BismilLaahi WalHamduliLaah..
Dengan izin Allah, saya buat kali yang kedua dapat mengikuti rancangan ‘Hujah’ yang ditayangkan di ch9 pada 14/07/2008 lalu. Perbahasan berkisar tentang politik kotor di negara Malaysia, antara Dr Syed Azman (Adun Batu Burok) dengan Yb Razali (Ahli Parlimen Muar). Kedua-dua panel memberikan perbahasan yang kemas dan profesional, namun saya tetap tidak berpuas hati dengan hujah ‘pemimpin berjiwa atasan’ yang sering bercakap seakan-akan tidak merasai apa yang dirasakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang perbahasan tersebut kerana hujah Ahli Parlimen Muar kebanyakannya hanya menyakitkan hati saya dan mereka yang mengerti.
Saya tidak berminat untuk mengulas tentang rancangan tersebut sebenarnya..Namun, saya hanya ingin berkongsi tentang apa yang disebut sebagai hati yang kotor. Dalamsatu siri ceramah tasawuf, ada ustaz menyebut bahawa hati mereka yang kotor ini tidak akan mampu untuk memandang sesuatu perkara yang hak sebagai hak dan batil sebagai batil. Hati mereka sudah menjdai seperti sekeping cermin yang kelabu, ada tompok-tompok kotor yang banyak. Maka, apabila datang perkara yang hak,cermin ini tidak akan sesekali memantulkan imej yang hak, tetapi imejnya rosak dan tidak dapat ditafsir. Sebaliknya, apabila dipantulkan imej yang batil,maka sudah pasti tidak akan nampak kebatilannya. (macam orang tengok wajah sendiri laa..muka cantik nampak hodoh kalau cermin kotor..muka berjerawat takkan nampak jerawatnya kalau cermin kotor..)
Kesimpulannya, selagi mana hati pemimpin (samada kerajaan mahupun pembangkang) ditutup dengan noda-noda hitam, maka selagi itulah apa yang hak akan menjadi batil dan terserlah kedunguan dan kejahilan mereka di pandangan orang-orang yang bersih hatinya,insyaAllah.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment