Tuesday, September 9, 2008

Motivasiku...

BismiLlaahi WalHamduliLlah..

Dalam hidup kita memang banyak jenis motivasi diri yang kita boleh pilih,dan pilihlah yang terbaik,yang mampu membawa hati kita dekat dengan Sang Pencipta yang Maha Penyayang.Apabila banyak ujian singgah dalam hidupku,maka bait-bait di bawah antara bait-bait lagu yang sangat berkesan dalam memberikanku kekuatan...

Dalam derita ada bahgia
Dalam gembira mungkin ada duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa
Ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

ALLAH RINDU MENDENGARKAN
RINTIHANMU BERPANJANGAN
BERSYUKURLAH DAN TABAHLAH
MENGHADAPI

SEGALA UJIAN DIBERI
MAKA BERSYUKURLAH SELALU

No comments: