Thursday, August 13, 2009

Ahh, Belum Sampai Masa..


BismiLlaahi Wal HamduliLlaah..

Apabila membelek2 akhbar di ruangan artis, seringkali aku membaca kenyataan2 seperti ini.

"Saya ingin memakai tudung, tapi belum sampai masanya. Saya ingin memakainya dengan ikhlas, dengan kehendak yang datang dari diri"

"Tunggulah nanti sikit, saya taknak hipokrit, nanti bila sampai masa yang sesuai saya pakailah"

Dan pelbagai lagi ungkapan2 lain yang bukan hanya menyentuh soal tudung, malah persoalan2 agama yang lain.

Dalam satu ceramah, oleh Ustaz Khairul Ikhwan, beliau ada menyebut tentang hidayah.

"Hidayah ni petunjuk. Ni, orang sekitar masjid yang dengar ceramah tapi tek pernah nak datang masjid, jangan duk salahkan hidayah. Yang nasihat2 daripada ceramah2 ni hidayahlah, duk dengar tiap hari tapi taknak jugak ikut"

Namun, memanglah hak memberi hidayah itu milik Allah, seperti yang berlaku dalam kisah RasuluLlah dan bapa saudaranya abu talib yang mati dalam kufur.

Tetapi, kita perlu terus menerus meletakkan usaha untuk mencari hidayah-Nya. Bukankah hidayah itu kurnia daripada Allah untuk hamba2 Nya?

________________________________________________
Antara doa yang patut dibaca;

اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى
Allahuma inni as-aluka al-huda wat-tuqo wal-'afaafa wal-ghina


Ringkasannya:

Doa ini diajarkan oleh Nabi Sallallahu'alaihi wasallam kepada kita melalui hadis Ibn Mas'ud seperti yang diriwayatkan dalam kitab sahih muslim. Ia mengandungi permohonan untuk memperelok kehidupan dunia dan akhirat serta supaya beroleh kebahagian dunia akhirat sipendoa.

Memang hebat doa yang diajar oleh Nabi kita ini, pendek dan padat.

Ada empat perkara yang di pinta melalui doa tersebut:

Al-huda : petunjuk
Al-huda terdiri dari ilmu dan amal. Kita mohon dari Allah supaya beri ilmu yang sahih serta supaya kita dapat beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu & amal tersebut boleh menjadikan kita seorang yang bertaqwa

Al-tuqa : taat dan patuh pada arahan Allah
Taqwa boleh direalisasikan melalui hidayah/petunjuk yang Allah kurnia kepada kita

Al-'afaaf: elak dari melakukan apa yang Alah haramkan
Jauhi dari apa yang Allah haramkan

Al-ghina: kaya
Kaya yang dimaksudkan di sini adalah bukan kaya dengan harta tetapi kaya jiwa.

__________________________________________________

Banyakkan berdoa, agar terbuka pintu hidupmu untuk hidayah-Nya.

Tentang tudung dan perintah2 lain pula, Ust Tuan Ibrahim pernah berkongsi apa yang pernah dia jawab kepada pelajarnya yang tak mahu pakai tudung;

" Hukum Allah ni tak berubah mengikut hambaNya. Kalaupun kamu kata tak ikhlas, hukumnya tetap wajib. Kalau tak ikhlas tak dapat pahala, tapi tak jugak dapat dosa"

So, apa2 perintah agama yang sering kita langgar seperti:

1. Tak jaga aurat ( terutama wanita, kerana penjagaan aurat wanita memerlukan kesabaran untuk dibiasakan )
2. Bercouple tak tentu hala melampaui batas hukum ( panjang nak ulas )
3. Tinggal solat ( terutama solat Subuh )
4. Menegakkan hukum2 Allah ( yang ni bab yang besar )
5. Dan macam2 lagi..

Nak tunggu Ikhlas? Ke nak tunggu dibuka hijab alam ghaib time nazak?

IKHLAS PERLU DIDIDIK, BUKANNYA DITUNGGU seperti menunggu bulan jatuh ke riba. InsyaAllah besar ganjaran mereka yang tak putus asa mencari ikhlas dalam beramal.

WaLlaahu'alam.

2 comments:

Nawfal Fathel said...

mencari keikhlasan seperti mencari semut yg hitam warnanya, yg beradanya di atas batu yg hitam dan masanya di malam hari ..

perlu mencoba sehingga dapat!

k.asma said...

minat gak ngan si artis ni..sbb mukanya comel..pastu cerdik pulak..bak kata,beauty with brain la..tp..bila bc kenyataan dia tu,huhuhu..bakal lawyer..tp hujahannya psl isu tudung tu telah 'membunuh' "kerespektanku."
kesian..semoga dptlah hidayah agar terbuka mata hatinya..ameenn..