BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..
Hari ni sudah masuk 10 Ramadhan,sudah spertiga Ramadhan telah aku lalui.Entah ada peningkatan daripada Ramadhan yang lepas atau tidak,aku tak pasti.Sepanjang Ramadhan,di setiap kali solat tarawih,pastinya ada lafaz selawat ke atas Rasul junjungan kita.
Kemudian,aku termenung.Rasanya begitu banyak dan kuat laungan selawat yang akan berkumandang di setiap malam Ramadhan.Tapi,bagaimana dengan roh selawat itu?apakah ianya sekadar meniti di bibir dan singgah di telinga kita?ataupun ada kesan dan maksud yang mampu menghidupkan hati kita?
Dalam satu pertemuan dengan seorang ustaz,beliau ada menghuraikan apa beza hati Baginda dan hati kita.Hati Baginda diistilahkan sebagai lebur dalam kelazatan bersama Rabbul-'Izzati,manakala hati kita selalunya lebur dalam kelazatan duniawi.Sebab itulah setiap ujian yang Baginda lalui sentiasa dihadapi dengan penuh tabah.Baginda tiada hati,hatinya hancur.Lalu Baginda tidak bermusuh mahupun berdendam.Yang ada hanyalah sifat-sifat mahmudah,sepertimana kisah Baginda dan jirannya perempuan tua yang sentiasa mengotorkan laluan Baginda setiap hari.Begitulah hati Rasulullah.Sebab itulah Baginda begitu hebat dalam menghidupkan Ramadhan...
Bagaimana pula kita?Setiap hari pasti ada marah,dendam,benci,menyampah, dan pelbagai lagi sifat lain yang bersarang di hati kita tatkala datang ujian menimpa diri.
Mampukah aku mendidik hati ini sepertimana didikan yang Rasulullah tunjukkan?moga-moga aku mampu istiqamah mendidik dan membersih hati yang senantiasa kotor ini.
WaLlaahu'alam.
No comments:
Post a Comment