Showing posts with label Diriku. Show all posts
Showing posts with label Diriku. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Gigi Oh Gigi

impacted wisdom teeth yang akan bawa banyak masalah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Sakit.Itu yang mampu aku ungkapkan ketika pembedahan membuang gigi geraham bongsu "wisdom teeth" yang sering membawa masalah jika "impacted". Tak tahulah samada dos bius tak cukup atau apa. Tapi time isteriku bedah buang gigi ni tahun lepas, katanya tak sakit. Lepas bedah pun tak sakit.Tak bengkak pun.Maybe sebab beliau dah diuji dengan kesakitan bersalin yang pastinya jauh lebih seksa dari kesakitan ini.

Sudah hampir sebulan diuji dengan pericoronitis (bengkak gusi di kawasan impacted teeth) yang menyebabkan aku terpaksa makan makanan yang boleh ditelan dengan mudah tanpa perlu digigit. Sekarang diuji dengan kesakitan selepas pembedahan kecil ini. Pipi bengkak macam gambar kat bawah ni.

Moga ujian ini menjadi penghapus dosa2ku, insyaALlah. Buat pembaca yang ada impacted wisdom teeth tetapi belum membawa masalah, dicadangkan supaya buat minor surgery untuk buang gigi tersebut.

Doktor yang cabut gigiku 2hari lepas cakap, baik buang awal2 untuk elakkan rosak gigi yang berdepan dengan wisdom teeth ni, sebab gigiku sebelah kanan dah dicabut akibat kerosakan yang disebabkan oleh wisdom teeth.

wassalam.

Friday, July 31, 2009

Sudah Sepertiga Hidup Kulalui

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Hari ni tanggal 31 Julai 2009 adalah ulangtahun kelahiranku yang ke-22. Aku selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islam, KL pada awal pagi Isnin 31 Julai 1987, jam 12.50 a.m, bersamaan 14 Zulhijjah 1407H.

Apa maknanya? Umat Muhammad s.a.w kebiasaannya hidup hingga umur lingkungan 60 hingga 70 tahun. Berdasarkan bahagian statistik dan unit perancangan ekonomi, anggaran umur rakyat Malaysia bagi lelaki adalah 71 tahun dan wanita adalah 77.1 tahun. Jadi, sudah satu pertiga umurku habiskan.

Untuk apa? Apa untung yang aku telah jana daripada modal umur yang sudah kuhabiskan?

Apabila menyebut tentang hari lahir, aku suka untuk menginsafi kehidupan Imam an-Nawawi yang hidupnya hanya 40 tahun namun kitab hasil tulisan beliau melebihi satu kontena. Bagaimana berkatnya umur beliau sehinggakan mampu untuk menulis ilmu dengan begitu banyak.

Aku juga teringat kepada seorang ustaz di Madrasah Kubang Bujuk (lupa dah namanya) yang mula mengajar pada umur 21 tahun, dan dipanggil sebagai mufti kerana ilmunya. Mengapa?
Beliau telah dihantar menghafaz Quran ke Kubang Bujuk oleh ayahnya pada umur 8-9 tahun (tak berapa pasti) dan menyambung pengajian ke Pakistan pada umur 12 tahun.

Beliau hanya pulang ke Malaysia pada umur 21 tahun. Hidupnya selama 10tahun dihabiskan untuk mencari ilmu di Pakistan. Itulah natijah mujahadah yang melahirkan mutiara yang amat diperlukan untuk umat sekarang. Dan itulah kesan daripada keberkatan umur.

Aku bagaimana? Apakah masa setahun sebelum ini memberikan banyak manfaat dan perubahan padaku? Apakah banyak yang aku telah pelajari? Apakah ada berkat dalam umurku?

WaLlaahu'alam.

Friday, June 19, 2009

Lame tak menulis..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Sudah lama rasanya tak menulis. Masuk hari ni sudah 2 minggu tak sentuh blog ni. Tapi ok lah kalau dibandingkan dengan blogger2 yang tak update2 kan.huhu. Nilah sifat manusia, suka membandingkan diri dengan orang yang lebih teruk daripada memilih orang yang lebih baik untuk membanding diri.

Bila ditegur tentang solat jemaah, "alaaah, aku kire ok ape, kurang2 solat gak daripada orang lain yang dok solat terus"

Bila ditegur tentang tudung tak cukup spesifikasi, "alaah, ramai lagi kat luar tu yang tak tutup aurat..tudung pun tak pakai, pakai baju dedah2, aku ni ok aper"

Bila dapat result tak berapa bagus, "erm, takpe ah, aku lulus jugok banding dgn org hok gagal.."

Dan macam2 lagilah monolog2 harian yang aku rasa sering dimonologkan oleh kita semua.

Teringat aku akan satu kata2 (tak pasti hadith atau kata2 hukama), " Pandanglah mereka yang dibawah apabila kamu membicarakan hal keduniaan, dan pandanglah mereka yang di atas apabila kamu membicarakan hal akhirat"

Kalau kita tak berduit sangat untuk makan sedap2, selamilah penderitaan mereka yang kebulur di negara lain, nak minum air pun susah. Kalau kereta tak cantik macam kereta2 mahal, pandanglah mereka yang takde kemampuan pun nak guna kereta.

Tapi kalau diri ini tidak istiqamah dengan solat jemaah, pandanglah mereka yang istiqamah, agar ia menjadi motivasi untuk menjadi lebih baik. Kalau pencapaian akademik lemah, pandanglah mereka yang lebih baik pencapaiannya.

Tapi hidup kita selalu sebaliknya kan. Kalau hal dunia, sering kita banding diri dengan mereka yang lebih baik, namun apabila hal akhirat, sering kita jadikan mereka yang lebih teruk sebagai kayu ukur.

Bagaimana ingin berubah?

WaLlaahu'alam.

-aku menulis untuk diriku, kerana kita sama-sama manusia yang lemah-

Tuesday, March 24, 2009

Apakah Kita Layak..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Apakah aku layak untuk memegang amanah ilmu2Nya? Segala macam ilmu adalah milik mutlak Sang Pencipta yang Maha Agung. Allah berfirman:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. " (al-An'aam, 59)

Maka kita sebagai hamba adalah penjunjung amanahNya yang besar, untuk menggunakan ilmu yang dipinjamkan oleh Allah demi Islam, untuk manfaat seluruh alam.

Moga aku mampu memegang amanah ini. Selamat menghadapi end-block exam buat semua sahabat2ku pelajar perubatan. Moga ada yang positif untuk exam kali ini, bermula 13 April 2009.

"Orang yang berjaya adalah mereka yang memandang setiap perkara yang negatif sebagai maklumbalas @ feedback yang dia perlu respon, bukan memandangnya sebagai kegagalan"

WaLlaahu'alam.

Friday, March 20, 2009

Muhasabah Untuk Diri


Classmates dan Guru Tahfiz ketika di Darul Quran
kenangan ketika rehlah tamat belajar

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

"Kata Umar bin Al Khattab : hisablah dirimu sebelum dihisab, dan timbanglah sebelum ia ditimbang, bila itu lebih mudah bagi kalian dihari hisab kelak untuk menghisab dirimu dihari ini..."

Maka tidak salah (malah satu keperluan) untuk kita kenang kembali peristiwa2 lama yang mempunyai 'nilai' yang boleh mengingatkan diri ini agar terus kuat dan istiqamah dalam sebarang halangan yang sedang dan bakal dihadapi.



Ini adalah kenangan ketika mula2 melangkah ke bumi Darul Quran. Pastinya dalam diri ketika itu penuh keazaman dan niat yang jitu untuk menggapai hasrat dan keinginan jiwaku selama ini. Namun, kadang2 kita terlupa akan peluang yang diberikanNya, hinggakan kita terleka dalam nikmat pemberianNya..




Ketika ini pula sejurus selepas pendaftaran, sesi bersama pentadbiran DQ dan mengangkat janji setia untuk melakukan sehabis baik sepanjang berada di DQ. Apakah sudah aku lakukan yang terbaik? Ruang yang ada sudah jauh ku tinggalkan 3 tahun yang lalu, namun peluang yang datang harus aku gunakan sebaiknya. Proses menghafal dan mengulang Quran tidak sesekali terhenti di DQ, sebaliknya wajib aku teruskan untuk sepanjang baki kehidupan yang ada.


Ini pula adalah sebahagian proses pembersihan minda dan hati ketika program orientasi pelajar yang berlangsung selama 5 hari; proses yang pastinya perit tetapi mendalam kesannya. Namun, kesan yang mendalam itu terkadang tidak mampu untuk memastikan diri ini istiqamah dalam menghadapi ujian kehidupan. Kerana ujian Allah tidak mengenal siapa aku, selagimana ia sesuai dengan keadaan diriku.

Tidak sedikit mereka yang tersentak dengan ujianNya, namun itulah tarbiyyah dariNya. Sebab itulah kita perlu melibatkan diri dengan majlis tazkirah dan program2 yang akan mengingatkan kita dari masa ke masa.



Khatam hafalan Quran tidak bermakna khatam Hafazan Quran. Kerana hanya mereka yang berjaya dalam hafazan Quran yang layak di gelar 'hafiz Quran'. Aku bagaimana? Apakah seluruh Al-Quran yang jumlah ayatnya 6236 ayat itu telah berjaya dihafaz? Masih jauh perjalanan ini; masih jauh cita-cita ini. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan tetap pastikan bahawa diriku terpilih untuk dianugerahkan nikmat yang kucita2kan ini; Haafiz Quran, bukan sekadar menghafal.



Bersama nikmat ini datangnya AMANAH besar yang wajib aku tanggung sepanjang hayatku. Begitulah jua kehidupan ini. Nikmat hidup, datang bersamanya amanah untuk taat padaNya, dan tadbir urus dunia mengikut jalanNya. Nikmat Islam dan Iman, datang bersamanya amanah untuk dakwah dan menegakkan kalimah Tauhid agar berada di atas runtuhan jahiliyyah.

Nikmat belajar, datang bersamanya amanah yang besar untuk menyempurnakan tuntutan fardhu Kifayah untuk manfaat semua, bukan untuk diri sendiri. Nikmat adanya isteri, datang bersamanya tanggungjawab berat yang perlu aku pikul sebagai suami.Nikmat anak, datang bersamanya amanah yang sangat besar untuk mengenalkannya kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung.

Kadang2, datang musibah. Alangkah beruntungnya mereka yang senantiasa tafakkur dalam musibah mahupun nikmat. Bukankah musibah itu tanda kasihnya Al-Khaaliq kepada makhlukNya? Kalau kita ternak kambing, bukankah cemeti yang kita gunakan untuk pukul kambing2 ini kerana bimbang keselamatan mereka?

Sekeping gambar, seribu manfaat; dengan syarat, lihat dengan mata hati, bukan mata nafsu.Renung2kan.

WaLlaahu'alam.

Wednesday, February 25, 2009

Hold Jap..

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Minggu ni aku ada beberapa perkara yang nak kena settle dan fokus. So, kena hold jap, slow sikit blogging. Tambahan pulak minitest 10/03 ni, 2minggu je lagi. Ok, maaf semua. Wslm

Sunday, January 11, 2009

Objektif Tercapai!


BismiLlaahi Wal Hamdulillaah..

Pada 8 hingga 10 Januari lalu (semalam), aku baru sahaja selesai melaksanakan tanggungjawabku untuk membantu menjayakan kursus profesionalisme pemimpin pelajar Shams '09 yang dianjurkan oleh alumni shams. Tahniah kepada sahabat baikku, Ashraf Ramli (kuliyyah undang-undang uiam selaku pengarah program) kerana berjaya menganjurkan program tersebut dengan bantuan sahabat2 yang lain. Tahniah jua ku ucapkan kepada fasi2 yang terlibat daripada batch spm '04 hinggalah spm '08.

Banyak yang nak diceritakan tetapi dek kerana nak uruskan blog alumni, aku rasa agak kesempitan untuk menulis bagi kedua-dua blog. Tapi bila fikir2 balik, ini hanyalah alasan rasanya, kerana sebenarnya menulis bukan mengambil masa yang lama sangat pun. Yang jadi lama apabila terpaksa berfikir pelbagai perkara untuk menulis dengan baik. Mana boleh main tulis je, perlu juga menjaga bahasa, ayat, dan pelbagai aspek yang lain, lebih2 lagi menulis untuk blog alumni kerana tulisan aku akan mewakili alumni, bukan diriku semata2.

Kem ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk memastikan kesinambungan dakwah dan tarbiyyah yang berterusan di bumi waqafan SMKA Sheikh Abdul Malek yang terus menerus terkesan dengan persekitaran yang begitu mencabar dewasa ini. Menurut pemerhatianku, objektif program tercapai. Tapi, kena lihat juga perkembangan mereka di Shams nanti bagaimana.

Bagiku, adik-adik ini tidak boleh dibiarkan berdiri sendirian. Wajib bagi aku untuk ambil tanggungjawab bagi mencurahkan sedikit ilmu yang aku ada untuk manfaat mereka dalam rangka untuk mencapai dan membina kembali bumi shams yang lebih gemilang. Gemilang yang meliputi segala aspek (ilmu, kepimpinan, agama dan akademik).

WaLlahu'alam.


Wednesday, January 7, 2009

Dah habis..AlhamduliLlaah



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

I have just finished my end block exam for this 2nd block of my study in medicine. Hopefully my result will be better than my previous block. As a Muslim, i should improve my performance in daily life for every aspects that involve in my routine; family management, academic study, Quranic memorization, religious works, etc.

I am going to have the break for 10 days, starting tomorrow till 19 january. Just two days after the by-election for P.36, kuala terengganu. Actually, finishing exam does not meaning that i have finished everything. As a doctor-to-be, i have to use all the knowledges given in the lectures to be implemented in my future profession. Anything that i did not understand should be read again. If not, it will be a problem to me. Can you imagine, if you consult a doctor, then that doctor say to you, "i am sorry, i forgot this part of disease, so i do not know how to give the treatment for you". It is shameful right.

Thus, i hope, i can be more motivated and proacrive to cover anything that i do not understood before. Pray for me.

Lastly, thanks for all my visitors that always read my articles or anything. InsyaAllah all of these are beneficial to you and me.

Wassalam.

Wednesday, December 31, 2008

Salam Hijrah..Salam tahun Baru..Salam exam

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Dekat2 nak exam ni, tak sempat lah nak tengok2 blog ni. Cuma nak ucap salam hijrah kepada pembaca2 blog ni dan seluruh umat Islam. Dan juga selamat tahun baru (takde signifikan pun, berbanding tahun baru hijrah). Aku teringat satu ulasan oleh seorang ustaz tentang peristiwa hijrah. Kenapa umat Islam Mekah sanggup meninggalkan Mekah untuk ke Madinah, walaupun amal di Mekah ganjarannya 100000 berbanding di Madinah dengan 1000 ganjaran. Apa maksudnya? Jika mereka ingin menambah pahala, pastinya mereka tidak akan berhijrah. Jadi, apa faktornya? Nanti akan dihuraikan sedikit sebanyak

then, i want to wish 'good luck' for all my friends that will have end block examination this Monday till Wednesday. Hope all of us will pass the exam, insya Allah. Doakan kami ye.

Satu lagi, nak ucap tahniah kepada tenteikuuraa system implemented in our XII batch that is currently used widely, not only for academic purposes but also for tazkirah purposes. For example, yesterday, a SMS remind us about our Muslims in Gaza. So, all members of the batch will be updated with the important issues in our Muslims community .Keep up with that good thing!.

Lastly, doakan saudara kita di Palestin. Info terkini, 370 syahid dan lebih 1700 cedera. Hancur Israel! Lakukan Qunut Naziilah! Doakan banyak2 sebagai senjata kita!

Wassalam.

Tuesday, December 16, 2008

Congratulation, My Friends.



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

i just want to congratulate the committee for our Medical Student Family Day on previous weeked, 14 Dec 2008. Although we didn't completely play all the games as stated in the schedule due to the heavy rain, but we gain a lot of things actually from the programme.

The most important thing is, we get to know our senior medical students, although not all, but some is better then nothing. Kaedah dalam Islam, 'kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua'. Kalau tak dapat kenal semua pun, dapat kenal beberapa orang pun kira dah berjaya lah. Mana boleh kenal semua dalam masa 2-3 jam main kan.


Last, thanks for our organizing committee, especially our sport & rec bureau and also other bureaus that had given their contribution to make this event success. Learn from any mistake.
Wassalam.

Thursday, December 4, 2008

Alhamdulillah, Selesai..



BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Alhamdulillah, selesai sudah mini test pagi tadi. For those who is still lack of information with medical education system, actually mini test is a type of MCQ question, but it is also under negative marking system. Every question has a,b,c,d and e. So, for a question, if you get 3 rights and 2 wrongs, you will just get 1 mark. If 3 wrongs and 2 rights, no marks will be given to you. That's why some student that actually know a lots, sometimes do not get good result, due to attempting the doubtful answer.

Due to senior student, they explain that this negative marking system purposely implemented to instill the responsible attitude in a doctor. When someone become a doctor, in diagnosing a patient, he/she should not simply give a final diagnosis based on his/her doubtful understanding and information. It is better for he/she to find first, to prevent wrong and harmful treatment.

I hope, for this mini test, i and my wife will get better result than our block 1 result. Dalam Al-Quran Allah menyebut bahawa apabila kita sudah berusaha, maka serahkanlah kesudahannya kepadaNya. Ini adalah konsep yang cukup penting buat seorang Muslim kerana ia adalah bukti kehambaan dan keimanan kita kepadaNya.

Wallahu'alam.

Thursday, November 27, 2008

Mini Test Seminggu Lagi

BismiLlahi Wal HamduliLlah..

Dalam sedikit kesempatan masa yang ada ni, boleh jugak nak menulis jap. Aku akan menghadapi mini test pada 4 Dis nanti. Mini test akan support 20% marks for my end block exam. Last block, i had failed it and a lot of my friends also failed. Lecturers hope that we can do better in this 2nd block.

I hope, i'll pass it, insyaAllah. Pray for me.

Wassalam.

Saturday, October 25, 2008

“Aku” dan “Dia”..Perjuangan yang belum selesai..


BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

Siapa ‘aku’? Siapakah pula ‘dia’?

Hanya aku yang tahu. Dan pastinya Allah maha mengetahui segala-galanya.

Telah lama ku fikirkan tentang ini. Kini aku mengerti. Bahawa perjuangan antara aku dan dia tidak akan selesai. Inilah realiti. Inilah kehidupan. Perjuangan tidak pernah selesai. Yang selesai hanyalah tugasan, tapi batang tubuh perjuangan tetap berlari; mungkin juga berjalan-jalan. Namun tetap menuju visi.

