Tuesday, January 5, 2010

Pengumuman Produk Baru!


Dari kiri = RM1.10 @ RM1.00 @ RM1.20

BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Semalam ada seorang sahabat nak buat tempahan cupcake, katanya untuk dijadikan cenderahati kepada committee2 yang bekerja untuk satu program.

Mula2 nak bungkus biasa, tapi macam tak sesuai pulak. Fikir punya fikir, pergi lah kedai tunas manja kejap. Tapi takde bungkusan yang sesuai untuk cupcake ni.

Then, dapat idea untuk cari bungkusan gula2 yang sering digunakan untuk majlis kenduri kahwin. Cari punya cari, jumpalah jugak.

Balik je rumah, terus mulakan proses menyiapkan bungkusan untuk 60 biji tempahan. Lama jugak rupanya, dekat2 30 minit. Asalnya nak jual RM1.00 je, tapi tak boleh nampaknya sebab kos bungkusan (bahan & masa) bertambah.

So, bincang punya bincang, kami putuskan untuk menjadikannya sebagai produk baru dan meletakkan harga RM1.20 untuk bungkusan tersebut. Cumanya untuk promosi, kami menawarkan harga RM1.10 kepada beliau yang membuat tempahan. Terima kasih kerana menjadi faktor idea baru ini ye.

Untuk bungkusan biasa (plastik & tisu), kami menawarkan harga RM1.10.

Anda berminat untuk dapatkannya sebagai cenderamata? Hubungi kami ya. Iklan akan diletakkan kemudian.

Wassalam.

3 comments:

teh said...

congrate utk yan dan nurul sbb ada perkembangan dan kemajuan dalam perniagaan ;)

cute lah tengok cupcake kena bungkus camtu...yum yum yum

teh said...

nanti dah maju lagi, bolehlah upgrade macam kat website ni

http://www.littlecupcakeboxes.co.uk/

cute sangat2, geram teh tengok :)

abu 'iffah said...

thanks.. kecil2an je ni, tapi bolehlah tambah duit sket2. kalau masa pack sangat, tak sempat jugak nak buat.. biasanya ambik masa 3 jam seminggu untuk siapkan cupcake ni.