Tuesday, December 14, 2010

Judi Halal? ALlah kata Haram, Haram lah!!!

Judi "halal" yang ada di mana2, tumbuh tanpa segan-silu


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

(BERMULA)Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57 (trillion!!)
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

__________________________________________________________________

Siapa tidak ingat ketika kecoh 1Malaysia berkenaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menggunakan wang sumbangan syarikat judi untuk memberikan bantuan kepada warga tua yang menyaksikan sandiwara murahan penuh kebodohan untuk menangguk di air yang 'keruh'. Lalu dipulangkan wang tersebut kepada 1Pihak yang hingga kini belum menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Dalam jawapan bertulis ini jelas menunjukkan betapa negara kita amat bergantung kepada hasil judi untuk mengurus negara, sebab itulah masih segar di ingatanku hujah dangkal lagi jahil menteri berkenaan ketika menyatakan sebab mengapa ingin dikeluarkan lesen judi bola. Bukankah dinyatakan untuk mengelak judi 'haram' dan jika lesen dikeluarkan, dapat tambah pendapatan untuk mengurus negara?

Apa ada pada agama? Nama semata2 Ataupun ia hanyalah warisan yang akan terus diwariskan generasi ke generasi yang akhirnya melahirkan manusia yang nampak Islam hanya pada masjid, nikah kahwin, puasa, zakat dan haji. Maka ramailah manusia yang hanya menyarung jersi Islam ketika berada di medan2 ini.

Disebut dalam buku Ma'aalim Fit Thoriq karangan Sayyi Qutb bahawa "LaailaahaillaLlaah Manhaj Hidup Muslim", dengan huraian yang jelas untuk kita semua fahami bahawa seluruh hidup Muslim wajib berpaksikan perintah ALlah dan cara hidup ini telah ditunjuk dan diajar dengan jelas oleh Baginda Nabi s.a.w.ISLAM is AD-DEEN!!!

WaLlahua'lam.

No comments: