Sunday, August 31, 2008

We; A Drop of Water..


BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

Renungan untuk diriku dan dirimu..

Setitis Air 1

Allah amat menyayangimu. Wujudmu adalah bukti wujudNya.
Apakah maknanya Dia mewu-judkanmu jika Ia membencimu. Renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya.
Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih sayangNya, jika kamu memahami.

“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Adz-Dzaariyaat: 21)

Setitis Air 2

DariNya engkau datang dan kepadaNya akan kembali. Engkau tidak akan memahami bahasa cinta jika engkau berpaling dari WajahNya.

“… Mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah: 156)

WaLlahu ‘alam.

Setitis air 3

Segala apa yang kau pandang, dengar, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya.
Jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya.
Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaianNya yang amat lemah lembut.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; Kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Ali-‘Imran: 14)

WaLlahu ‘alam.

Setitis air 4

Musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.
Ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka padaNya. Renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.

Fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapanNya. Bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke kandang.
Kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaranNya. Hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud padaNya.
Yakinilah, Allah tidak menzalimi hambaNya, Allah amat menyayangi dirimu. Insya Allah pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

“… dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.”
(Fussilat: 46)

WaLlahu ‘alam. (dipetik daripada sahabatku, Akh Hanif Hj Ibrahim)

Friday, August 22, 2008

Nama Cahaya Mata Kami..


BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

setelah berbincang dan mencari, ALhamdulillah kami sepakat untuk memberikan nama 'Iffah Mardhiyyah kepada anak kami..yang bermaksud kesucian diri yang diredhai.Asalnya nak bagi nama 'Iffah Mar'iyyah hari tu, tapi nanti susah sebab tak ada huruf 'ain kat tengah tu.jadi,nanti ejaannya jadi Mariyyah,orang akan salah sebut..yang 'iffah pun huruf 'ain jugak,tapi takpelah sebab kat bhgn depan nama..oklah,syukran pada support kalian semua.

Wassalam.

Monday, August 18, 2008

Erti 'Ibu'...



BismiLaahi WalHamduliLlaah..

Alhamdulillah, segala puji bagiNya yang menciptakan makhluk2Nya dengan ciptaan yang menakjubkan..dan manusia diiktiraf sebagai sebaik-baik ciptaanNya.Semalam, tepat jam 2.52 petang (17ogos2008)bersamaan 15Sya'ban, telah lahir ke dunia ini seorang bakal mujahidah,InsyaAllah.Namun,disebalik kegembiraan menyambut kelahiran seorang anak, aku terkesima melihat peritnya seorang ibu melahirkan anaknya..pedih.penat.perit.mungkin aku sendiri tak mampu untuk melalui keperitan itu..Ditambah pula masa pantang selama 2 bulan yang memerlukan penuh kesabaran..

Doakan zaujati ,nurul mutmainnah binti yusof agar selamat segalanya.Doakan kami jua agar berjaya dalam medan keibuabahan.

Gambarnye boleh lihat di albumnyer...
Wassalam.

Thursday, August 7, 2008

Gantungkan Harapan Penuh Hanya KepadaNya

BismiLlaahi WalhamduliLlaah...

Sebagai seorang hamba, harapan penuh hanya wajib kita letakkan kepada Penguasa segala gerak-geri makhluk, Allah Rabbul-Jalil.. jangan letak penuh pergantungan kepada hakim,pendakwaraya mahupun rakyat..kerana mereka ini makhluk..boleh mengharapkan mereka,tapi bukan sepenuh pengharapan.apa sekalipun yang berlaku sekarang, ingat bahawa aqidah kita mengajar tentang Qada dan Qadar,tentang sifat Allah yang Maha Adil dan lain-lain lagi yang kita belajar..

jaga Aqidah kita dalam situasi sekarang,dengan banyak berdoa kepadaNya.Bimbang kita hanya melihat pada makhluk tanpa sebarang pergantungan kepadaNya..Sama2 doa dan solat hajat untuk kesejahteraan Anwar khususnya dan kestabilan politik Malaysia amnya.

waLlaahu'alam.

aku yakin janjiNya..

BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

Hari ni gempar berita Anwar akan dibicarakan di mahkamah dan akan menyebabkan beliau tak dapat mengikuti kempen PRKecil permatang pauh yang akan diadakan 26 ogos ini..jika sabit kesalahan,beliau akan dipenjarakan seberat 20tahun penjara (sumber:malaysiakini.com)..aku terkesima.apa semua ini?ke mana Aqidah mereka yang mencipta fitnah ini?mana neraka dalam otak mereka?tak takutkah mereka?..

namun,aku yakin pada janjiNya dalam quran (lupa ayat mana)
- kalau seluruh manusia cuba memudharatkan hambaNya, takkan mampu tanpa izinNya..kalau seluruh manusia cuba menyelamatkanNya, takkan mampu jua tanpa izinNya..Dia Maha Mengetahui dan Maha menguasai segala apa yang bakal berlaku..Allah Maha Adil..

WaLlaahu'alam.