Saturday, October 18, 2008

Kahwin Muda..


BismiLlaahi WalHamduliLlaah..

Sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog ni.Biasalah, istiqamah kan antara perkara paling sukar dalam setiap amalan mahupun ibadah. Sepertimana yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w ketika turun ayat tentang istiqamah (fastaqim kama umirta..); maaf, lupa surah apa. Ketika turun ayat ini, rambut baginda beruban dek kerana beratnya arahan Allah untuk istiqamah terhadap segala apa yang diperintahkanNya.

Sudah lama juga aku meletakkan azam untuk menyiapkan penulisan tentang perkongsian realiti perkahwinan pada umur muda. Hinggakan ada yang sudah mula bertanya, “bila nak buat nye?hari tu dah janji kan..”. Inilah namanya proses memupuk minat dan azam untuk menulis. Bukan mudah untuk merubah sesuatu yang bukan minat aku menjadi suatu yang diberikan perhatian yang sebaiknya.

Oklah. Secara ringkas ye.

1. Aku mengambil keputusan nikah bukan atas desakan sesiapa sesiapa dan bukan jua atas kemahuan diriku yang masih muda. Tetapi bagiku keputusan ini adalah desakan iman. Bukanlah bermakna aku orang yang sangat beriman tapi iman yang ada mendesak diriku untuk mengambil keputusan ini.

2. Keputusan muktamad pun bukan bergantung pada akalku yang pendek ini tetapi aku yakin pada istikharah, yang mana ada dalam satu hadith menyebut, “tidak rugi bagi orang yang beristikharah dan tidak rugi bagi orang yang bermusyawarah” (maaf, tak ingat riwayat apa dan maksud hadith ini secara lengkap). Aku telah melaksanakan istikharah ini selama hampir sebulan berada di madrasah quran kubang bujuk. Dan selepas itu aku serahkan segala keputusan dan keadaan yang akan berlaku selepas istikharah di bawah ilmu-Nya yang luas, kerana aku tiada daya dan ilmu untuk memilih jalan yang perlu aku ambil samada nikah atau tangguh.

3. Segalanya berlaku dengan mudah selepas beberapa minggu. Maka, aku begitu yakin dengan jalan dan keputusan ini. Walaupun pada peringkat awal memang sukar tetapi Allah mudahkan segala jalan untuk nikah. Pada ketika itu, aku bertawakkal sepenuhnya kepada perancanganNya, sekiranya nikah atau tidak, hanyasanya Dia lah yang Maha mengetahui, aku hanyalah hamba yang lemah.

4. Akhirnya, aku bernikah jua setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Bagiku, segala yang berlaku ini tidak lain hanyalah sebagai proses mematangkan diriku dan menjadikan ku seorang hamba yang benar-benar yakin kepada-Nya. Dan mungkin jua ujian-ujian yang aku hadapi adalah untuk menjernihkan pegangan Aqidahku agar terbina Aqidah yang benar dalam diriku.

Banyak buku yang membicarakan berkenaan ilmu Aqidah dan peranannya dalam kehidupan kita. Antara peranannya yang paling penting adalah untuk menjadikan diri kita benar-benar yakin kepada taqdirNya yang seringkali melangkaui kemampuan akal kita dalam mencari manfaat tersembunyi di sebalik ujian yang ditimpakan ke atas kita.
Setakat ini dulu buat masa ini.


Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

salam kepada abu iffah n istri..first,when i started to read ur blog,i'm so intrested..sb org yg sme umur dgn sye dh kahwin n dh ade ank..umur yg bgitu muda,tp sdah mlalui khdupn yg matg..cume, sye nk b'tnye 1 je,malu sbnr nye,tp xpe lah.cmne abu iffah myakin kan parents yg abu iffah sdah b'sdia utk brumah tgga..that's mean,ble kte sbt nk brumah tgga,include sume lah,tggungjwb sbgai suami,ayh n student..sb mslh sye 1 je,mk yg xbg kawen sb tkt sye xleh handle study.i'm also medical student,but seni0r dr abu iffah la..

Anonymous said...

thank you for reading my blog and give some responds..tentang bab nak meyakinkan parent ni, saya pun bukanalh mahir sangat..sebab, seperti yang saya sebut sblm ni,saya banyak buat solat hajat & istikharah..then, saya rasa, ALlah telah prmudahkan segala urusan terutama bab nak buka hati parent untuk benarkan kami nikah..1lagi, kena tnjukkan yg kita bersungguh2 & cerita sedikit sbnyk apa prcngan hingga habis bljr kita jika sudah berkahwin..stiap parent ada pndg brbeza tntg anak msng2..so, bykkn doa lah ye

Anonymous said...

perkongsian yang bermanfaat.kirim salam zaujah.semoga dalam redhaNYA selalu.insyaallah.

-salam dari melbourne-

Anonymous said...

sori kalu soalan ni lagi peribadi.. kalu terlalu peribadi, tak payah jawab tak pe..how u manage ur family? i means income every month?? ke abu iffah ade buat kerja sambil blaja?? sebab nak tau.. mane tau dapat ilham dari abu iffah.. membina mahligai perkahwinan bukan sesuatu yang mudah apatah lagi untuk tanggung anak orang.. kepercayaan yang diberi oleh parents isteri kite adalah kepercayaan yang bererti, mengharapkan anak mereka dijaga sepenuhnya seperti mereka menjaganya dulu.. betul tak?? sebab saye bace catatan abu iffah tentg kenaikan harga minyak tu.. jika perbelanjaan RM 14oo every month dikeluarkan, itu bukan satu jumlah yang kecil bagi kite sebagai students, right?? tapi most of medic students ramai yang akan kawen bile dh nak masuk 3rd year..