Saturday, October 25, 2008
“Aku” dan “Dia”..Perjuangan yang belum selesai..
BismiLlaahi WalHamduliLlaah..
Siapa ‘aku’? Siapakah pula ‘dia’?
Hanya aku yang tahu. Dan pastinya Allah maha mengetahui segala-galanya.
Telah lama ku fikirkan tentang ini. Kini aku mengerti. Bahawa perjuangan antara aku dan dia tidak akan selesai. Inilah realiti. Inilah kehidupan. Perjuangan tidak pernah selesai. Yang selesai hanyalah tugasan, tapi batang tubuh perjuangan tetap berlari; mungkin juga berjalan-jalan. Namun tetap menuju visi.
Aku mencari dia. Dan dia mencari aku. Aku berlari, dia mengejar. Aku mengejar, dia pula berlari. Aku terseksa, dia ketawa. Aku ketawa, dia pula terseksa. Kenapa dia mencari aku? Kenapa aku mencari dia? Kenapa ku mengejar, dia larikan diri? Aku berhenti mengejar, dia datang sendiri..
Siapa ‘aku’? Siapakah pula ‘dia’?
Hanya aku yang tahu. Dan pastinya Allah maha mengetahui segala-galanya.
Apakah dia terlalu akrab denganku? Ataupun aku yang terlalu akrab dengan dia? Aku menjauhi, pastinya dia ingin mendekati. Kerana dia tetap mengejarku. Walau besar rintangan di jalanan, pastinya dia tetap menjejaki aku. Kenapa dia menjejaki aku? Apakah kerana menyayangi aku? Ataupun kerana membenci aku? Kenapa dijejaki kalau dibenci?
Aku ingin bebas. Dia bukan aku.Aku bukan dia. Aku pasti bebas. Hambatan dia tidak sehebat hambatan aku. Dia mengejar,aku memecut. Pastinya dia letih. Pastinya dia mengalah. Dan aku akan menang menuju garisan; sorakan kemenangan. Memecut menuju visi perjuangan.
Siapa ‘aku’? Siapakah pula ‘dia’?
Hanya aku yang tahu. Dan pastinya Allah maha mengetahui segala-galanya.
Aku berada di garisan kemenangan. Dia tetap ingin mengejar aku. Walau terpancar pada diri dia riak keletihan. Tapi aku tahu, dia tidak pernah berputus asa. Kerana itu, akan ku teruskan pecutanku. Aku akan terus berhati-hati. Mencari jalan dan helah. Agar dia rebah di jalanan musibah.
Kerana musibah itu peringatan dari –Nya. Wallahu’alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
knp meran tukor blog...?
just nak dapatkan kelainan..se gi, alamat dulu panjang sangat, susah kalu nok kabo ke orang..
Post a Comment