Aku mencari dia. Dan dia mencari aku. Aku berlari, dia mengejar. Aku mengejar, dia pula berlari. Aku terseksa, dia ketawa. Aku ketawa, dia pula terseksa. Kenapa dia mencari aku? Kenapa aku mencari dia? Kenapa ku mengejar, dia larikan diri? Aku berhenti mengejar, dia datang sendiri..

Siapa ‘aku’? Siapakah pula ‘dia’?

Hanya aku yang tahu. Dan pastinya Allah maha mengetahui segala-galanya.

Apakah dia terlalu akrab denganku? Ataupun aku yang terlalu akrab dengan dia? Aku menjauhi, pastinya dia ingin mendekati. Kerana dia tetap mengejarku. Walau besar rintangan di jalanan, pastinya dia tetap menjejaki aku. Kenapa dia menjejaki aku? Apakah kerana menyayangi aku? Ataupun kerana membenci aku? Kenapa dijejaki kalau dibenci?

Aku ingin bebas. Dia bukan aku.Aku bukan dia. Aku pasti bebas. Hambatan dia tidak sehebat hambatan aku. Dia mengejar,aku memecut. Pastinya dia letih. Pastinya dia mengalah. Dan aku akan menang menuju garisan; sorakan kemenangan. Memecut menuju visi perjuangan.

Siapa ‘aku’? Siapakah pula ‘dia’?

Hanya aku yang tahu. Dan pastinya Allah maha mengetahui segala-galanya.

Aku berada di garisan kemenangan. Dia tetap ingin mengejar aku. Walau terpancar pada diri dia riak keletihan. Tapi aku tahu, dia tidak pernah berputus asa. Kerana itu, akan ku teruskan pecutanku. Aku akan terus berhati-hati. Mencari jalan dan helah. Agar dia rebah di jalanan musibah.

Kerana musibah itu peringatan dari –Nya. Wallahu’alam.

Wednesday, October 1, 2008

Aidilfitri vs End Block Exam..



BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..

Alhamdulillah hari ni sudah sambut hari raya aidilfitri.Letih jugak berjalan ke Ktrganu..Tengahari esok akan ke sana lagi..Mungkin terpaksa cancel yang hari raya ketiga (Gathering Alumni)..Sebab bimbang iffah demam.Tadi pun dah kesian tengok dia, kejap panas, kejap sejuk..Kalau saya tak pergi,minta maaflah semua ye.

Hmm.7Hb (raya ke-7) pula dah start exam block..doakan kami berdua berjaya lulus ye.Moga2 berkat doa kalian. Wassalam

Saturday, September 20, 2008

2 Urusan Dalam 1 Masa

BismiLlaahi WalhamduliLlaahi..

Aku sekarang ni terpaksa memberikan lebih tumpuan kepada blog Alumni Shams (Smka Sheikh Abdul Malek) yang baru dilancarkan.Aku terpaksa mengambil insiatif tersebut sebagai first step atau first momentum untuk menghidupkan dan menguatkan lagi Alumni Shams yang telah ditubuhkan selama lebih kurang 20 tahun, bermula dengan first batch SPM nya.Tapi, tak ramai Ex-Shams yang mempunyai ruang untuk membantu Alumni kerana terlampau sibuk dengan tugas masing2.Malah, ada juga yang tidak ingin melibatkan diri dengan Alumni kerana sikap yang tidak suka berpersatuan.

InsyaAllah aku akan cuba juga untuk memberikan fokus kepada blog sendiri, tapi agak sukar buat masa ini.Dalam masa terdekat, aku akan membentuk team yang akan sama2 uruskan blog Alumni tersebut untuk memastikan segala perkembangan di Shams ataupun perkembangan Alumni.Buat sahabat2 yang belum menyertai atau belum menubuhkan alumni si sekolah menengah masing2,amat2 disarankan untuk berbuat demikian dengan misi: memastikan alumni berperanan dalam membentuk individu Muslim yang mampu bersaing di peringkat Mahasiswa kampus. Anjurkanlah program untuk adik2 kita.
(alumni-shams.blogspot.com)

Wassalam

Sunday, July 13, 2008

Akhirnya...

BismilLaahi WalHamdulillaah...

AlhamdulilLah, dengan izin dan limpah dari -Nya, saya diterima secara rasmi untuk berada dalam kelompok pelajar perubatan di UIAM, walaupun saya terpaksa menunggu dengan penuh debar selepas interview time short-sem hari tue dan manalah tahu, tiba-tiba bila sampai time registration di UIAM saya tak diterima akibat daripada result CFS yang below 3.5...Namun, dengan berbekalkan cgpa yang rendah di CFSIIUM, saya tetap menaruh penuh tawakkal dan pengharapan kepada satu-satunya Zat yang mengawal seluruh kehidupan saya, Allah s.w.t. Samada Dia memutuskan untuk saya berada di mana-mana bidang, itu adalah di bawah kekuasaan dan keluasan ilmuNya yang tiada tandingan...Zahirnya, kita yang berusaha..Hakikatnya, segala keizinan di bawah takluk Ilahi..

WalLahu'alam.

Saturday, May 3, 2008

Salam Perkenalan

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Bismillaahi Walhamdulillaah

Segala puji bagi satu-satunya yang layak dipuji, Allah s.w.t kerana telah memberikan keizinan buatku untuk membuat blog sendiri, perkara yang tidak pernah ku hajatkan selama ini. Namun, setelah mendapat banyak nasihat dari pelbagai pihak yang bersahabat mahupun yang memimpin diriku, maka ku kuatkan diri untuk membina blogku sendiri. Masih ku teringat ketika ku mengikuti kursus penulisan dan membina blog setahun yang lalu. Ketika itu, langsung tidak ada dalam diriku minat untuk menulis mahupun menghuraikan idea-idea dan pendapatku dalam bentuk penulisan. Pemikiranku ketika itu masih tertutup dan jumud; ‘penulisan dan penerangan hanya untuk biro penerangan atau penerbitan, aku tak terlibat’. Maka, sepanjang saat itu jualah ku tidak mengambil kisah tentang bidang penulisan, apatah lagi untuk membina blog milikku sendiri.

Akhirnya, setelah PRU12 berlalu, ku mendengar post-mortem yang dibuat oleh beberapa pihak berkenaan kemenangan besar pembangkang hingga mampu menguasai 5 negeri; fungsi bloggers!. Terkejut bercampur kagum mengisi ruang dadaku. Sejak itu, ku mula memberikan secebis tumpuan mataku dan sesaat ruang masaku untuk melihat sahabat-sahabatku yang sudah mula menulis dalam blog mereka sendiri. Ku kagum dengan semangat yang mereka ada untuk menterjemahkan idea mereka dan perasaan mereka dalam bentuk yang bersifat hitam putih, bukan sekadar telinga yang mampu mendengar penjelasan dan luahan mereka, malah mata dan hati juga mampu membaca berulang-ulang kali idea-idea yang mereka lontarkan. Mungkin inilah manfaat penulisan. Sifatnya unik. Bentuknya konkrit dan hitam putih, bukan bersifat abstrak dan kelabu yang terawang-awang di awan minda mahupun bergetar-getar di bibir mulut sahaja.

Akhir kata, terima kasih ku ucapkan buat sahabatku Sharif (islahkan-dunia.blogspot.com) kerana telah memberikan ku tunjuk ajar untuk membina blog. Begitu jua sahabatku Fareez (mohdfareezothman.blogspot.com) yang telah menunjukkan kesungguhannya untuk menulis hinggakan terkesan semangatnya itu pada benak jiwaku. Terima kasih jua untuk semua pihak yang telah menyedarkan ku tentang kepentingan mempunyai blog tersendiri. Salam perkenalan. Wallahu’alam