Monday, July 21, 2008

Teori Minda Manusia..

BismiLlaahi WalHamdulillaah..

Dalam kehidupan sebagai seorang manusia, pastinya tidak mampu lari dari masalah harian. Dalam teori psikologi menyebut, kemampuan dan kehebatan manusia adalah hasil daripada label-label yang ditanam oleh orang yang berada di sekeliling kita. Berkaitan dengan perkara ini juga, ada pepatah Arab menyebut, manusia adalah anak kepada suasana.

Saya sangat bersetuju dengan teori yang disebutkan ini, kerana itulah di mana-mana kampus kita akan melihat pelbagai jenis pelajar yang boleh kita kategorikan mengikut latar belakang mereka. Kumpulan yang mempunyai perangai dan perwatakan yang sama selalunya datang daripada background yang sama.

Maka, pada penulisan saya kali ini, saya ingin berkongsi dan menghuraikan tentang satu teori kaunseling yang saya terbaca daripada internet, yang di terbitkan oleh sebuah persatuan guru-guru, seperti berikut:
A- Orang mentertawakan saya (peristiwa)
B- Saya ditertawakan kerana tiada skill komunikasi dan bodoh, orang lain lebih hebat (kepercayaan)
C- Menjadi murung, tidak suka bergaul dgn rakan-rakan dan tidak mahu mencuba pada masa akan datang (akibat kpd emosi dan tingkahlaku)

Namun, di peringkat B, kita sebenarnya mampu untuk membuat transformasi sistem kepercayaan tersebut kepada suatu hasil yang positif.
D- Terima kekurangan yang ada dalam diri buat sementara waktu , cungkil kelebihan diri & terus berusaha untuk merubah kekurangan tersebut (Merasionalkan kepercayaan yg tidak rasional)
E- Boleh bersabar, bercakap dgn sopan, boleh bergaul dan terus mencuba (Kesan)

Namun, kebanyakan manusia suka menerima dengan sepenuh hati belief system yang terbentuk hasil daripada sesuatu peristiwa. Inilah yang membawa kepada pemikiran yang sentiasa negatif terhadap diri sendiri. Kita sudah mendengar banyak kisah kejayaan manusia yang sebenarnya sama sahaja dengan kita. Cuma bezanya pada peringkat B, samada membawa diri kepada C ataupun D.
Di manakah benarnya teori yang saya kemukakan ini? Saya ada hujahnya, insya Allah akan saya kemukakan suatu ketika nanti..

WaLlaahu’alam..

No comments: