BismiLlaahi WalHamduliLlaahi..
rasenye dah lame aku tak menulis dan komen2 pasal isu semasa. Bukanlah nak menunjukkan aku ni berpolitik (Statement student under AUKU) tapi ini hanyalah luahan hati seorang rakyat marhaen yang jauh bentuk kehidupannya berbanding pemimpin2 negara yang gah dengan harta rakyat.
hari tu, YB shahrir ada sebut, kalau harga minyak dunia turun bawah paras 70USD per tong, maka tak mustahil bagi kerajaan untuk menurunkan harga petrol ke harga asal (RM1.92/liter). Namun, akhbar hari ni menyatakan bahawa, harga minyak akan turun paling banyak 15 sen. Maknanya, akan jadi RM 2.15/liter. Masih belum kembali pada harga yang asal.
Entahlah apa yang mereka duk bincang sebenarnya. Entahlah mereka ni tahu ke tak berapa kenaikan sebenar harga barangan di pasaran, kesan daripada kenaikan harga minyak yang mendadak hari tu. Sekadar menyebut beberapa barang yang aku biasa beli dan aku perasan kenaikan harganya; pampers( ogos, RM25.90), sekarang RM35.90. keropok sayur (ogos, RM1.10) sekarang RM1.60), petrol bulanan yang aku guna (RM 240.00), patutnya kurang RM 190.00 sahaja. Dan banyak lagi barang2 lain yang kenaikannya lebih 40%, (barang2 lain,tak ingat harga sebelum naik dan selepas naik). Bil letrik pun dah melambung naik. Rumah aku yang hanya menggunakan sedikit letrik pun boleh capai RM 30 lebih sebulan (tak dapat nak merasa letrik free seperti dalam bajet 2009 tu)
So, kalau belanja bulanan pada bulan jun dahulu hanya RM1000, sekarang meningkat kepada RM1400.00 (mengambil kira kenaikan 40%). Kalau RM3000? Akan meningkat kepada RM4200 sebulan.
Tu lah kisah hidup rakyat marhaen. Takleh nak hentam dan kritik banyak2, ada AUKU (ayat mahasiswa yang pengecut lagi beku). Cukup setakat ni. Bagi aku, yang penting, sebagai seorang Muslim yakinlah bahawa rezeki itu di bawah takluk Ilahi.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment