Friday, December 17, 2010

Gigi Oh Gigi

impacted wisdom teeth yang akan bawa banyak masalah

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah

Sakit.Itu yang mampu aku ungkapkan ketika pembedahan membuang gigi geraham bongsu "wisdom teeth" yang sering membawa masalah jika "impacted". Tak tahulah samada dos bius tak cukup atau apa. Tapi time isteriku bedah buang gigi ni tahun lepas, katanya tak sakit. Lepas bedah pun tak sakit.Tak bengkak pun.Maybe sebab beliau dah diuji dengan kesakitan bersalin yang pastinya jauh lebih seksa dari kesakitan ini.

Sudah hampir sebulan diuji dengan pericoronitis (bengkak gusi di kawasan impacted teeth) yang menyebabkan aku terpaksa makan makanan yang boleh ditelan dengan mudah tanpa perlu digigit. Sekarang diuji dengan kesakitan selepas pembedahan kecil ini. Pipi bengkak macam gambar kat bawah ni.

Moga ujian ini menjadi penghapus dosa2ku, insyaALlah. Buat pembaca yang ada impacted wisdom teeth tetapi belum membawa masalah, dicadangkan supaya buat minor surgery untuk buang gigi tersebut.

Doktor yang cabut gigiku 2hari lepas cakap, baik buang awal2 untuk elakkan rosak gigi yang berdepan dengan wisdom teeth ni, sebab gigiku sebelah kanan dah dicabut akibat kerosakan yang disebabkan oleh wisdom teeth.

wassalam.

1 comment:

HAW said...

pelajar gigi: gambar x-ray tu menunjukkan akar senget ke dalam tulang(mandible).kes kategori agak susah .mungkin Dr. buat flap(potong bukak gusi sikit) yg besar untuk buang gigi itu dan bengkak besar.lebih2 lagi kalau terpaksa potong tulang sikit untuk keluarkannya.kalau kes simple(gigi dalam posisi yg lain) , flap kecil je dan x potong tulang, bengkak dan sakit kurang sikit.sekadar share ilmu yang tak seberapa.