Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Kezaliman Bakal Runtuh!!

Demonstran berhimpun di Tahrir Square, Kaherah
pada hari ke-6 protes anti-kerajaan


BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Apa yang anda tahu tentang Mesir? Ikhwanul Muslimin? Tahukah anda sekatan2 yang telah dan sedang dikenakan oleh Mesir terhadap saudara seagama di Palestin? Tahukah anda siapa dalangnya? Tahukah anda siapa sekutu rapatnya?

Tahukah anda apa yang berlaku di Mesir sekarang ini? Apakah anda mengikuti perkembangannya? Ataupun ia tiada kaitan dengan anda kerana anda rakyat Malaysia.

Hiduplah dengan Islam, bukan dengan Melayu, Cina, India dan lain-lain. Barulah kita akan sentiasa fikir soal umat Islam. Jika kita tidak terkesan dengan masalah2 umat, hiduplah kita dalam tempurung sendiri. Hatta ber 'facebook' sekalipun, masih dilitupi tempurung, tenggelam dalam dunia remaja yang entah ke mana arah tujunya.

Sama-sama lah merubah diri, untuk membantu kebangkitan umat ini.
Rakyat Mesir sedang bangkit, rakyat Malaysia bila lagi?

Wassalam.

Tuesday, December 7, 2010

Tahniah TV Al-Hijrah


Frequency untuk dapatkan siaran baru ini..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Tadi bukak tv, nampak rancangan tazkirah, tapi logo/lambang siaran ni tak pernah nampak pun sebelum ni. Rupa2nya siaran baru yang diuruskan oleh JAKIM dengan matlamat yang murni, untuk menyebarkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Malaysia.

Harapan ku kepada pengurus stesyen TV Al-Hijrah agar teruskan istiqamah dengan niat asal seperti yang disebut dalam sesi pelancaran TV tersebut. Saat yang dipilih adalah saat yang baik, saat sambutan ma'al hijrah. Namanya juga nama yang baik. Moga semangat hijraturrasul benar2 dibawa dalam siaran Tv ini sampai bila2, jangan sesekali melencong ya!.

Antara rancangan yang disediakan.. Tahniah Abe Amin!

Begitu jua dengan siaran berita2 yang bakal dibawa dalam Tv ini, aku harapkan ia benar2 bermanfaat, bukannya penuh dengan hasutan dan propaganda murahan seperti TV1 dan TV3. NTV7 punya berita is better. TV9 bolehlah tahan, kadang2 sama je. TV1 dan TV3 aku cukup anti, kecuali bahagian sukan.

Selamat Menonton TV Al-Hijrah!

Wassalam.

Monday, March 29, 2010

Bank Darah Kekurangan Bekalan!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Akhir2 ini kedengaran statement2 berkenaan kekurangan bekalan darah di bank2 darah seluruh negara. Itulah jua yang aku telah diberitahu beberapa kali termasuklah ketika satu lawatan ke bank darah HTAA yang dipandu oleh seorang doktor (hematologis).

Beliau ada menunjukkan jadual van bergerak ke tempat2 sekitar kuantan yang hampir penuh setiap hari, namun bekalan darah masih kurang. Kenapa ya? Mungkin kekurangan bilangan penderma itu salah satu faktor penyumbang namun ada satu KEKURANGAN besar dalam usaha untuk meningkatkan public awareness berkenaan dengan "darah".

Agak2, kalau ditanya kepada umum, " apa yang kamu tahu tentang darah yang didermakan" , apa yang akan mereka jawab? Aku yakin ramai yang tidak tahu pun apa yang akan berlaku kepada darah tersebut. Aku pun tahu tentang semua ini lepas belajar tentang darah. Huhu. Sebelum belajar tak tahu apa2 pun. Untuk pengetahuan, darah yang didermakan akan dibahagikan kepada 3 komponen:
  • Sel darah merah (disimpan pada suhu 2oC – 6oC) = bertahan selama 35 hari shj.
  • Plasma p(disimpan pada suhu -30oC) = boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Platelet (disimpan pada suhu 20oc – 24oC) = bertahan 5 hari shj daripada tarikh pendermaan.

Sel darah merah antara yang banyak digunakan. Maka, jika anda menderma darah, ia hanya bertahan dalam masa SEBULAN SAHAJA. LEPAS ITU, AKAN DILUPUSKAN!


Maka, proses menderma darah perlu dilakukan secara berterusan. Aku yakin, selama ni ramai yang terpinga2, kenapalah bank darah asyik kekurangan darah je. Ada juga yang akan nak derma kemudian2 sikit sebab baru je menderma 2,3 bulan yang lepas.

Selamat berkongsi info dengan kawan2 ya.

Wassalam.

Tuesday, January 19, 2010

Mesir oh mesir!!.. Apa nak jadi!!.. Inilah Rakan Kongsi Israel!!!

BBC Graphic
Gambar menunjukkan bentuk binaan tembok di sempadan Gaza-Mesir. Sempadan mana lagi yang ingin dilalui untuk dapatkan bantuan?

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Di tengah2 kehangatan isu kalimah "ALlah" di Malaysia, mungkin ramai yang terlepas pandang tentang isu yang berkaitan dengan kezaliman kerajaan sekular Mesir terhadap umat Islam di Palestin.

Ketika berlakunya demonstrasi NGO2 dan kelompok2 emosional pada hari jumaat yang lalu (8 Januari 2010) di sekitar masjid negara terhadap penggunaan kalimah "ALlah", berlaku juga satu demonstrasi yang lain ( tetapi tidak mendapat perhatian media Malaysia) di hadapan pejabat kedutaan Mesir untuk membantah dan mengutuk tindakan kerajaan Mesir yang menghalang Viva Palestin daripada memasuki Gaza untuk menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan. Malah, ada di kalangan peserta Viva Palestin yang ditahan dan diberikan layanan teruk oleh mereka!

Kemudian, luka rakyat Palestin terus-menerus di simbah dengan air garam apabila Mesir mula membina tembok yang ditanam begitu dalam untuk menghalang terowong2 yang menyalurkan bekalan2 ke Gaza. Apa patut kita lakukan? Teruskan usaha2 setakat yang kita mampu, terutamanya doa dan sumbangan harta.

___________________________________________________

Egypt has begun constructing a huge metal wall along its border with the Gaza Strip as it attempts to cut smuggling tunnels, the BBC has learned.

When it is finished the wall will be 10-11km (6-7 miles) long and will extend 18 metres below the surface.The Egyptians are being helped by American army engineers, who the BBC understands have designed the wall.The plan has been shrouded in secrecy, with no comment or confirmation from the Egyptian government.

The wall will take 18 months to complete.For weeks local farmers have noticed more activity at the border where trees were being cut down, but very few of them were aware that a barrier was being built.

'Impenetrable'

That is because the barrier, made of super-strength steel, has been hidden deep underground.

The BBC has been told that it was manufactured in the US, that it fits together in similar fashion to a jigsaw, and that it has been tested to ensure it is bomb proof.US officials have though denied to the BBC that they are involved in building or supplying the wall.

The reports say the wall cannot be cut or melted - in short it is impenetrable. Intelligence sources in Egypt say the barrier is being sunk close to the perimeter wall that already exists.

They claim 4km of the wall has already been completed north of the Rafah crossing, with work now beginning to the south.

The land beneath Egypt and Gaza resembles a Swiss cheese, full of holes and tunnels through which the Palestinians smuggle the everyday items they are denied by the blockade.

But the Israelis say the tunnels are also used to smuggle people, weapons, and the components of the rockets that are fired at southern Israeli towns. The wall is not expected to stop all the smuggling, but it will force the Palestinians to go deeper and it will likely cut the hundreds of superficial tunnels closer to the surface that are used to move the bulk of the goods.

Source:BBC

___________________________________________________

P/S: Sampai2kan kepada orang lain, moga kita semua ada kesedaran tentang isu ini

Saturday, January 2, 2010

harga Barang Naik lagi..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

__________________________________________________

Datuk Mohd Zain Mohd Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) telah mengumumkan bahawa subsidi bagi tepung, gula dan roti akan ditarik balik dan harganya akan bergantung kepada harga pasaran kerana kerajaan tidak dapat lagi menampung subsidi ketiga-tiga barangan tersebut yang menjangkau RM1.3 billion kepada harga pasaran. Harga runcit barangan tersebut adalah seperti berikut:


Tepung - RM1.35/kg (RM2)
Gula - RM1.55/kg (2.05) } harga tanpa subsidi di dalam kurungan
Roti - RM2.10/kg (4.42)

Sumber Maklumat : Jabatan Penerangan Malaysia (Mei 2009) ______________________________________________

Berita di atas adalah berita di pertengahan tahun lepas, 2009. Akhirnya ia dilaksanakan juga bermula jam 12.01 pagi tahun baru 2010.

Nampaknya, memang macam nilah situasi dari masa ke masa. Naiklaaa harga kos cupcake kami. Harga coklat powder naik RM1, sebelum ni RM16.80 sebungkus, sekarang RM17.80.

Harga gula pula naik 20 sen. Maka, peniaga2 makanan dan minuman bakal menaikkan harga mereka tak lama lagi. Banyak betul kenaikan harga sejak kebelakangan ini. Mungkin mereka yang berpendapatan tinggi tak rasa apa2 sangat, namun golongan yang berpendapatan rendah bakal merasai beban kenaikan ini. Nampak macam sikit je kenaikannya, tapi dari segi peratusnya, kenaikan ini melebihi 10%. Maka, tak mustahil harga air dan makanan akan naik 5%-10%.

Harga lampin bayi juga bakal naik, seperti yang dimaklumkan oleh seorang jurujual di sebuah pasaraya. Katanya, ia bakal naik ke harga RM 44.00 tak lama lagi. Harga sekarang RM37.00. Harga pada tahun 2008 adalah RM 26.00. Aku masih ingat kerana ketika itu aku sedang survey harga barang untuk menampung kos sara hidup Iffah. Tup2 lepas kelahiran Iffah, harganya naik melambung. Bukan 3-4ringgit, tapi RM10.00!!. _____________________________________________________

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. -Malaysiakini.com, 01/01/2010
______________________________________________________

Kesimpulannya, kena potong lah lagi budget bulanan masing2. InsyaALlah takde masalah jika pandai mengurus kewangan, cuma kena banyak2 bersabar.

Wassalam.

Monday, July 27, 2009

Apakah Ada Ruang Untuknya di Malaysia?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Siapakah Marwa Ash-Shabrbini? Anda kenal beliau? Kalau tidak tahu kisah ini, layaklah kita digelar sebagai "umat bawah tempurung" yang hanya hidup tanpa usaha untuk mengambil tahu isu-isu semasa yang mempunya impak besar kepada Islam, yang berlegar di sekeliling kita.

Walaupun kisah ini dah agak lama ( kurang lebih 2 minggu), namun aku tetap ingin menulisnya kerana aku merasakan masih ada yang tak tahu tentang ini.

Marwa Ash-Sharbini ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman ketika perbicaraan sedang dijalankan. Kejadian ini rentetan dari sebutan kes dimana seorang pemuda jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai 'teroris' hanya kerana ia memakai tudung 'jilbab'.

Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas tudung 'jilbab' Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana ia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman.

Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa yang kini dalam keadaan cedera parah di hospital Dresden.

Tiada siapa yang cuba menyelamatkan beliau melainkan suaminya!


Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Ash-Sharbini ke tempat persemadiannya yang terakhir, memang mungkin lebih ramai yang menangisi kepemergian Raja Pop Michael Jackson.

Marwa Ash-Sharbini hanyalah seorang ibu dan bukanlah orang ternama mahupun superstar seperti MJ. Tetapi kepemergian Marwa Ash-Sharbini adalah lambang jihad paling agung seorang muslim di abad ini. Marwa Ash-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia sanggup menggadaikan nyawanya.

Beliau mati kerana Islam. Isu ini isu besar. Tapi, apa jadi pada berita2 di Malaysia? Mana siaran tentang kematian beliau dalam berita2 utama di Malaysia? Kenapa MJ yang mati disebut2 dalam berita hampir 3 -4 hari? Apakah nilai seorang Muslim yang dibunuh tanpa sebab di depan umum di mata kita?

"aku anti-berita-TV1,TV2,TV3"

Wassalam.

Monday, July 20, 2009

Tidak Sempurna Iman..

Rumah atau pondok kecil?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Sabda Nabi Saw bermaksud:"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadith ini adalah hadith yang biasa kita dengar apabila menyebut berkenaan ukhuwwah dalam Islam.

Aku merasa terpanggil untuk berkongsi tentang perkara ini apabila lecturer dalam kelas pada minggu lepas menceritakan tentang masalah seorang saudara kita, Mohd Ridhuan Wong Bin Abdullah, yang tinggal dalam sebuah rumah kecil di tengah2 bandar besar, Kuantan.

Beliau memeluk Islam sejak tahun 2002.


Inilah rupa rumah saudara kita

Beban beliau bertambah dengan bebanan anaknya yang menghidap penyakit jantung berlubang (perimembranous ventricular septal defect) yang memerlukan kos pembedahan RM 18000.00. Anaknya juga menghidap masalah kekurangan G6PD dan perkembangan tak normal (G6PD deficiency and developmental delay)


Ruang di dalam rumah beliau. Segala-galanya di sini

Maka, apa peranan kita? Beliau sudah berusaha memohon di pelbagai tempat, termasuk JAIP, JKKK, ADUN dan lain-lain lagi, namun belum dapat menampung kos pembedahan tersebut.

Belum ditambah dengan kos sara hidupnya. Beliau hanya bekerja cari barang2 terbuang dan jual, dengan kudrat yang ada dan basikalnya, beliau hanya mampu memperoleh paling banyak RM500 sebulan.

AlhamduliLlaah, setelah dibuat pungutan derma kilat dalam batch kami, kami berjaya mengumpul sebanyak RM1650.00 dan telah diserahkan kepada beliau. Banyak lagi usaha yang bakal dijalankan untuk membantu, namun sukar sekiranya hanya sesetengah kelompok sahaja yang membantu.

Jika ingin ziarah dan menderma, rumahnya terletak di belakang Perumahan Seri Teruntum, jalan teruntum 79. Rumahnya tidak beralamat.

Jika ada yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke Bank Nasional (GIRO) 0610029000202431 (Mohd Ridhuan Wong Bin Abdullah, 550516-06-5435)

Bantulah beliau, agar tenang iman beliau dan bertambah kuat pegangan beliau terhadap Islam.

Wassalam

Wednesday, July 15, 2009

Berakhirnya hidup Natrah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Anda kenal Natrah? Atau nama sebenarnya Bertha Hertogh, berketurunan belanda.

Beliau baru sahaja meninggal dunia minggu lepas, pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.

Apa pentingnya beliau kepada kita rakyat Malaysia beragama Islam?

Sejak kecil aku sering mendengar ceramah2 yang menyebut tentang peristiwa Natrah; yang berkaitan dengan rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada tahun 1950.

Apa kaitannya dengan kita semua?

Peristiwa Natrah 1950 adalah satu peristiwa yang menunjukkan kekuatan dan keberanian umat Islam mempertahankan Aqidah yang suci.

___________________________________________

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah (duta Malaysia di Belanda) berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

__________________________________________

Begitu hebat jiwa umat Islam ketika itu hingga bangkit menentang usaha memurtadkan seorang Muslim. Jiwa mereka merdeka walaupun tanah air sedang dijajah.

Kita bagaimana?

WaLlaahua'lam.

Tuesday, May 12, 2009

Hmmmmmmmmmmmm...

Zambry compares himself to Mandela, Gandhi

By CLARA CHOOI, from Star Online

IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, whose nearly three-month tenure as mentri besar was ruled illegitimate by the Kuala Lumpur High Court on Monday, has likened himself to Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

Warning Pakatan Rakyat not to under-estimate him, he said the High Court’s “shocking decision” did not mean he would give up the fight.

“To me, losing the mentri besar post will not reduce my fighting spirit in upholding the truth.

If reinstated Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and his “friends ... assume that the High Court’s decision will dampen my spirit, then they have read me wrong,” he said in a blog entry early Tuesday morning.

He said a person did not need to hold a post in his struggle to uphold the truth, and likened the recent struggles faced by him and his “comrades from the Barisan Nasional” to those endured by politicians like Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

“Nelson Mandela sacrificed his freedom for 27 years in order to free South Africans from the grip of ‘apartheid.’

“Gandhi also sacrificed his life for the sake of India’s independence and so his people would be able to live without caste or religious boundaries,” he said.

Dr Zambry said however that it was lucky for him that his struggles had not caused him physical harm or loss of freedom.

“I only had to withstand the negative perceptions that Nizar and his people have created of me and the Barisan’s image.

“I know it will be hard to change such perceptions for their accusations are all over the Internet,” he said.

He also accused Pakatan Rakyat of being “greedy,” expressing disbelief at Pakatan’s “swift way of moving back into power,” especially the way they had reported to work at the state secretariat at 7:15am Tuesday, saying this was part of their “tyranny.”

Dr Zambry also reiterated that he accepted the High Court’s decision with an open heart and vowed that he would not question it.

“I will not be like the Pakatan which practises ‘selective justice’ by only accepting the decisions that favour themselves and rejecting those that do not,” he said.

Dr Zambry also maintained that the Federal Court’s decision that Speaker V. Sivakumar had no right to suspend him and his six executive councillors still held, although the High Court ruled that Nizar was the rightful mentri besar.

(http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/12/nation/20090512124751&sec=nation)

___________________________________________

Tersenyum sendirian aku membaca berita ini.

Wassalam

Friday, May 8, 2009

Ghazwah Al-Fikri Yang Semakin Hebat!



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Akhir-akhir ini, serangan pemikiran yang dilancarkan semakin hebat, malah individu yang memegang title "Muslim" turut sama tergolong dalam tentera-tentera bawahan yang secara langsung dan tidak langsung membantu tentera-tentera atasan perang pemikiran ini.

Masih ingatkah kita tentang kenyataan2 dan cadangan2 pihak2 tertentu mahupun pemimpin2 muslim yang cuba memberikan pendapat dan idea tentang sesuatu masalah dalam masyarakat yang jelas menunjukkan kedangkalan mereka berfikir?

Pada 2 tahun lepas, apabila dibincangkan tentang penularan AIDS akibat daripada seks bebas, maka datang idea dan cadangan daripada pemimpin masyarakat untuk memberikan kondom percuma. Nasihat tok guru diketepikan.

Baru-baru ini, apabila dibincangkan tentang masalah remaja, keluar kenyataan dari mulut seorang menteri; bahawa ibu bapalah yang paling bertanggungjawab dalam bab ini, kerana anak2 banyak bersama mereka.

Bukankah anak2 remaja sekarang banyak masa mereka di sekolah? Bersama rakan2 dan guru2 mereka. Bukankah pendidikan memainkan peranan untuk membentuk remaja? Mengapa tanggungjawab hanya diletakkan kepada ibu bapa? Bagaimana dengan media yang tidak membina jiwa dan pemikiran kami sebagai remaja?

Mengapa media terus-menerus menghidupkan serangan hedonisme? Mengapa pendidikan terus-menerus dikongkong oleh serangan sekularisme?

Sama-sama kita fikirkan. Yang pasti, semua bertanggungjawab dalam bab menjaga agama dan akal, kerana ianya adalah elemen dalam Maqaasid As-Syar'iyyah.

Disini, suka untuk aku sebutkan elemen2 penting dalam strategi musuh Islam untuk menjayakan Ghazwatul-Fikri mereka.

1. Tasykik, iaitu menimbulkan keraguan dalam jiwa kaum muslimin terhadap agamanya.
2. Tasywih, iaitu pengaburan. Caranya dengan memberi gambaran salah tentang Islam untuk mengaburkan kaum muslimin tentang Islam sebenar.
3. Tadzwiib, iaitu pelarutan, mencampuradukkan atau talbis antara pemikiran dan budaya Islam dengan pemikiran dan budaya Jahiliyah (kufur).
4. Taghrib, atau pembaratan (westernisasi), iaitu mendorong kaum muslimin untuk menyenangi dan menerima pemikiran, kebudayaan, gaya hidup dan apa saja yang datang dari Barat.

Selamatkan diri dalam medan perang ini. Jangan mengalah. Seperti kata Presiden UMNO dalam ucapannya ketika perhimpunan agung yang lepas, "berubah atau rebah". Walaupun mereka tak berubah2, tapi pastikan kita yang berubah. Kerana mereka adalah penguasa buat masa ini, maka segala tindak-tanduk mereka akan memberi kesan kepada kita. Biarkan mereka rebah, kita mesti berubah.

WaLlaahu'alam.

Monday, April 27, 2009

Ancaman Virus Baru!

Influenza Virus

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Dalam 2 hari ni, berita2 di tv mahupun akhbar mula menghebahkan tentang kemunculan virus yang menyebabkan wabak selesema babi.

Pengkaji2 sedang cuba untuk mengkaji apakah virus ini sebenarnya. Setakat ini, seperti yang disebut dalam berita semalam, virus ini adalah campuran genetik (mutasi) antara virus manusia dan virus burung yang menjangkiti babi; yang menghasilkan 1 genetik yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Mereka hanya menyebut virus ini sebagai "influenza-like virus" kerana mempunyai gejala2 yang hampir menyamai gejala yang disebabkan oleh virus influenza.

Hati-hati dengan gejala yang disebabkan virus baru ini:
1. Demam (fever)
2. Sakit2 seluruh badan (general body aches)
3. Batuk (cough)
4. Sesak nafas (dyspnea)

Setakat yang diberitakan semalam, bermula di mexico dengan angka kematian yang tinggi, merebak ke amerika, dan sudah masuk ke perancis dan juga new zealand melalui orang yang dijangkiti virus dan pulang ke negara tersebut.

Di New Zealand, seramai 25 guru dan pelajar di Auckland dikuarantin kerana mempunyai gejala (symptoms) yang disyaki disebabkan oleh virus baru ini. Agak tersentak mendengar berita ini kerana adikku baru sahaja 2bulan belajar di sana. Moga2 beliau dilindungi ALlah.

Sama2 doakan padaNya agar kita semua selamat daripada wabak ini. Namun, bukankah sudah banyak virus dan penyakit merbahaya yang berkaitan dengan babi sebagai asbab? Apakah ini satu lagi amaran Allah untuk hamba2Nya yang jauh tersesat dibuai arus dunia?

Malaysia pula bagaimana? MOH sedang berbincang untuk mengambil langkah berjaga2 agar virus ini tak masuk dan disebarkan di Malaysia. Namun, kuasa ALlah mengatasi segalanya. Pohonlah padaNya, kerana kita hanyalah hamba yang lemah.

In conclusion,Islam is the way of life. Ingatlah, "Aslim Taslam".

Wassalam

P/S: buat adikku Hafizah yang sedang belajar di Auckland, New Zealand, moga selamat dalam perlindunganNya.

Wednesday, March 18, 2009

Kenapa Perlu Menipu??

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Terjumpa artikel ini. di TKO, dan memang TV3 selalu macam ni. Hmm

____________________________________________
 TV3 (buletin utama - 15/03/09) sekali lagi berbohong iaitu
mengenai bantuan kepada adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 iaitu berkenaan tawaran sebuah rumah kepada dia sekeluarga. TV3 menyiarkan bahawa umno menyediakan tawaran rumah itu menerusi Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

sedangkan..

Dari Harian Metro Online:

KOTA BHARU: Kejayaan seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar berkenaan.

Malah, bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, menyifatkan pemberian bantuan itu sebagai rahmat terutama bagi membantu keluarganya yang serba kekurangan dan menjamin depan anak sulungnya itu.

Sebelum itu, Nik Mohd Kamal dikunjungi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Che Othman Che Mat.

Dalam kunjungan itu, Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan RM5,000 serta menawarkan sebuah rumah di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, untuk kediaman keluarga berkenaan manakala Dali memberikan bantuan RM1,000 bagi meringankan bebanannya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090316084507/Article/index_html

_______________________________________________

Ingat pesan Allah dalam surah Al-Hujurat; apabila datang suatu berita kepada kamu, siasat lah sebelum percaya. Moga2 kita tidak tergolong dalam kelompok mereka yang mempercayai fitnah dan penipuan.

WaLlaahu'alam.

Tuesday, March 17, 2009

Aku Terkongkong?

BismiLlaahi Wal hamduliLaah

Setelah terbaca ulasan ringkas dalam sebuah buku, aku terasa perlu untuk berkongsi dengan sahabat2 pembaca sekalian.

Mungkin akhir2 ini makin ramai di kalangan umat Islam, apatah lagi bukan Islam yang sering mempersoalkan kenapalah Islam suka sangat mengongkong hidup mereka. Seolah-olah tersekat kebebasan mereka untuk hidup 'gembira dan seronok'.

Dalam buku kecil, "bisikan sirr", ada bab yang menyentuh tentang bagaimana umat sekarang tercemar pemikiran mereka dengan definisi 'bebas' yang dicanang2kan oleh barat melalui medan perang fikiran atau lebih dikenali sebagai GhazwatulFikri.

Apakah kita sudah lupa bahawa kedatangan Sayyiduna RasuluLlaah s.a.w adalah untuk membebaskan manusia daripada jahiliyyah kepada kehidupan yang teratur dalam sebuah sistem yang bersifat rabbani. Pastinya sistem kehidupan yang sifatnya Rabbaaniyyah adalah sistem yang terbaik untuk manusia kerana kita dicipta olehNya.

Barat sekarang sebenarnya sedang cuba untuk mengheret manusia kedalam kancah kehidupan berlandaskan nafsu, sehinggalah manusia dijajah dengan begitu hebat oleh nafsu syahwat mereka. Betapa ramai manusia yang kehidupan mereka begitu jauh dipandu oleh nafsu, menjauhi Sang Pencipta yang bersifat Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim.

Betapa ramai juga manusia yang sudah berubah ketaatan mereka, daripada mentaati Allah kepada mentaati manusia, kuasa dan wang. Justeru, bebaskanlah dirimu daripada penguasaan nafsu, agar tinggi darjatmu disisi Nya. Bebaskanlah dirimu daripada perangkap jahiliyyah moden. Islam bukan mengongkong, tetapi menyelamatkan manusia daripada hanyut dengan kehidupan yang fana' ini.
_______________________________________________
[1]
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[2]
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
[3]
Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[4]
(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.


(Surah Al-Jumuu'ah)
____________________________________________

Bukankah kita ingin menuju jannahNya? WaLlaahu'alam.

Friday, February 6, 2009

Doaku Untukmu, Kerajaan "Baru" Negeri Perak!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah
________________________________________
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah kumpulan/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka.
________________________________________

Siapa yang tidak tahu wajah sebenar mereka? Siapa yang tidak mengikuti kisah2 kezaliman dan kerakusan mereka? hanya orang yang tertutup hatinya dan beku mindanya yang tidak mahu mengambil hirau nasib umat Islam dan rakyat Malaysia sahajalah yang tidak akan bertemu dengan kebenaran di sebalik semua kemelut ini.

Wahai kerajaan "baru" negeri Perak, ALlah maha berkuasa dan maha merancang. Ingat!perancangan ALlah maha hebat, jauh dari apa yang mampu dirancang oleh manusia. Aku cukup teruja dengan pemanggil2 radio IKIM dalam siri salam jumaat pagi tadi. Ada beberapa pemanggil yang menyebut, "Ingatlah, kamu hanya akan dapat rasa gembira buat sementara waktu, tunggulah PRU13 akan datang". Tidak kurang juga yang melabelkan tindakan mereka seakan2 sama dengan rejim zionis la'natuLlaah.

Apa2 pun, sebagai seorang mahasiswa, aku hanya berharap agar segalanya kembali dalam keadaan yang baik, moga2 ALlah merahmati seluruh negeri Perak dan seluruh umat Islam.

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.” (alBaqarah, 177)

Sabda Nabi s.a.w, “Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Selamat berjuang buat pemimpin yang ku hormati, DS Ir Nizar Jamaluddin. Ucapan beliau penuh dengan tinta2 ilmu yang sangat diperlukan buat mengisi jiwa2 rakyat yang dahagakan ketenangan dalam suasana Islam.

WaLlaahu'alam.

Thursday, February 5, 2009

Solat Sunat Hajat dan Doa!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Aku terasa untuk memberikan sedikit respon tentang isu paling kontroversi di awal tahun 2009 ini; "BN rampas kerajaan negeri Perak?". Aku cuba membaca dari pelbagai sumber tentang isu ini. Bagiku, ini adalah perang politik yang cukup sengit antara PR dan BN.

Maka, siapa yang benar, siapa yang salah? Berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku selama ini, sememangnya BN sering menggunakan kuasa wang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Apakah PR pula bersih dari segalanya? Terdapat beberapa kes yang juga menunjukkan berlakunya kes yang sedemikian dalam PR, kerana manusia ada nafsu. Apabila nampak wang jutaan ringgit depan mata, pastinya tewas dek kerana iman yang lemah, integriti yang rendah nilainya.

Namun, kes sebegini pastinya jauh lebih bertimbun2 dalam BN berbanding PR. Aku tidak pasti apakah pemimpin2 yang masuk ke kancah politik atas dasar ingin menentang kezaliman ini mampu istiqamah ataupun tidak. Kerana bagiku, mereka yang berperang di kancah politik atas dasar tarbiyyah sahajalah yang mampu untuk berdepan dengan habuan duniawi ini.

So, harapanku agar pimpinan2 Perak mampu bertahan daripada serangan ini. Aku personally kagum dengan DS Nizar Jamaludin yang berjaya membawa masuk elemen dakwah dalam pentadbiran beliau. Tapi kuasa Allah menentukan segalanya. Yang tewas dalam perang tak semestinya berada di pihak yang salah.

Buat saudara2 ku, banyakkan solat hajat dan doa agar kerajaan yang hak dapat dipertahankan dan kerajaan yang batil dapat ditumbangkan, agar rakyat marhaen seperti aku terselamat daripada fitnah dan kerosakan yang dibawa oleh kerajaan yang batil.

Wa makaruu wa makaroLlaah.. WaLlaahu khoirul maakirin.

WaLlaahu'alam.

Monday, February 2, 2009

Betulkan Niat Sebelum Tengok Berita

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Sekadar ingin melontarkan pandangan aku berkenaan situasi media massa (TV) sekarang. Dalam blog ni aku ada letak lambang boikot TV3, bukan kerana aku tak suka TV3 tapi aku benci berita TV3. Begitu juga TV1 punya berita.

Dulu aku cukup suka menonton buletin utama dan lain2 berita TV3 dan TV1, namun akhir2 ini aku makin lama makin meluat (lame doh benornye). Lalu aku terfikir, apakah tidak ada dosa buat diriku yang sering mendengar berita2 palsu , putar belit dan fitnah yang dimainkan oleh berita2 ini? Bukan semuanya fitnah, putar belit dan palsu, tapi kebanyakan darinya. Lebih2 lagi sekitar dan after 8Mac 2008. Kita kena berhati2 dengan semua ini agar tidak mendapat dosa 'free' akibat meyakini berita yang tidak benar tanpa menyiasat terlebih dahulu. Apatah lagi jika disebarkan berita tersebut.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (Al-Isra:36)Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya selagi pelepah ini segar."

So, tengok berita takpe, dengan niat untuk mengetahui isu. Then, cari kesahihan berita tersebut. Moga2 kita semua terselamat daripada fitnah dan adu domba. Contoh berita fitnah: Penutupan tabika kemas di Perak, Kelantan dan Terengganu tak laksana hudud, dan lain2 lagi. banyak sangat, malas nak list kan. Jagalah diri saudara2 di zaman penuh fitnah ini. jauhilah juga pembawa2 berita yang tidak takut akan hukum Allah. Allah s.w.t dengan jelas menyebut, "fitnah lebih bahaya dari membunuh".

WaLlaahu'alam.

Tuesday, January 20, 2009

Teruskan Usaha Boikot!!

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Patutnya sekarang nak cari bahan untuk PBL, tapi entah hati ni rase nak tulis lagi dan lagi tentang Palestin setelah terbaca artikel tentang luahan hati seorang sahabat. Beliau sedih melihat muslim di Malaysia masih membeli produk2 yang ada kaitan dengan israel, especially yang famous2 seperti McDonald, KFC, Maggi, Kit Kat, Colgate, Coca cola dan lain2 lagi.

Beliau menyebut, ada yang membeli menjawab, "alaah, apalah sangat, aku tak beli ni pun bukannya efek sangat pada ekonomi israel, kuat jugak. Baik aku beli je, takde kesan pun". Amboi, lancarnya lidah kita memberikan alasan hanya kerana ingin turuti keinginan nafsu kita.

Apalah sangat pengorbanan seciput yang kita buat berbanding penderitaan rakyat Palestin. Apakah itu pun kita still tak mampu nak berkorban? Aku ingin tegaskan kepada saudara2ku bahawa kesan boikot sebenarnya besar, jika ada kesatuan antara kita semua. Paling penting, perlu ada rasa sayang yang mendalam terhadap saudara kita di Palestin. Rasanya ramai yang pernah dengar kisah zaman dahulu, bagaimana seorang raja meminta rakyatnya membawa sesudu madu untuk diisi kedalam balang. Akhirnya, balang tersebut hanya penuh dengan air. Kenapa? Semua fikir, "alaah, aku sorang je letak air, bukan ada efek pun". Nah, macam tu lah perangai kita.

Tenunglah gambar2 penderitaan saudara mara kita di Palestin dengan mata hati. Teruskan boikot selagi mana ada alternatif. Mee segera, Mamee ada. Air milo? Vico ada. Ayam goreng? Gi je kat pasar. Burger? Buat sendiri je, lagi jimat. Ubat gigi? Berlambak2 yang muslim punya.

Yang susah, contohnya susu bayi. Aku cuba cari yang bukan amerika punya produk, tak jumpa. Semuanya keluaran syarikat USA, walaupun susunya dari new zealand.

So, selagi ada pilihan, buat pilihan yang Muslim or yang tiada kaitan USA dan israel.

WaLlaahu'alam.

Kekalahan Memalukan israel LaknatuLlaah.

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah..

Israel baru sahaja mengumumkan gencatan senjata (18 Januari 2009) dalam peperangan yang berleretan selama 22 hari yang mengorbankan lebih 1300 nyawa umat Islam Palestin. Manusia durjana, Ehud Olmert menyebut bahawa israel sudah mencapai matlamat perang, malah lebih dari matlamat asal perang. Sebab itulah gencatan senjata diumumkan. Dan ia ada kaitan juga dengan hubungan israel-Mesir.

Namun, di pihak HAMAS, gencatan senjata oleh HAMAS hanya diumumkan selepas 12 jam gencatan senjata israel, bagi memaksa tentera israel berundur sepenuhnya dari bumi Palestin. Mereka diberikan tempoh seminggu untuk berbuat demikian.

Ismael haniyeh menyebut bahawa, gencatan senjata yang dimulakan oleh israel bukan kerana matlamat tercapai, tetapi kerana mereka tewas dalam peperangan tersebut. Apa target sebenar israel ni? Ismael Haniyeh menyebut, mereka ada 2 target. Yang pertama, mereka ingin menghancurkan HAMAS, dan kedua, mereka ingin memastikan HAMAS berhenti melancarkan roket ke israel. Namun, kedua2nya tidak berjaya kerana HAMAS terus menerus menyerang walaupun dalam keadaan kekurangan.

Walau dilihat pada material memang tiada tandingan antara HAMAS dan israel, bermakna awal-awal lagi HAMAS akan kalah bahkan akan terkubur, tetapi apa jadinya? Yang berlakunya adalah disebalik itu, iaitu kemenangan dan juga pertolongan daripada Allah swt. Kalau tanpa pertolongan Allah swt nescaya mustahil HAMAS akan menang, itulah pentingnya pertolongan Allah swt dalam apa jua keadaan.

Kesimpulannya, HAMAS menang dalam perang ini, dan israel kalah dengan penuh kehinaan. Sepertimana mereka kalah ketika berperang dengan Lubnan pada 2006.Israel hanya mencari alasan untuk menutup malu mereka. Takbir!!

Tapi, dalam berita menyebut, lebih 100,000 rakyat palestin hilang tempat tinggal, dan kos untuk bina semula Gaza memakan belanja paling kurang 2 billion dollar. So, teruskan menderma dan memboikot.

WaLlaahu'alam.

Friday, January 16, 2009

Use Your Will!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Sebentar tadi aku terbaca artikel tentang seorang pemain bola sepak, Frederic Kanoute yang dilayangkan kad kuning ketika perlawanan dan berhadapan kemungkinan dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.
_______________________________________________
Sevilla striker Frederic Kanoute is facing a fine from the Spanish football federation for revealing a T-shirt expressing support for Palestine during a match.
Kanoute lifted his Sevilla shirt over his head after scoring in the team's 2-1 Copa del Rey win over Deportivo La Coruna on Wednesday to display a black T-shirt on which the word "Palestine'' was printed in several languages.

The federation's Competition Committee is expected to study the incident on Friday Yellow card Kanoute, who was born in France but plays internationally for Mali, is a practicing Muslim.
Kanoute's action, which has been interpreted as a response to Israel's recent attacks on Gaza that have killed nearly 700 people, was met with a yellow card from referee Antonio Mateu Lahoz.
_______________________________________________
Beliau telah buktikan yang beliau tetap mampu lakukan something untuk Palestin hatta ketika bermain bola sepak. Kita bagaimana? Gunakan segala kudrat yang Allah kurniakan kepada kita untuk Islam, kerana-Nya. Sekarang, setelah 2minggu serangan, sudah lebih 1000 rakyat palestin yang syahid, dan lebih 4500 yang cedera.
Satu lagi, jangan lupa tunaikan amanah anda yang boleh mengundi di P.036 esok untuk memberikan undi anda kepada calon yang membawa perjuangan menegakkan agama Allah, bukannya calon yang berjuang untuk menegakkan manusia. Tertegaknya agama Allah, terbinalah tamadun umat yang gemilang. That's the formula.
WaLlaahu'alam.

Thursday, January 15, 2009

Teruskan Boikot! Support Palestine!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Tadi tengah duk baca email, tengok2 ada artikel tentang boikot; tanggungjawab yang wajib dipikul oleh seluruh umat Islam dalam usaha untuk menyerang ekonomi Israel. Saudara2 perlu ingat bahawa rakyat Palestin bermandi darah untuk mempertahankan tanah waqaf kita semua,umat Islam. Apakah kita tidak berdaya untuk berusaha sedaya upaya kita untuk sekadar memboikot produk dari syarikat yang ada kaitan dengan Israel? Kalau setakat doadan boikot pun tak mampu buat, lemahnya laaa kita kan. Termasuklah aku yang menulis ni. So, bacalah artikel ini, dan tingkatkan azam kita semua untuk kuatkan BOIKOT!!!

Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. i'Allah.
_______________________________________________
Perniagaan ini beroperasi di negaraMuslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usahaboikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negaraIslam.

Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot.Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milikperniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidakdapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola.

Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZamCola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk,sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepadamasyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaransyarikat-syarikat besar dari luar.Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan McDonald’s, KFC dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan.Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam.

Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish UnitedFund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untukmengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepadaIsrael; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporanmedia berkenaan Israel.”

Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di AsiaTengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot.

Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebihkecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati denganusaha boikot ini.Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka didaerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel,sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yangterlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakanlebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.
________________________________________________
Salam Boikot. WaLlaahu'alam.