Saturday, September 13, 2008

Tahniah, Mama!..



BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..

Petang tadi, aku menerima sekeping sms dari Mamaku yang tersayang, “ Alhamdulillah, PhD mama dah lulus dengan pembetulan”. Akhirnya, mama berjaya mendapat kelulusan dalam ijazah kedoktorannya, dalam bidang Mathematics. Walaupun ada sedikit pembetulan yang perlu dilakukan, tapi yang pasti mama dah dapat PhD nya. Tahniah,mama!..

Apa sebenarnya yang aku nak kongsi ni? Perasaan yang mula-mula hadir dalam diriku adalah gembira, syukur dan kagum. Aku gembira; mama dah berjaya dalam perjalanan akademik mama hingga saat ini. Aku bersyukur; ikhtiar mama sebagai seorang hamba akhirnya diganjarkan Allah dengan kejayaan. Aku kagum; mama begitu gigih, jauh meninggalkanku di lapangan akademik.

Masih segar di ingatanku ketika aku menghantar mama ke USM Pulau Pinang pada tahun 2002. Aku baru di peringkat PMR ketika itu. Maknanya, mama telah mengambil masa selama hampir 7 tahun untuk menamatkan pembelejarannya di peringkat PhD. Kegigihan mama menjadi satu cabaran yang begitu besar kepadaku. Aku bagaimana pula?

Mama pernah berkongsi rutin harian mama ketika di USM. Mama tidur awal, dalam jam 10 malam.Kemudian bangun awal pagi, jam 3pagi. Mama cakap, segar time tu, sunyi dan seronok study awal pagi.Udara fresh, minda pun fresh. Aku pun mungkin tak pernah buat seperti tu.Kalau pernah pun, time dekat exam je kot, tak istiqamah macam mama buat.Huhu. Lemahnya aku..

Pernah suatu ketika, tahun 2006, laptop mama “jammed”. Mungkin virus. Mungkin problem lain. Yang pasti, mama sedih dan penat time tu sebab semua kerja mama untuk thesis PhD yang siap bertaip hilang. Yang ada hanyalah yang draft dalam kertas. Mama minta semua anak mama doakan mama agar dapat jumpa balik thesis tu. Tapi tak jumpa jugak. Namun, segalanya tidak menghalang mama untuk terus bekerja keras demi ilmu dan kejayaan.

Pernah juga mama stop sekejap tumpuan mama terhadap thesis mama. Mama cakap, letih dan penat. Masa mama belajar di USM tu, mama selalu balik rumah 2 minggu sekal Bayangkan betapa penatnya memandu dari Pulau Pinang ke Dungun berpuluh-puluh kali. Bukannya macam aku.Ulang-alik hanyalah ke kelas,bukan ke mana pun. Balik rumah naik bas je,tu pun rehat je kat rumah. Mama balik rumah ada tanggungjawab. Namun, semangat seorang ibu tetap tinggi. Mama tetap meneruskan perjalanan hinggalah akhirnya, berjaya lulus PhD hari ini.Tahniah sekali lagi,mama..

Proses pembelajaran dan pendidikan adalah suatu proses yang begitu panjang, diwarnai dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang amat memerlukan kesungguhan serta pengorbanan yang berterusan. Sepertimana sabda Rasul S.A.W, ‘tuntutlah ilmu daripada buaian hinggalah ke liang lahad’. Pada satu hadith yang lain, baginda S.A.W menyebut, ‘barangsiapa yang mengembara di suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan dia untuk menyusuri satu jalan daripada jalan-jalan ke Syurga…’

Ganjaran yang Allah akan berikan kepada hambaNya yang sabar menempuh jalan untuk mencari ilmu jelas menunjukkan betapa jalan menuntut ilmu bukanlah suatu jalan yang mudah untuk kita lalui. Betapa ramai umat manusia yang terkandas di pertengahan jalan mencari ilmu, dan ramai jua yang terkandas di peringkat aplikasi ilmu. Moga-moga aku berjaya dalam bidang yang aku sedang ceburi. Kegigihanku masih jauh sebenarnya dari setanding dengan apa yang telah mama tunjukkan kepadaku. Good luck, imran…

WaLlaahu’alam.

No comments: