Bismillaahi WalHamdulillah..
Ketika seluruh rakyat mengatakan tidak wajar harga petrol dinaikkan oleh kerajaan, saya cuba berfikir dari sudut yang lain. Saya dengan yakin menyatakan bahawa sangat wajar kerajaan menaikkan harga petrol pada 5 Jun yang lalu. Pastinya anda tidak setuju dengan statement saya ini kan. Saya sebenarnya terfikir untuk menulis tentang perkara ini setelah mendapat satu ‘jawapan’ yang amat memuaskan hati saya daripada seorang menteri yang muncul di kaca tv9 ketika rancangan ‘Hujah’, berdebat dengan Sdr. Mahfuz Omar.
Ketika rancangan tersebut, menteri tersebut menyatakan bahawa “ramai peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya walaupun harga barang naik sedikit sahaja. Sebagai contoh, harga roti canai dinaikkan sebanyak 20 sen sedangkan harga tepung hanya naik 20 sen. Ini adalah masalah penjual yang tidak berintegriti sedangkan di Kedah bau-baru ini ada gerai yang boleh menjual nasi dan lauk pada harga Rm2 sahaja”. Sebaik sahaja mendengar statement menteri ini, barulah terjawab persoalan yang bemain-main di akal fikiran saya selama ini,”mereka ni tak pernah rasa ke hidup sebagai seorang rakyat bawahan? macam tak waras je keputusan-keputusan menteri2 ni”. Rupa-rupanya, mereka tidak tahu apakah realiti sebenar kehidupan seorang rakyat biasa, hinggakan dia sanggup mengatakan sedemikian, seolah-olah dia tidak tahu apa-apa pun tentang kos sara hidup sebuah family di Malaysia.
Mari kita fikirkan; Apakah penjual roti canai hanya membeli tepung untuk menyiapkan roti canai tersebut? Bukankah dia perlu bayar sewa kedai, lesen perniagaan, gas, minyak masak , minyak kenderaan,bayar rumah, makanan untuk family, cukai yang pelbagai jenis, pendidikan anak-anak, saman JPJ dan lain-lain lagi. Bukankah semua itu sudah naik harganya dengan mendadak? Apatah lagi selepas kenaikan harga minyak. Sdr. Mahfuz ketika berdebat berkali-kali meminta menteri tersebut memahami erti ‘kenaikan berantai’ ekoran kenaikan harga minyak namun seakan tidak faham rupanya menteri ini.Pesan Imam al-Ghazali, elakkanlah berdebat dengan orang jahil kerana mereka tetap jahil dari kebenaran.
Saya akhirnya lega setelah persoalan yang bermain di minda saya selama ini terjawab. Maka, saya tegaskan di sini, memang wajar kerajaan menaikkan harga minyak kerana mereka sebenarnya jahil tentang realiti kehidupan masyarakat, tetapi harga petrol tidak wajar dinaikkan sebenarnya. Namun begitu, segalanya wajar bagi orang yang tidak tahu untuk melakukan dosa kerana kejahilan mereka. Tetapi tidak wajar bagi mereka yang melakukan dosa sedangkan mereka tahu akan kesilapan tersebut. Akhir kata, “maafkanlah” mereka kerana mereka tak tahu sebenarnya. Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment