Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Izzu Dah Keluar Wad..

Hensem tak saye?... Saye kena pakai spek mata kat wad


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Izzu kena masuk wad khas penjagaan bayi (SCN) di HTAA sejak selasa lepas kerana kuning (jaundice) dan level bilirubin (bahan yang menyebabkan kuning) yang memerlukan rawatan phototherapy.

Sepanjang tempoh ni, isteriku lah yang dengan tabah dan sabarnya menjaga dia..Terima kasih banyak2 ye.. Kesian pulak kena duduk kat wad tu melayan karenah Izzu ni. Moga dimudahkan ALlah untuk menghadapi final exam nanti ye.


Bayi yang baru lahir memang mudah dapat kuning sebab sel darah merah bayi mempunyaitempoh yang lebih singkat (70 hingga 90 hari) berbanding sel darah merah orang dewasa (120hari) yang menyebabkan lebih banyak darah yang mati awal yang akan menghasilkan bilirubin yang banyak.

Saya sedang duduk dalam cahaya biru.. 2 hari tak mandi.. Huhu

Dalam masa yang sama, hati yang berfungsi memproses bahan ini dan mengeluarkannya dari badan juga masih belum matang untuk menjalankan fungsi maksimum, menyebabkan kadar pembuangan bahan ini lebih perlahan berbanding orang dewasa.

Manakala, fungsi cahaya, contohnya cahaya matahari adalah untuk menjadikan bilirubin ini lebih larut air dan seterusnya mudah dinyahkan keluar dari badan. Sebab itu digalakkan jemur bayi pagi2.. Bukan jemur letak kat luar rumah, tapi bukak je tingkapluas2 dan letak kat kawasan yang ada cahaya matahari.

AlhamduliLlaah Izzu dah keluar wad semalam (khamis petang) lepas paras bilirubin makin turun, tapi kena jaga2 jugak, takut naik balik.

p/s: sebut pasal naik2 ni, tadi baru kuar berita harga gula naik 20 sen lagi dan harga RON95 naik 5 sen lagi. Hmmmm. Dulu masa mula2 buat cupcake (akhir 2009) , harga gula RM1.50 je. Pahtu naik 20 sen. Pahtu naik 20 sen. Semalam naik 20 sen. Sekarang (akhir 2010) dah RM2.10. Rasenye 1 tahun lagi naik 40-60 sen lagi kot. Alasan kenaikannya sama. Malas nak ungkap. Nanti kuih-muih makin kecik2 saiznya. Makanan ringan makin ringan.

Wassalam.

Monday, November 29, 2010

Izzul Islam bin Mohammad Imran


Izzul Islam bin Mohammad Imran


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Mesti ramai yang nak taaruf dengan saya..Nama saya Izzul Islam. Abah saya nama Mohammad Imran bin Ahmad.. Ibu saya namanye Nurul Mutmainnah binti Yusof.. Tok ba saya nama Ahmad b. Hj Aziz.. Tok ma saya namanye Khlipah bt Ibrahim.. Tokki saya nama Yusof bin Embong.. Nenek saya namanye Faridah bt Kamaruddin.


Abah cakap, dia bagi nama ni sebab nak saya jadi seorang yang memuliakan agama dan menguatkannya kat dunia ni.. Abah cakap, dunia skrg ni makin mencabar, tak tau laa dunia zaman saya makin baik ke makin teruk..

Saya tak faham sangat, tapi abah cakap nanti dia didik dan ajar saya..

Saya kecik lagi.. Abah cakap, budak kecik mcm saya kena banyak tido

Saya doakan abah berjaya mendidik saya. Pakcik2 dan makcik2 semua doakanlah saya berjaya menjadi muslim yang mukmin ye..

Wassalam.

Saturday, November 27, 2010

Segala Puji dan Syukur Hanya untuk-Mu

(MAAF, ADA KESILAPAN PADA GAMBAR SEMALAM,
SEBAB TERGESA-GESA, SILAP GAMBAR)

Mujahid Sulong Kami
Ni baru betul muka baru lahir. huhu
10 minit lepas lahir, mata pejam celik je, terkelip2

eh, ni kak iffah 3 jam lepas lahir la. macam rupe saya tak?

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Anak itu cahaya mata. Anak itu penyeri rumahtangga. Anak itu nikmat. Dan ia juga ujian. Segala puji bagi-Nya yang sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada kita semua tanpa perlu diganti. Segala syukur pada-Nya kerana meminjamkan segala nikmat tanpa perlu dibayar.

AlhamduliLlaah, semalam, 26 November 2011 bersamaan 19 Zulhijjah 1431, tepat jam 4.00 petang, telah lahir ke dunia ini seorang lagi cahaya mata dan hati kami sekeluarga, di wad bersalin risiko tinggi, Hospital Tengku Ampuan Afzan.


tok ma & nenek cakap, kening saya asyik berkerut je,
serius je nampak
, fikir masalah umat kot.

Beratnya ketika dilahirkan adalah 2.86kg, kurang 400g dari kakaknya Iffah. Tapi munasabahlah, sebab dia lahir awal 2 minggu berbanding Iffah. AlhamduliLlaah tak pre-term, sebab lahir tepat-tepat pada 37 minggu + 0hari. Tarikh dijangka bersalin sebenarnya pada 17 Disember 2010, sehari sebelum majlis nikah ayah lang nya, usop. Maybe dia nak keluar awal nak gi tengok usop kawin kot. huhu.

Ni kakak saya, kak iffah. Ade rupe tak?


Ni saya lepas tukar baju kat umah tokki & nenek. Hepinyee.
Saya boleh kuar lambat sikit dari wad, kul 3.30 pm tadi
Sebab lambat berak. huhu.

Kami final exam 2 minggu lagi. Doakan kami ye. Kalau ada yang nak datang ziarah, datanglah. Tapi maklumkan dulu dan sebaiknya lepas kami habis exam lah ye. Kami habis exam 13 disember. Wassalam.

Friday, January 15, 2010

Giant? Carrefour?.. Murah Sangat Ke?..

Terkenal dengan moto "malaysia's leading lowest price"


Terkenal dengan jaminan harga terendah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Post kali ini sekadar ingin berkongsi supaya kita tidak menghabiskan wang hanya kerana kita tertipu dengan moto2 pasaraya2 besar ini. Mengapa? Kerana pasaraya2 ini bukan menawarkan harga terendah pun, malah lebih mahal ada laaaa.

Suatu ketika dulu, aku selalu jugak singgah kat giant time on the way balik rumah mak. Namun, oleh kerana aku sering membeli barang di tunas manja (dekat je dengan rumah), maka aku sedikit sebanyak dapat ingat harga barang di situ. Jadi, pernah beberapa kali aku beli barang di giant, aku merasakan harganya lebih mahal daripada harga yang ditawarkan di tunas manja.

Lalu, suatu hari, aku cuba buat perbandingan. Memang jauh beza rupanya! kalau setakat 30-40 sen ok jugak, tapi lebih RM1 beza harganya! Maka, sejak hari tu, aku buat keputusan bahawa, jangan sesekali beli barang di giant.

Sama jugak lah ceritanya dengan carrefour. Minggu lepas baru pergi, nak cari barang yang tiada dijual di tunas manja. Jadi, alang2, ingat nak beli jugak lah barang2 lain. Tapi rasa tak yakin dengan harganya.

Sebagai contoh, mandian baby Pureen, harganya lebih RM13.50. Ingat nak beli, tapi rasa macam mahal. Then, balik singgah kat tunas manja, memang betul pun. Harga di tunas manja RM11.99 sahaja. Drypers dijual dengan harga RM37.90 berbanding RM 43.90 di carrefour. Banyak lagilah barang2 lain. Sabun basuh baju pun macam tu. Giant pun macam tu jugak harganya.

So, kalau nak beli barang, tak payah lah gi membeli belah kat pasaraya2 besar yang buat tawaran mengarut nih. Memang berlambak promosi 2 pasaraya ni sampai kat pagar rumah, namun tunas manja adalah pilihan terbaik!

Satu lagi tempat yang murah, pasaraya Nirwana Maju. Lagi murah sesetengah barangnya daripada tunas manja. Tapi disebabkan lokasinya agak jauh daripada IM2, maka jarang jugak aku ke situ. Tapi aku pasti akan ke situ untuk mendapatkan barang2 mentah untuk menyiapkan cupcake coklat seperti telur gred A nya yang sama harga dengan telur gred C di mana2 tempat lain.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian berdasarkan survey dan pengalamanku sebagai seorang bapa untuk mengurangkan kos perbelanjaan bulanan kami.

Jadi, buat sahabat2, tak payah lah pergi jauh2 atau nak cari tempat standard2 macam giant @ carrefour, pergi je tunas manja @ nirwana. Atau maybe jugak Terus Maju sdn. bhd. Aku hanya menulis sebagai pengguna, untuk berkongsi dengan sahabat2 pembaca, tiada kaitan antara aku dengan pasaraya2 ini ye.

Wassalam.

Tuesday, January 5, 2010

Pengumuman Produk Baru!


Dari kiri = RM1.10 @ RM1.00 @ RM1.20

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Semalam ada seorang sahabat nak buat tempahan cupcake, katanya untuk dijadikan cenderahati kepada committee2 yang bekerja untuk satu program.

Mula2 nak bungkus biasa, tapi macam tak sesuai pulak. Fikir punya fikir, pergi lah kedai tunas manja kejap. Tapi takde bungkusan yang sesuai untuk cupcake ni.

Then, dapat idea untuk cari bungkusan gula2 yang sering digunakan untuk majlis kenduri kahwin. Cari punya cari, jumpalah jugak.

Balik je rumah, terus mulakan proses menyiapkan bungkusan untuk 60 biji tempahan. Lama jugak rupanya, dekat2 30 minit. Asalnya nak jual RM1.00 je, tapi tak boleh nampaknya sebab kos bungkusan (bahan & masa) bertambah.

So, bincang punya bincang, kami putuskan untuk menjadikannya sebagai produk baru dan meletakkan harga RM1.20 untuk bungkusan tersebut. Cumanya untuk promosi, kami menawarkan harga RM1.10 kepada beliau yang membuat tempahan. Terima kasih kerana menjadi faktor idea baru ini ye.

Untuk bungkusan biasa (plastik & tisu), kami menawarkan harga RM1.10.

Anda berminat untuk dapatkannya sebagai cenderamata? Hubungi kami ya. Iklan akan diletakkan kemudian.

Wassalam.

Monday, August 10, 2009

Lama Tak Cerita Tentang Iffah

Iffah suka main masak2.. tapi nak alat ori, taknak yang mainan

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Rasanya agak lama aku tidak menulis tentang celoteh dan perkembangan cahaya mataku, Iffah yang sudah berumur setahun (kalendar hijri)..

apa tengok2?..iffah tengah masak ni..

Ni gambar2 yang diambil semasa iffah berumur hampir 10 bulan. Kalau dibiar kat dapur tu, habis semua barang2 dia teraburkan dari rak. Terpaksa lah berjaga2 dengan barang2 kaca..

syok betul memasak, tak layan orang dah.. tapi takde aroma pulak masakannya..

Iffah ni, kalau dia perasan kitorang tengah ambik gambar dia, terus berhenti kejap. Nak posing kot.

ada apa?..kagum ke tengok iffah masak?..nak rasa tak?


hmm..letihlaa masak..sudahlah, iffah nak rehat pulak

Tulaa perkembangan iffah semasa 9 bulan hari tu. Sekarang? macam lagi yang dia dah pandai buat. Makin susah nak kawal. Kalau disekat, marah. Kalau dibiar, bersepahlah satu rumah. So, kena pandai2 kawal agar tak terganggu perkembangan mindanya.

Buat masa ni, alhamduliLlah perkembangannya mengikut graf perkembangan kanak2 yang normal. Moga sihat sejahtera lah iffah ye.

Wassalam.

Saturday, August 8, 2009

Hari Ulangtahun Kelahiran Anakku

Iffah cuba-cuba pakai topi birthday party..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Hari ni bertarikh 16 Sya'ban 1430H, genap setahun sudah umur anak sulong kami, Iffah Mardhiyyah yang lahir pada 15 Sya'ban 1429H. Semalam ada buat makan2 sikit bersama family, sambut untuk ulangtahun kelahiran sepupunya Syifa' sekali. Saja, rapat2kan hubungan sekeluarga.

Majlis ni hasil rancangan mak long iffah dan ummu-iffah sekali. AlhamduliLlaah jadi jugak akhirnya walaupun jauh jugak perjalanan syifa' sekeluarga tu, dari kelantan.


Iffah dengan Syifa'.. Pelik Iffah tengok sepupunya sedih2 time hepi

Bila nak berjalan ni, Iffah. Dah setahun dah umur ni. Ke nak ikut sepupunya Areena yang mula berjalan masa umur setahun 3 bulan. Lambat lagilah nak tunggu. Lenguh asyik kena dukung. huhu.

Erm.. Comel tak?.. Ish, kena betulkan sikit nih.. dah senget..

Ok, semoga berkat umur Iffah. Selamat hari lahir.

Wassalam

Wednesday, July 8, 2009

Binalah Mahligai Yang ALlah Redha


BismiLlaahi Wal hamduliLlaah

Sepanjang bulan jun yang lalu, tidak kurang daripada 5 walimatul-'urus telah selamat dilaksanakan. Maklumlah, dah sampai seru. Ada pula yang bakal melangsungkan pernikahan akhir bulan ini, awal bulan ogos pun ada. Moga berjalan lancar lah semuanya.

Namun begitu, suka untuk aku kongsikan pengalaman ketika mengambil kursus nikah yang wajib diambil oleh setiap bakal pengantin. Ketika itu aku masih menuntut di pusat asasi UIAM petaling jaya.

Teringat ketika waktu rehat petang, selepas kuliyah tentang aqidah. Masuk waktu asar, aku tertanya2, kat mane nak solat?

Aku tanya pada penganjur, " nak solat asar kat mana ni?"

Katanya, " surau kat bawah"

Lalu aku bergerak ke bahagian bawah bangunan dan tanya kepada guard dan alhamduliLlaah ditunjukkannya surau.

"hmm, jauh betul surau ni", aku bermonolog sendirian.

Memang jauh, letaknya di tempat letak kereta dan aku menunaikan solat asar sorang2 je kat situ. Aku terfikir, mana orang lain?

Siap solat, aku naik ke atas, ke tempat kursus dan aku melihat ustaz yang menyampaikan kuliyah tadi sedang menunaikan solat jugak, atas surat khabar dalam bilik kecil.

Ah, kesian betul ustaz ni. Tapi takpelah, kurang2 ada jugak tempa nak solat. Lalu aku memandang sekeliling. Peserta2 kursus sedang rancak berbual dengan pasangan masing2 sambil menyantap kuih yang disediakan untuk minum petang.

__________________________________________

Sedih. Kecewa. Marah. Itulah perasaan aku ketika itu. Tak solat pun mereka ni sebenarnya. Dahlah berkepit dengan pasangan macam sudah sah jadi suami isteri. Penganjur pun dua kali lima, sama2 berdosa sebab tak sediakan ruang solat dan tak arahkan mereka solat.

Aku? Aku pun berdosa sebab tak cegah kemungkaran ini. Itulah pentingnya keberanian dalam dakwah, yang wajib didasari oleh jiwa yang bersih dan ikhlas.

Namun, apa2 pun, aku cukup marah dan geram kerana ini adalah kursus untuk membina keluarga2 muslim yang bakal menjadi medan kelahiran generasi2 muslim akan datang.

Kalau begini keadaannya, tak hairanlah aku dengan masalah2 anak2 muda zaman moden ini. Buat mereka yang bakal mengikuti kursus nikah, kalau ada yang tak kena, beranikanlah diri untuk menegur pihak penganjur,k.

WaLlaahu'alam.

Monday, July 6, 2009

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Tahniah ku ucapkan buat isteri tercinta, Nurul Mutmainnah Yusof kerana impiannya untuk memiliki dan menguruskan blog sendiri akhirnya tercapai ketika cuti akhir tahun yang baru sahaja berlalu. Buat pembaca2 yang ku hormati, bolehlah ziarah blog beliau sekiranya ada masa terluang.

http://www.ummu-iffah.blogspot.com/

Tahniah sekali lagi ku ucapkan.

WaLlaahua'lam.

Wednesday, May 13, 2009

Perkembangan Iffah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Melihat, memerhati dan mengikuti perkembangan dan proses pembelajaran anak sendiri sememangnya memberikan pengalaman baru dan berbeza untuk diriku. Ketawa ada. Kagum pun ada. Maklumlah, dah jatuh, menangis, buat lagi. Itulah kehebatan kanak2.



Iffah mula belajar makan biskut. Tapi tak habis pun, bersepah je banyak. Sekarang dah tak suka sangat biskut, tapi suka makanan2 lain. Favourite iffah mee sup, macam abah dia. Hehe.



Iffah masa belajar merangkak. Masa ni tak pandai lagi merangkak, tapi pandai merangkak-berenang. Macam berenang kuak dada. Huhu. Tapi sekarang dah pandai merangkak. Mujur sempat rakam hari tu video ni.




Dan ni pulak time iffah berdiri menyandar kat dinding. Dia takut, tapi hepi. Bukan senang nak dirikan iffah kat dinding sebenarnya. Sekarang lagi susah, sebab dia dah set dalam minda dia," kalau ibu dan abah aku letak aku dekat dinding ke, menyandar kat katil ke, mesti nak suruh aku berdiri. So, kena duduklah".. Jadi, sekarang, tiap kali nak buat macam ni, pasti iffah akan bengkok kan kaki. That's the way baby learn.

Wassalam.

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Selamat hari ibu ku ucapkan buat mama ku tercinta, Puan Khlipah Ibrahim. Moga terus dirahmati ALlah dan terima kasih atas segala jasa mama selama mendidikku menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

Wassalam

Dari Mana Dia Belajar?


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Dalam Quran, ALlah menegaskan bahawa "sesungguhnya manusia itu Aku jadikan dalam sebaik-baiknya bentuk".

Melihat dan memerhati perkembangan seorang manusia selama hampir 9 bulan, sejak lahir hingga sekarang, memberikan pengalaman yang baru dan berbeza buatku. Aku memandang anak kecilku Iffah Mardhiyyah dari pelbagai perspektif. Setiap perspektif pastinya akan memberikan pengajaran dan manfaat yang berbeza.

Jika melihat dari kacamata seorang abah, maka aku patut jiwai perasaan mama dan baba ku dalam membesarkan ku selama ini.

Jika aku lihat dari sudut seorang masyarakat, maka aku patut rasai bahawa aku inginkannya menyumbang untuk manfaat masyarakat.

Jika aku memandangnya dari sudut pemimpin, maka aku patut rasai bahawa dialah bakal pemimpin yang jauh lebih bagus daripada aku.

Jika aku melihat dari sudut pejuang Islam, maka aku wajib memenuhi didikan asasnya agar mampu menjadi rantai penyambung perjuangan Islam di bumi ini.

Jika aku memandangnya melalui kaca mata seorang hamba, maka aku patut melihat refleksi kehebatan Sang Penciptanya.


Kita tealh disuruh oleh ALlah untuk menggunakan akal yang diberikan untuk memerhati refleksi kehebatanNya pada makhluk2 Nya, malah berkali-kali disebut dan ditekankan kepentingan "observation", yakni memerhati dengan sungguh-sungguh terhadap ciptaanNya


Firman ALlah, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Jika melihat perkembangan Iffah, sememangnya aku wajib kagumi kehebatan ALlah mengatur perkembangan hamba-Nya. Dari mana dia belajar?

WaLlaahu'alam.

Thursday, April 23, 2009

Lindungi Diri Dari Kejahatan Ghaib


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Pada hari isnin yang lalu (20 April 2009), kami sekeluarga dizinkan ALlah untuk ziarah saudara-mara di K. terengganu.

Namun, mengenang kepada apa yang berlaku, memberikan aku pengajaran dan pengalaman yang bermakna; bahawa manusia amat2 perlu berlindung dari Sang Penguasa alam daripada segala kejahatan ghaib yang mungkin akan mengganggu hidup kita.

Kami bergerak menuju ke rumah Mak Long yang terletak di Kg Kesom, Manir. Namun, perjalanan pada malam itu agak memeningkan kepalaku. Jalan itu sudah biasa kulalui, tapi entah bagaimana aku boleh tersesat.

Aku bingung. Setelah menyedari salah jalan, aku bertanya pada ummu iffah, "Eh,tadi jalan lain, sekarang takde dah signboard tadi. Mana pergi signboard tu?Nak patah balik kat mana ni?.." Pusing punya pusing, aku masuk je simpang yang ada tulis "kubang lembek", walaupun bimbang akan makin tersesat. Masuk simpang tu, jumpa jalan yang sebenarnya, AlhamduliLlaah.

Esok harinya, aku bertolak balik. Then, aku nampak signboard yang menyebabkan kami tersesat. Tapi, ia membuatkan kami tertanya-tanya dan berfikir. "Kenapa kita nampak signboard ni semalam, sedangkan kita lalu jalan lain??.."

Entahlah. Yang penting, kami kebingungan. Mungkinkah ada "tangan ghaib" yang mengaburi mata kami?

So, pesanan pada semua, jangan sesekali tinggalkan doa2 utama ketika bermusafir atau berjalan di mana2 sekalipun, kerana gangguan ghaib boleh berlaku terhadap mereka yang tidak ada benteng2 kukuh; benteng doa kepada Nya. Bukankah kes-kes mereka yang sesat dan tak jumpa jalan keluar sudah banyak berlaku?

WaLlaahu'alam.

Sunday, April 19, 2009

Terpedaya Dengan Tipuhelah syaitan

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Lama jugak rasanya tak menulis ni. Bila lama tak menulis, timbul rasa malas nak menulis.

Inilah fitrah kehidupan kita. Itu sebabnya Islam amat menitikberatkan peranan istiqamah dalam hidup seorang Muslim. Kita di ajar untuk istiqamah melalui solat 5 waktu. Sejak kecil, pastinya kita dididik untuk solat 5 waktu.

Sebab itulah kita tidak merasa sangat berat dan malas untuk menunaikannya, betul kan? Ketika mana ayat tentang istiqamah turun kepada RasuluLlaah, beberapa helai rambut baginda menjadi uban, dek beratnya perintah itu.

Bagaimana mahu istiqamah dalam agama? Setakat yang aku tahu, tidak ada cara lain melainkan usaha untuk tidak sesekali cuba meninggalkan amalan tersebut.

Aku pernah bertanya kepada seorang ustaz, " ustaz, dalam sesetengah keadaan, bila saya lemah dan longgar amalan, saya mula rasa nak elakkan daripada kerja2 agama seperti mengadakan usrah, memberi tazkirah dan lain2 lagi kerana rasa diri lemah buat masa ni, nak tunggu masa lain lah"

Aku menambah lagi, " ok tak kalau saya tangguh kerja2 tu buat sementara waktu? nak bina kekuatan buat sementara waktu?.."

Mudah sahaja jawapan ustaz, " itulah permainan syaitan. dia berjaya mengharu-birukan keadaan nta, then dia akan bertambah gembira kerana berjaya perdayakan nta untuk menangguhkan kerja agam. Dengan memberi usrahlah nta akan jadi kuat semula.."

Aku faham. Itulah dia istiqamah. Walaupun lemah, tetap bergerak untuk agama, kerana itu yang akan menguatkan kita. Kalau aku cuba bertangguh dengan alasan nak kuatkan diri, aku telah tertipu lagi dengan syaitan la'natuLlaah.

p/s: teruskan usaha boikot terhadap produk amerika dan israel. teruskan sokongan dan sumbangan kepada bumi Palestin. moga kita bukan dari golongan mereka yang hangat-hangat taik ayam.

WaLlaahu'alam.

Tuesday, April 7, 2009

Doakan Kami

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

InsyaALlaah kami berdua akan menempuh peperiksaan pada 13, 14 dan 15 April ini, minggu depan. Buat sahabat2 pembaca, doakan kejayaan kami ye. Dan juga kejayaan seluruh pelajar perubatan batch kami, batch-12.

So, blog ni akan hold buat sementara waktu.

Wassalam.

Monday, March 30, 2009

Tahniah Untuk Mama ku..

BismiLlaahi Wal HamduliLlah.

Pada 25 Mac yang lalu, Mama ku, Puan Khlipah binti Ibrahim, telah berjaya secara rasmi mendapat sijil ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang yang beliau ceburi di USM pulau pinang. Tak ingat bidang apa, selalu lupa, tapi yang penting, ia berkaitan dengan Mathematics. Di usianya yang mencecah 49 tahun, Mama tetap gigih menghabiskan pelajaran di peringkat PhD dengan rintangan2 dan cabaran2 yang telah aku ceritakan pada September yang lalu.



Buat Mama, pastinya ibumu merasa bangga dengan kejayaan ini. Ibu Mama (nenek aku) kat sebelah mama, turut sama meraikan kejayaan Mama ini. Doakan juga anakmu ini berjaya di bidang perubatan yang masih jauh perjalanannya untuk dilalui.

Buat baba, tahniah atas kejayaan ini. Kejayaan mama adalah kejayaan baba jua. Moga kami anak2 mu mampu berjaya dengan lebih cemerlang dunia dan akhirat, insya Allah. Buat aku, kegagalan itu bukan bermakna ketidakmampuan, tetapi ia adalah feedback bahawa strategy lama itu tidak berkesan, strategy dan disiplin baru perlu di bangunkan untuk memastikan kejayaan kembali ke genggaman tanganmu. Keep up, plan again, and do some reformation in your life.


Moga2 kejayaan Mama akan terus menjadi pembakar semangat dan azam diriku dalam usaha untuk melayakkan aku memegang amanah ilmuNya. Allah takkan beri amanah itu jika diriku tidak berubah.


Wassalam

Wednesday, February 4, 2009

Gambar Baru 'Iffah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Dah update gambar Iffah tadi. Dalam 25 gambar rasanye. Doakanlah moga2 Iffah akan jadi sebahagian daripada umat yang mendokong perjuangan RasuluLlah s.a.w di zamannya nanti. Moga2 Iffah juga menjadi seorang muslimah seindah namanya, "Kesucian Diri yang Diredhai".

Video ada, tapi tak reti nak letak dalam blog. So, sape2 yang reti, bolehlah kongsikan ye. nak juga kongsikan video Iffah dengan saudara2 yang mungkin tak pernah dan teringin untuk jumpa Iffah. Biasalah. Baby mesti ramai nak tengok, main dan dukung kan.
WaLlaahu'alam.

Monday, December 22, 2008

Selamat Pulang


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Pada malam 18 Disember yang lalu, kedua-dua mertua (ayah dan mak) selamat pulang selepas menunaikan ibadah Haji selama 40 hari. Alhamdulillah. Moga-moga mak dan ayah mendapat haji yang mabrur.

Ada beberapa kisah di tanah haram yang mak kongsikan sebagai pengajaran untuk kami semua. Antaranya, bagaimana pentingnya kita menjaga hati daripada mengkritik / menghina sebarang perkara yang kita tidak suka, kerana ia sebenarnya adalah ujian dari Allah samada untuk menghapuskan dosa ataupun sebagai kaedah penyucian jiwa, tarbiyyah dariNya. Antaranya, bagaimana seorang jemaah yang berleter kerana ada lalat di carpet solat yang agak berbau. Lalu sepanjang dia berada di situ, lalat mengerumuninya sebagai balasan dek tidak menjaga hati dan lidah.

Nampak macam simple, tapi itulah sebenarnya hati kita semua, termasuklah aku. Hati yang tidak dijaga pastinya akan dapat diperhatikan melalui pertuturannya.

Wallahu'alam.

Thursday, December 11, 2008

Nak Kahwin. Nak Bagi Anak Bini Makan Pasir??..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Tak tahulah nak tulis tentang apa. Kadang2 rasa malas gak nak menulis ni. Tapi tiba2 teringat pertanyaan sesorang tentang cara aku menguruskan bab perbelanjaan family. Maklumlah, mana kerja lagi. Tengah belajar, ada anak pulak tu.

1. Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, dari awal lagi aku didik hatiku untuk yakin sepenuhnya bahawa rezeki datangnya dari Allah. Sebab itu dalam buku Al-hikam ibn 'Atho'iLlah ada menyebut, "jangan kamu ambil sebarang pemberian manusia hinggalah hatimu benar-benar meyakini bahawa ia adalah pemberian Allah untuk kamu". Begitu juga tentang ayat Quran yang menyebut,"Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Maka latihlah diri untuk terus-menerus meyakini bahawa rezeki itu dari Allah, dan terimalah setiap nikmat dengan hati yang benar yakin bahawa ia adalah kurniaan Allah, manusia hanyalah sebagai perantara. Cuba renungkan pesan Rasulullah s.a.w kepada kita, "Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami." (Hadis riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said). Jadi, didiklah sebaiknya hati untuk memastikan iman kita benar terhadap Allah yang memberi rezeki.

2. Aku tidak bekerja, maka tidak ada sumber pendapatan pun. Situasi aku mungkin banyak berbeza dengan orang lain. Buat masa sekarang, perbelanjaan urusan perkahwinan aku sebenarnya diuruskan oleh mama dan baba. Duit untuk beli kereta pun pinjam duit baba juga. Duit simpanan aku insyaAllah mencukupi selepas 5 tahun untuk bayar kereta iswara ni. Kereta ni pun rezeki jugak, dapat yang murah dan masih baik keadaannya. Duit simpanan ni letak dalam saham Felda sebenarnya, join mama punya saham. So, biar 5 tahun, cukup untuk bayar kereta ni. So, banyakkan menabung, insya Allah tenang masa depan dari gangguan kewangan.

3. Dalam Quran, Allah banyak menyebut bahawa Dia tidak suka orang yang berlebih-lebih, melampau-lampau, boros, mengikut perangai syaitan yang suka membazir dan terlalu mengejar dunia. Ada ayat Quran yang menyebut," rebutlah apa yang disediakan oleh Allah untuk akhiratmu, dan jangan kamu lupa nasib (keadaan) mu di dunia". So, prinsip ini merupakan prinsip yang sangat efektif untuk memastikan kita tidak terhimpit dengan masalah kewangan. Aku sangat-sangat kurang bab nak belanja-belanja ni. Time belajar kat DQ, aku sangat2 kurang makan kat cafe atau membeli di kedai. Ada orang kata, ni kedekut, tak beli makanan. Ya. Aku terima. Dan aku ingat nasihat seorang abang, kita kena buat bajet untuk diri sendiri, dan sekali sekala bolehlah nak belanja orang. Maybe boleh nak beli apa2 yang special time hari lahir ke, hari raya ke, tapi pastikan kita ikut bajet yang kita buat. Buat masa sekarang, aku dan isteri boleh simpan RM300 sebulan hasil penjimatan dalam bab makan, pakaian, alat-alat lain dan lain-lain lagilah. Baju yang ada, selagi elok, pakailah ia.

Mudahkan citer, buat bajet bulanan, belanja bukan ikut nafsu, dan muhasabah perbelanjaan di akhir bulan. InsyaAllah boleh urus kewangan dengan baik. Sumber pendapatan tambahan? Sedang di fikirkan lagi. huhu. Sebab setakat ni sebenarnya duit biasiswa cukup untuk tampung kehidupan harian kami berdua. (Makan RM100, Pengasuh RM200, Petrol Rm200, Barang Iffah RM100, Elektrik, air, notes, Dll RM150, Lebihan RM50, Simpanan RM300).

Wallahu'alam.


Saturday, November 8, 2008

Selamat Hari Lahir..



BismiLlaahi Wal HamduliLlah..

Terlambat pulak aku post ucapan hari lahir ke-21 buat isteriku tersayang, nurul mutmainnah binti yusof. Moga beliau terus kuat dan tabah dalam kancah pendidikan anak dan juga akademik.

Apabila menyebut berkenaan hari lahir, aku teringat tentang tazkirah yang pernah aku sampaikan buat peringatan kepada diriku dan kawan2 ketika majlis jamuan ringan hari lahir ku dan roomateku (abdul rahman al-azmi) time menginap di bilik ukc421 CFS IIUM.

Imam An-Nawawi, seorang cendekiawan Islam yang terkenal dengan kitabnya, Matan Arba'in, meninggal ketika baru berumur lingkungan 40 tahun. Dan ahli sejarah menyebut, jika dikumpul kitab-kitab karangannya, maka boleh muat satu kontena kapal. Menunjukkan betapa kecintaan beliau terhadap ilmu sangat mendalam, hingga tak sempat untuk berkahwin (tak macam aku.huhu..). Terasa jauhnya dan tingginya ilmu nya berbanding kita semua.

Then,aku teringat jua seorang ustaz di Madrasah Kubang Bujuk.Beliau habis syahadah (menghafal 30 juz Quran dan membacanya sekaligus di hadapan guru dengan tidak lebih 10 kesalahan. Bergantung kepada cara yang dilaksanakan oleh madrasah2 Quran) ketika berumur 10 tahun. Then, beliau dihantar oleh ayahnya belajar di Pakistan selama 10 tahun, tak balik ke Malaysia selama 10 tahun tersebut. Ketika pulang pada umur 21 tahun, beliau sudah dipanggil sebagai Mufti (menunjukkan ketinggian ilmu beliau) dan mula mengajar pada umur tersebut.

Lalu, bagaimana pula kita yang sudah mencecah umur 21 tahun ni? Agak2 apakah bidang ilmu yang kita mampu dan yakin untuk ajar kepada umum?..Maybe tidak ada. Semua ingat2 lupa. Jadikanlah peningkatan umur sebagai medan muhasabah, bukanlah medan untuk menunggu2 hadiah yang special ataupun menunggu mesej2 ucapan hari lahir, kerana ia hanyalah bersifat sementara, nilainya tidaklah setinggi nilai muhasabah diri.

Wallahu'alam.