3, kerana mempertahankan penayangan video tersebut. Buletin Utama semalam memaparkan pendapat beliau. Beliau menyebut, " Zaman telah berubah. Dahulu kita menggunakan pendekatan lisan untuk menceritakan tentang azab kubur. Sekarang, dengan teknologi yang ada, ia dipaparkan dalam bentuk video, yang lebih menarik untuk dihayati oleh anak2 zaman sekarang".

Mungkin kata-kata tokoh agama hanya akan dipandang remeh oleh kelompok2 sekularis yang bongkak dengan ilmu pendidikan mereka yang cetek.

Wallahu'alam.

1 comment:

khaulah mujahidah said...

assalamualaykum..

'inilh yg dikatakan dunia akhir zaman.. yg 'batil' dijulang, yg 'haq' dihilangkan..