Monday, October 20, 2008

Pengalaman Abah..


BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

In the morning, i just have a class on immunology by prof nasuruddin, he told some experience about his life as a father. He said, when you be a father in the future, you have to give a big support to ease your wife in taking care of the child. If the child wake up early in the morning, don't just let your wife to wake up for the whole night, please lend her your hand, ease her burden.

Aku baru sahaja merasai beberapa pengalaman sepanjang iffah lahir hingga umurnya 2 bulan sekarang. Memang satu ujian kepada aku sebagai student apabila iffah bangun awal pagi, kadang2 jam 3 pagi, menangis dan minta di buai, minta susu dan apa-apa lah. Selalunya, seorang ibu jauh lebih mudah untuk bangun apabila anak menangis di pagi hari berbanding bapa. Begitulah jua aku. Kadang-kadang aku tak dengar langsung iffah menangis,bangun-bangun dah dekat nak Subuh. Banyak waktu tidur isteriku dihabiskan untuk menjaga iffah di waktu pagi.

Selalunya, iffah mula nak tidur dekat-dekat jam 1 pagi dan isteriku lah yang kena layan iffah menyusu hinggalah tidur. Kemudian, iffah akan bangun antara jam 4 pagi hingga 5 pagi, minta susu. Tak teratur sangat waktunya tetapi menyusu memakan masa lebih kurang 30 minit - sejam untuk di tidur semula.

kalau pagi tadi agak mencabar. Aku dikejutkan isteriku pada jam 3.50 pagi, minta aku jaga iffah sebab dia dah jaga dari jam 2.50 pagi tadi. Entah mengapa iffah macam taknak tidur pagi ni. Menyusu pun taknak, dah kenyang kot. Baru je jaga kejap dah nangis. Buai-buai tak jadi. Kadang-kadang senyap kejap. Pahtu nangis semula. Akhirnya nak susu pulak. Terpaksa lah aku kejutkan isteriku semula. Lama-lama baru nak tidur semula.

Lepas subuh pun selalunya kena buai-buai dulu iffah ni,baru nak tidur. Kalau tak tidur, agak terganggun kami nak bersiap untuk ke kelas. Itulah sedikit ujian awal menjadi seorang abah. Tapi aku sebenarnya tak sekuat isteriku dalam bab ni. Barulah aku sedar bahawa naluri seorang ibu terhadap anaknya jauh lebih hebat sebenarnya berbanding naluri seorang abah.

Moga aku berjaya jadi abah mithali. Wassalam.

Saturday, October 18, 2008

Kahwin Muda..


BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

Sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog ni.Biasalah, istiqamah kan antara perkara paling sukar dalam setiap amalan mahupun ibadah. Sepertimana yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w ketika turun ayat tentang istiqamah (fastaqim kama umirta..); maaf, lupa surah apa. Ketika turun ayat ini, rambut baginda beruban dek kerana beratnya arahan Allah untuk istiqamah terhadap segala apa yang diperintahkanNya.

Sudah lama juga aku meletakkan azam untuk menyiapkan penulisan tentang perkongsian realiti perkahwinan pada umur muda. Hinggakan ada yang sudah mula bertanya, “bila nak buat nye?hari tu dah janji kan..”. Inilah namanya proses memupuk minat dan azam untuk menulis. Bukan mudah untuk merubah sesuatu yang bukan minat aku menjadi suatu yang diberikan perhatian yang sebaiknya.

Oklah. Secara ringkas ye.

1. Aku mengambil keputusan nikah bukan atas desakan sesiapa sesiapa dan bukan jua atas kemahuan diriku yang masih muda. Tetapi bagiku keputusan ini adalah desakan iman. Bukanlah bermakna aku orang yang sangat beriman tapi iman yang ada mendesak diriku untuk mengambil keputusan ini.

2. Keputusan muktamad pun bukan bergantung pada akalku yang pendek ini tetapi aku yakin pada istikharah, yang mana ada dalam satu hadith menyebut, “tidak rugi bagi orang yang beristikharah dan tidak rugi bagi orang yang bermusyawarah” (maaf, tak ingat riwayat apa dan maksud hadith ini secara lengkap). Aku telah melaksanakan istikharah ini selama hampir sebulan berada di madrasah quran kubang bujuk. Dan selepas itu aku serahkan segala keputusan dan keadaan yang akan berlaku selepas istikharah di bawah ilmu-Nya yang luas, kerana aku tiada daya dan ilmu untuk memilih jalan yang perlu aku ambil samada nikah atau tangguh.

3. Segalanya berlaku dengan mudah selepas beberapa minggu. Maka, aku begitu yakin dengan jalan dan keputusan ini. Walaupun pada peringkat awal memang sukar tetapi Allah mudahkan segala jalan untuk nikah. Pada ketika itu, aku bertawakkal sepenuhnya kepada perancanganNya, sekiranya nikah atau tidak, hanyasanya Dia lah yang Maha mengetahui, aku hanyalah hamba yang lemah.

4. Akhirnya, aku bernikah jua setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Bagiku, segala yang berlaku ini tidak lain hanyalah sebagai proses mematangkan diriku dan menjadikan ku seorang hamba yang benar-benar yakin kepada-Nya. Dan mungkin jua ujian-ujian yang aku hadapi adalah untuk menjernihkan pegangan Aqidahku agar terbina Aqidah yang benar dalam diriku.

Banyak buku yang membicarakan berkenaan ilmu Aqidah dan peranannya dalam kehidupan kita. Antara peranannya yang paling penting adalah untuk menjadikan diri kita benar-benar yakin kepada taqdirNya yang seringkali melangkaui kemampuan akal kita dalam mencari manfaat tersembunyi di sebalik ujian yang ditimpakan ke atas kita.
Setakat ini dulu buat masa ini.


Wassalam

Wednesday, October 1, 2008

Aidilfitri vs End Block Exam..



BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..

Alhamdulillah hari ni sudah sambut hari raya aidilfitri.Letih jugak berjalan ke Ktrganu..Tengahari esok akan ke sana lagi..Mungkin terpaksa cancel yang hari raya ketiga (Gathering Alumni)..Sebab bimbang iffah demam.Tadi pun dah kesian tengok dia, kejap panas, kejap sejuk..Kalau saya tak pergi,minta maaflah semua ye.

Hmm.7Hb (raya ke-7) pula dah start exam block..doakan kami berdua berjaya lulus ye.Moga2 berkat doa kalian. Wassalam

Saturday, September 20, 2008

2 Urusan Dalam 1 Masa

BismiLlaahi WalhamduliLlaahi..

Aku sekarang ni terpaksa memberikan lebih tumpuan kepada blog Alumni Shams (Smka Sheikh Abdul Malek) yang baru dilancarkan.Aku terpaksa mengambil insiatif tersebut sebagai first step atau first momentum untuk menghidupkan dan menguatkan lagi Alumni Shams yang telah ditubuhkan selama lebih kurang 20 tahun, bermula dengan first batch SPM nya.Tapi, tak ramai Ex-Shams yang mempunyai ruang untuk membantu Alumni kerana terlampau sibuk dengan tugas masing2.Malah, ada juga yang tidak ingin melibatkan diri dengan Alumni kerana sikap yang tidak suka berpersatuan.

InsyaAllah aku akan cuba juga untuk memberikan fokus kepada blog sendiri, tapi agak sukar buat masa ini.Dalam masa terdekat, aku akan membentuk team yang akan sama2 uruskan blog Alumni tersebut untuk memastikan segala perkembangan di Shams ataupun perkembangan Alumni.Buat sahabat2 yang belum menyertai atau belum menubuhkan alumni si sekolah menengah masing2,amat2 disarankan untuk berbuat demikian dengan misi: memastikan alumni berperanan dalam membentuk individu Muslim yang mampu bersaing di peringkat Mahasiswa kampus. Anjurkanlah program untuk adik2 kita.
(alumni-shams.blogspot.com)

Wassalam

Saturday, September 13, 2008

Realiti Kahwin Muda..



BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..

Pada 2minggu lepas, aku menerima sekeping mesej, “kalau tak keberatan,nak mintak nta kongsikan pengalaman dan cabaran kehidupan sebagai seorang suami”

Buat masa ni, tak sempat lagi nak tulis tentang perkara ni,tapi insyaAllah aku akan usahakan sebelum Aidilfitri nanti. Cuma,pada peringkat pertama ini, aku sekadar ingin berkongsi tentang latar belakang keluargaku.
1. Mama dan Baba ku mendirikan rumahtangga pada umur 21 tahun ketika menuntut di USA, first year. Mereka mendapat 2 orang anak ketika belajar.
2. Abang Sulong ku berkahwin pada tahun 2006, umurnya 24 tahun. Baru habis belajar ketika itu.
3. Kakak ku yang kedua berkahwin pada tahun 2005, umurnya 22 tahun dan di tahun 4 jurusan perubatan UM.
4. Kakak ku yang ketiga berkahwin pada tahun 2007 (lewat 3 minggu dari tarikh pernikahanku) , juga pada umur 22 tahun dan tahun kedua jurusan kejuruteraan elektronik di German.
5. Aku, anak kelima (langkah abang aku yang sorang lagi) berkahwin pada tahun 2007, pada umur 20 tahun. Akulah paling muda di kalangan familyku yang berkahwin. Tapi, semua pun kahwin masa muda.

Pengalaman?Tunggu artikel akan datang, Insya Allah.

WaLlaahu’alam.

Tahniah, Mama!..



BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..

Petang tadi, aku menerima sekeping sms dari Mamaku yang tersayang, “ Alhamdulillah, PhD mama dah lulus dengan pembetulan”. Akhirnya, mama berjaya mendapat kelulusan dalam ijazah kedoktorannya, dalam bidang Mathematics. Walaupun ada sedikit pembetulan yang perlu dilakukan, tapi yang pasti mama dah dapat PhD nya. Tahniah,mama!..

Apa sebenarnya yang aku nak kongsi ni? Perasaan yang mula-mula hadir dalam diriku adalah gembira, syukur dan kagum. Aku gembira; mama dah berjaya dalam perjalanan akademik mama hingga saat ini. Aku bersyukur; ikhtiar mama sebagai seorang hamba akhirnya diganjarkan Allah dengan kejayaan. Aku kagum; mama begitu gigih, jauh meninggalkanku di lapangan akademik.

Masih segar di ingatanku ketika aku menghantar mama ke USM Pulau Pinang pada tahun 2002. Aku baru di peringkat PMR ketika itu. Maknanya, mama telah mengambil masa selama hampir 7 tahun untuk menamatkan pembelejarannya di peringkat PhD. Kegigihan mama menjadi satu cabaran yang begitu besar kepadaku. Aku bagaimana pula?

Mama pernah berkongsi rutin harian mama ketika di USM. Mama tidur awal, dalam jam 10 malam.Kemudian bangun awal pagi, jam 3pagi. Mama cakap, segar time tu, sunyi dan seronok study awal pagi.Udara fresh, minda pun fresh. Aku pun mungkin tak pernah buat seperti tu.Kalau pernah pun, time dekat exam je kot, tak istiqamah macam mama buat.Huhu. Lemahnya aku..

Pernah suatu ketika, tahun 2006, laptop mama “jammed”. Mungkin virus. Mungkin problem lain. Yang pasti, mama sedih dan penat time tu sebab semua kerja mama untuk thesis PhD yang siap bertaip hilang. Yang ada hanyalah yang draft dalam kertas. Mama minta semua anak mama doakan mama agar dapat jumpa balik thesis tu. Tapi tak jumpa jugak. Namun, segalanya tidak menghalang mama untuk terus bekerja keras demi ilmu dan kejayaan.

Pernah juga mama stop sekejap tumpuan mama terhadap thesis mama. Mama cakap, letih dan penat. Masa mama belajar di USM tu, mama selalu balik rumah 2 minggu sekal Bayangkan betapa penatnya memandu dari Pulau Pinang ke Dungun berpuluh-puluh kali. Bukannya macam aku.Ulang-alik hanyalah ke kelas,bukan ke mana pun. Balik rumah naik bas je,tu pun rehat je kat rumah. Mama balik rumah ada tanggungjawab. Namun, semangat seorang ibu tetap tinggi. Mama tetap meneruskan perjalanan hinggalah akhirnya, berjaya lulus PhD hari ini.Tahniah sekali lagi,mama..

Proses pembelajaran dan pendidikan adalah suatu proses yang begitu panjang, diwarnai dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang amat memerlukan kesungguhan serta pengorbanan yang berterusan. Sepertimana sabda Rasul S.A.W, ‘tuntutlah ilmu daripada buaian hinggalah ke liang lahad’. Pada satu hadith yang lain, baginda S.A.W menyebut, ‘barangsiapa yang mengembara di suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan dia untuk menyusuri satu jalan daripada jalan-jalan ke Syurga…’

Ganjaran yang Allah akan berikan kepada hambaNya yang sabar menempuh jalan untuk mencari ilmu jelas menunjukkan betapa jalan menuntut ilmu bukanlah suatu jalan yang mudah untuk kita lalui. Betapa ramai umat manusia yang terkandas di pertengahan jalan mencari ilmu, dan ramai jua yang terkandas di peringkat aplikasi ilmu. Moga-moga aku berjaya dalam bidang yang aku sedang ceburi. Kegigihanku masih jauh sebenarnya dari setanding dengan apa yang telah mama tunjukkan kepadaku. Good luck, imran…

WaLlaahu’alam.

Wednesday, September 10, 2008

Selawat Tarawih; Sekadar Sebutan?..

BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..

Hari ni sudah masuk 10 Ramadhan,sudah spertiga Ramadhan telah aku lalui.Entah ada peningkatan daripada Ramadhan yang lepas atau tidak,aku tak pasti.Sepanjang Ramadhan,di setiap kali solat tarawih,pastinya ada lafaz selawat ke atas Rasul junjungan kita.

Kemudian,aku termenung.Rasanya begitu banyak dan kuat laungan selawat yang akan berkumandang di setiap malam Ramadhan.Tapi,bagaimana dengan roh selawat itu?apakah ianya sekadar meniti di bibir dan singgah di telinga kita?ataupun ada kesan dan maksud yang mampu menghidupkan hati kita?

Dalam satu pertemuan dengan seorang ustaz,beliau ada menghuraikan apa beza hati Baginda dan hati kita.Hati Baginda diistilahkan sebagai lebur dalam kelazatan bersama Rabbul-'Izzati,manakala hati kita selalunya lebur dalam kelazatan duniawi.Sebab itulah setiap ujian yang Baginda lalui sentiasa dihadapi dengan penuh tabah.Baginda tiada hati,hatinya hancur.Lalu Baginda tidak bermusuh mahupun berdendam.Yang ada hanyalah sifat-sifat mahmudah,sepertimana kisah Baginda dan jirannya perempuan tua yang sentiasa mengotorkan laluan Baginda setiap hari.Begitulah hati Rasulullah.Sebab itulah Baginda begitu hebat dalam menghidupkan Ramadhan...

Bagaimana pula kita?Setiap hari pasti ada marah,dendam,benci,menyampah, dan pelbagai lagi sifat lain yang bersarang di hati kita tatkala datang ujian menimpa diri.

Mampukah aku mendidik hati ini sepertimana didikan yang Rasulullah tunjukkan?moga-moga aku mampu istiqamah mendidik dan membersih hati yang senantiasa kotor ini.

WaLlaahu'alam.