Bismillaahi Walhamdulillaah..
…“Imran, nta lah bentang untuk group ni deh, nta ok sikit bab-bab bercakap kat depan ni. Ana dok reti lah”…
…“Imran, mu tolong cakap ah ngan ustaz nih, aku dok reti ngat nok cakap ngan ustaz nih”…
Banyak lagi pengalaman lain yang memaksa saya untuk berada di hadapan umum bagi membentangkan idea-idea dari kumpulan mahupun untuk ucapan awam. Ramai orang yang menganggap bahawa saya merupakan seorang yang fasih dan berkemampuan untuk public speaking dan public relation. Am I born to be a speaker? Hakikatnya, ramai yang tidak mengetahui siapa saya sebenarnya, apa masalah yang saya telah hadapi dan bagaimana saya bangkit dari kelemahan saya. Secara ringkasnya, saya menghadapi masalah komunikasi yang serius sejak berada di tingkatan 3 di SMKA Sheikh Abdul Malek. Saya tidak pasti apakah penyakit yang sebenar, namun saya klasifikasikan ia sebagai Psychological Problem on Communication. Saya tidak fasih berbicara, sering tersangkut percakapan saya, seringkali jua saya berhenti berucap ketika majlis-majlis rasmi kerana sudah tersangkut. Ketika itu, saya memegang amanah sebagai Ketua Pelajar di SHAMS. Maklumlah, sebagai seorang ketua, pastinya saya yang akan menjadi wakil pelajar dalam apa jua majlis rasmi sekolah.
Begitu juga hal nya di Darul Quran. Saya pernah berhenti berucap kerana sudah tersangkut, seakan-akan ada empangan di kerongkongan yang menghalang perkataan yang ingin saya tuturkan. Banyak percubaan-percubaan yang telah saya lakukan untuk mengatasi masalah ini, namun peningkatan yang berlaku amat tidak memuaskan diri saya. Namun, ketika di Pusat Asasi UIAM, setiap mata memandang diri saya sebagai seorang yang mampu menyampaikan ucapan dan bercakap dengan baik.Why? Adakah saya telah sembuh sepenuhnya? Apa yang telah berlaku? Bagaimana saya bangkit? Nanti saya akan huraikan sedikit sebanyak kisah hidup saya ini untuk sahabat-sahabat jadikan pedoman dan motivasi untuk terus berusaha hingga berjaya. Kita kena belajar daripada pengalaman orang lain untuk mencari nilai tambah pada diri kita.
Prinsip yang perlu anda tanam untuk memahami kisah saya ini adalah;” Nikmat Allah selalunya hanya akan disyukuri dan dicari apabila nikmat tersebut hilang atau tiada dalam hidup kita”. Sebagai contoh mudah, orang yang kurang berduit akan sangat-sangat bersyukur apabila mendapat sedikit wang dan akan cuba bersungguh-sungguh untuk mencarinya. Orang yang datang daripada family yang kaya selalunya bersikap sebaliknya. Sebab itu ramai usahawan berjaya lahir daripada keturunan yang susah. Begitu jua perbezaan antara orang yang sibuk (yakni tiada masa terluang) dengan orang yang kurang sibuk. Pastinya nilai yang mereka berikan kepada masa yang ada akan berbeza. Setuju dengan saya? Terpulang. Tapi, ingin saya tegaskan di sini, saya menggunakan perkataan ‘selalunya’, bukan semua. Kepada yang berjaya menggunakan nikmat Allah sebaiknya, saya ucapkan tahniah. Wallaahu’alam
2 comments:
Assalamu'alaikum..
Hmm..betul tu, kita akan bangkit dr kegagalan. Kegagalan dlm berkomunikasi akan menjadi 'guru' yang penting buat kita jika mahu mengubah kelemahan tersebut.
Pernah juga alami pengalaman yang sama..at first memang takut sangat2 nak bercakap, especially masa form 1. Tapi bila dh dilantik jd prefect, for sure kena bercakap kat depan kelas & handle program2 lain..
Masuk U, alhamdulilah semua tu OK, cuma tgh praktis utk speak in English & Arabic pula. Arabic, time present dlm kelas je.hehe :p
Bagus Imran, keep up your god writing! =)
ops, sorry..ada error cikit.
*good, bkn god.huhu.
Post a Comment