Monday, July 21, 2008

Mana Rakyat Dalam Hati Kalian???..

BismiLlaahi WalHamduliLlah..

Saya terbaca di dada akhbar Berita Harian (muka hadapan, 20/07/2008) yang menyebut dengan bangganya, lebih kurang bunyinya“ Exco Terengganu Dapat Kereta Baru”. Dalam tulisan tersebut menyebut, semua kereta Perdana V6 Exclusive yang digunakan oleh Exco Kerajaan Negeri selama ini telah ditukar dengan kereta Mercedes E200 yang baru, dengan harga RM 245,000 sebuah, sebanyak 14 buah kesemuanya. Saya sangat terkejut dan terkilan dengan berita ini, sedangkan harga minyak naik dan rakyat disuruh dan dinasihat untuk berjimat cermat, sedangkan pemimpin-pemimpin ini bermewah-mewah dengan duit rakyat.

Apa sebenarnya yang kalian ingin tunjukkan kepada rakyat Terengganu? Yang kos sara hidupnya semakin meningkat saban hari. Saya yang tinggal di Dungun merasakan seolah-olah tinggal di KL. Goreng pisang RM1 dapat 5 bijik je. Mee sup kat pasar yang takde isi sangat pun berharga RM 3. Nasi dagang yang secubit pun RM2. Tak kira lagi barang-barang lain. Kat kuantan, saya beli goreng pisang RM1 dapat 10 bijik. Mee goreng basah RM1.50 sebungkus, tapi macam 2 bungkus, banyak. Entah apa jadi pada negeriku Terengganu, negeri kaya tapi rakyat di tangga ke-2 termiskin selepas Sabah (berdasarkan kemiskinan tegar yang pernah dibentangkan oleh PM pada tahun lepas) .

Takpelah, tiada apa sangat yang saya ingin ungkapkan, sekadar luahan hati seorang rakyat Terengganu. Saya masih teringat ketika rancangan ‘Hujah’ yang lalu, Dr Syed Azman menyebut bahawa beliau sebagai Adun Batu Buruk sehingga sekarang masih belum menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan Negeri untuk membangunkan tempat yang beliau wakili. Inilah kesannya apabila politik dikotorkan oleh poliTikus-poliTikus yang hati mereka hanya ada wang, bukannya rakyat. Kotor dan mengotorkan manusia sekeliling.

WaLlaahu’alam..

No comments: