Wednesday, February 25, 2009
Hold Jap..
Minggu ni aku ada beberapa perkara yang nak kena settle dan fokus. So, kena hold jap, slow sikit blogging. Tambahan pulak minitest 10/03 ni, 2minggu je lagi. Ok, maaf semua. Wslm
Wednesday, February 18, 2009
Apakah Sudah Cukup?!!

BismiLlaahi Wal hamduliLlaah
Tadi tengah baca2 tulisan ust hasrizal yang terkenal dengan kelembutan dan ketajaman dalam penulisannya tentang sebarang isu. Lalu aku tertarik dengan tulisan tentang realiti persepsi kehidupan manusia zaman kini yang beliau hurai dengan ringkas tetapi mempunyai maksud dan iktibar yang sangat berguna untuk semua.
_______________________________________________
Source: www.saifulislam.com, "erti hidup pada memberi"
“Kami memberi perkhidmatan terbaik, memberi minum kepada mereka yang datang menunaikan haji!” tegas kaum Mekah membantah seruan Nabawi.
“Kami juga pemakmur al-Masjid al-Haram. Segala kemudahan kami sediakan untuk tempat yang mulia ini,” tambah seorang lagi.
“Nak apa lagi?” angkuh sekali mereka mengakhiri konfrontasi.
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyeru manusia kepada Islam. Ada yang menerima ramai juga yang menolak. Ada yang menolak kerana membenci kebenaran, menolak tanpa beralas-alasan. Namun ada segelintir yang mereka-reka pelbagai alasan, mengapa tidak wajar seruan Muhammad itu dilayan.
Dalam banyak-banyak alasan itu, alasan pembangunan adalah alasan yang paling hebat. Bahawa mereka sudah membuat sebesar-besar kebajikan di sebesar-besar tempat, pada sebesar-besar musim, dan semuanya menjadi kebanggaan.
Tradisi menyediakan minuman untuk mereka yang datang ke al-Masjid al-Haram itu sudah zaman berzaman menjadi kebanggaan kaum Arab di Mekah. Ia suatu tugas yang dipandang tinggi. Malah mereka bukan setakat menyediakan minuman, rumah binaan Ibrahim itu juga mereka makmurkan dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.
Alasan itu sungguh jelek.
Mereka cuba menjadikan kebajikan itu setinggi-tinggi kebaikan, tanpa menyembah Tuhan?
Allah Subhanahu wa Ta’aala menempelak musyrikin Mekah ini dengan firman-Nya:
“Apakah kamu mahu menjadikan perbuatan memberi minum kepada para Hujjaj dan membangunkan al-Masjid al-Haram itu sama seperti nilai orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad fi sabilillah? Tidaklah sekali-kali mereka itu sama di sisi Allah. Dan Allah tidak sekali-kali memberi petunjuk bagi manusia yang berlaku zalim…
Orang-orang yang beriman kepada Allah, dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka, itulah sehebat-hebat darjat di sisi Allah. Dan mereka itulah golongan yang sebenar-benarnya berjaya” [al-Taubah 9: 19-20]
Ya, kebajikan itu kebajikan. Ia mungkin mencurah lautan manfaat buat manusia. Namun tanpa menghubungkan segalanya dengan sebuah kehambaan manusia kepada Pencipta, bisakah semua itu meraih Syurga?
TETAMU BIADAB
“Assalamualaikum Kak Ros. Cantiknya rumah Kak Ros. Kerusi cantik, bunga cantik, almari cantik. Pandai Kak Ros menghias!” ujar Encik Ali dari rumah sebelah.
Tersipu-sipu Kak Ros menerima pujian.
Cantiknya lampu Kak Ros
“Ini saya ada bawakan nasi tomato dengan dalca ayam yang Kak Ros suka. Saya buat kurang pedas supaya anak-anak pun boleh makan sama,” Encik Ali menghulurkan mangkuk tingkat kepada Kak Ros.
“Oh, terima kasih. Baiknya hati Encik Ali. Perkenalkan, ini suami saya, Abang Abu!” kata Kak Ros sambil menunding ke arah Abang Abu yang merah-merah muka di sebelah.
“Oh Encik Abu. Apa khabar? Kak Ros kalau saya masakkan dalca kambing, Kak Ros makan tak?” Encik Ali menoleh sesaat kepada Encik Abu kemudian terus beramah mulut semula dengan Kak Ros.
“Err, makan. Tak payahlah susah-susah Encik Ali. Kak Ros ok sahaja,” balas Kak Ros.
“Eh, jangan begitu. Kita ini bukankah berjiran. Kalau anak Kak Ros ada masalah nak ke sekolah, saya boleh hantarkan!” Encik Ali putih dan ikhlas hatinya menawarkan kebajikan.
Encik Abu sudah mengepal penumbuk. Geram benar rasa di hati. Tetamu yang seorang ini begitu baik dengan isteri dan anak-anaknya, tetapi langsung tiada hormat dan peduli kepada TUAN RUMAH. Dalam segala kebajikan dan kebaikan, tetamu yang banyak jasa inilah tetamu yang BIADAB kepada tuan rumah. Tiada penghormatan, tiada pengiktirafan, apatah lagi selepas diperkenalkan secara berdepan.
IBRAH PERBANDINGAN
Kisah di atas kisah rekaan. Tetapi saya lakarkan ia untuk sebuah perbandingan. Tatkala manusia bersungguh-sungguh berbuat baik kepada manusia, tidakkah ada di benak fikirannya tentang Dia Pencipta manusia?
Sekurang-kurangnya seorang tetamu ada rasa hormat kepada tuan rumah. Sebelum menghulurkan kebajikan kepada ahli rumah, dihormatnya si tuan rumah. Malah tetamu yang terbaik adalah tetamu yang menjaga hubungannya dengan tuan rumah, bermesra dengannya, pandai mengambil hatinya, sambil turut sama membawa buah tangan untuk memanjangkan kebaikan kepada seisi ahli rumahnya. Itu warasnya fikiran seorang tetamu.
Justeru wahai sekalian ahli kebajikan, ahli politik, ahli dermawan dan ahli hartawan. Kebajikan kamu melimpah ruah, tetapi soalan “nak apa lagi?” yang kamu tempelak terhadap seruan dan dakwah kami, mengundang persoalan kami untuk kamu pula:
KAMU BERJASA KEPADA MANUSIA, KAMU BERDOSA KEPADA TUHAN MANUSIA…
sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim membelakangkan Dia!
_____________________________________________
Moga2 sahabat2 pembaca dapat manfaat daripada tulisan ini. Apakah cukup hidup kita sebagai student? Sebagai doktor yang berbakti untuk pesakit? Sebagai dentist yang berikhtiar untuk melegakan sakit gigi? Sebagai engineer yang berikhtiar membina binaan yang selamat?
Pastikan hidup kita tidak lari daripada misi asal kehidupan ini, "mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya". Letakkan diri kita dalam kelompok yang berjuang untuk agamaNya, insyaAllah selamat dunia akhirat.
WaLlaahu'alam.
Tuesday, February 17, 2009
Indahnya Islam..
BismiLlaahi WalhamduliLlaahbeberapa minggu ni aku sedang belajar tentang cacing dan bacteria yang boleh membawa penyakit dan mampu untuk menyebabkan kematian.
kebanyakan mode of infection adalah melalui pemakanan. Bukankah dalam islam kita diajar untuk membasuh tangan setiap kali makan? Bukankah kita disuruh untuk memilih makanan yang halaaalan toyyiban? Bukankah Islam amat menitik beratkan bab najis? Kebanyakan kes adalah disebabkan tangan tak dibasuh sebelum makan dan makanan tak dimasak sebaiknya.
Buat peng
etahuan semua, pada wang kertas ataupun syiling sekalipun berkemungkinan besar terdapat telur cacing padanya. Then, bila makan tak basuh tangan, telur tu akan berjaya masuk dalam badan kita. Then, kenalah penyakitnya. Begitu juga dengan sayur, ikan, ayam yang tidak dibasuh sebaiknya.telur cacing juga kebanyakannya keluar dari badan melalui najis, (feces), so mereka yang tak beristinjak dengan sempurna ada kemungkinan untuk menyebabkan infeksi kepada orang lain melalui telur cacing yang mungkin ada di tangan selepas istinjak.
banyak kalau nak cerita. Cumanya, poin yang nak ditekankan di sini, majoriti jangkitan disebabkan tidak jaga kebersihan sebaiknya.
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
WaLlaahu'alam.
Wednesday, February 11, 2009
Friday, February 6, 2009
Doaku Untukmu, Kerajaan "Baru" Negeri Perak!
________________________________________
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah kumpulan/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka.
________________________________________
Siapa yang tidak tahu wajah sebenar mereka? Siapa yang tidak mengikuti kisah2 kezaliman dan kerakusan mereka? hanya orang yang tertutup hatinya dan beku mindanya yang tidak mahu mengambil hirau nasib umat Islam dan rakyat Malaysia sahajalah yang tidak akan bertemu dengan kebenaran di sebalik semua kemelut ini.
Wahai kerajaan "baru" negeri Perak, ALlah maha berkuasa dan maha merancang. Ingat!perancangan ALlah maha hebat, jauh dari apa yang mampu dirancang oleh manusia. Aku cukup teruja dengan pemanggil2 radio IKIM dalam siri salam jumaat pagi tadi. Ada beberapa pemanggil yang menyebut, "Ingatlah, kamu hanya akan dapat rasa gembira buat sementara waktu, tunggulah PRU13 akan datang". Tidak kurang juga yang melabelkan tindakan mereka seakan2 sama dengan rejim zionis la'natuLlaah.
Apa2 pun, sebagai seorang mahasiswa, aku hanya berharap agar segalanya kembali dalam keadaan yang baik, moga2 ALlah merahmati seluruh negeri Perak dan seluruh umat Islam.
“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.” (alBaqarah, 177)
Sabda Nabi s.a.w, “Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Selamat berjuang buat pemimpin yang ku hormati, DS Ir Nizar Jamaluddin. Ucapan beliau penuh dengan tinta2 ilmu yang sangat diperlukan buat mengisi jiwa2 rakyat yang dahagakan ketenangan dalam suasana Islam.
WaLlaahu'alam.
Thursday, February 5, 2009
Be a Positive Person! Be Calm..
BismiLlaahi Wal HamduliLlaahJust now, we (12batch of medical students) faced some problems in our class that had created some uncomfortable environment and condition due to our own mistakes actually. For me, there are some lessons that we need to consider.
1. Sebenarnya kita masih diselubungi ataupun dikuasai oleh sikap buruk orang Melayu (bukan menghina, tetapi sikap ni common dalam bangsaku). Apabila ada student yang nak try duduk kat depan sekali, akan ada suara2 mengusik yang melemahkan semangat dan kadang2 menyebabkan kita malu untuk berubah. That is also same when some of us try to practice english in their conversation. pasti akan ada rakan2 yang memberi respon seolah2 untuk melemahkan semangat rakan sendiri. So, try to change this, including me myself. Sebab tu tadi ramai yang tak follow instruction to seat in front.
2. Mem
ang tak dinafikan bahawa kita sering menunjukkan sikap yang berbeza apabila berdepan dengan individu2 yang berbeza sikapnya. It is common. As a student, we always behave differently for different type of lectures; if the lecturer is strict to the time, we will come to the class on time. If the lecturer always joking to make the class not so boring, we tend to take it as a chance to not be serious. Akhirnya, kita terperangkap dengan sikap kita sendiri. So, behave exactly as a student should behave in the class.3. Positive person always looking at the advantages in disadvantages; chance in the hardship; hikmah in any trials. Pastinya ada terselit hikmah yang besar nilainya jika kita renung dengan hati yang tulus dan terbuka. Don't be too judgemental. Accept it first, think within the positive side instead of negative one. Mungkin perkara yang kita hadapi tadi sekadar amaran dari Allah menerusi manusia untuk menyedarkan kita bahawa kita belum berakhlak dengan akhlak islamiyyah ketika belajar. Positive person will thank to Allah for giving this reminder. Mungkin ada yang kata, 'aahhh, aku dah jaga adab, orang lain yang tak jaga'. Then, kita kena ingat, dalam bab seperti ni, kita bertanggungjawab atas kesalahan orang lain selagi mana kita tidak bertindak untuk mencegahnya. Al-Amru bil ma'aruf wan nahyu 'anil munkar.
4. Lastly, keep on praying, hope that the situation be return to the normal as before. Hope that everything will be right. Hope that our knowledge will be blessed.
P/S: I write this just as a reminder; especially to me myself and thus, i want to share with my fellow friends.
WaLlaahu'alam.
Solat Sunat Hajat dan Doa!
BismiLlaahi Wal HamduliLlaahAku terasa untuk memberikan sedikit respon tentang isu paling kontroversi di awal tahun 2009 ini; "BN rampas kerajaan negeri Perak?". Aku cuba membaca dari pelbagai sumber tentang isu ini. Bagiku, ini adalah perang politik yang cukup sengit antara PR dan BN.

Maka, siapa yang benar, siapa yang salah? Berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku selama ini, sememangnya BN sering menggunakan kuasa wang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Apakah PR pula bersih dari segalanya? Terdapat beberapa kes yang juga menunjukkan berlakunya kes yang sedemikian dalam PR, kerana manusia ada nafsu. Apabila nampak wang jutaan ringgit depan mata, pastinya tewas dek kerana iman yang lemah, integriti yang rendah nilainya.
Namun, kes sebegini pastinya jauh lebih bertimbun2 dalam BN berbanding PR. Aku tidak pasti apakah pemimpin2 yang masuk ke kancah politik atas dasar ingin menentang kezaliman ini mampu istiqamah ataupun tidak. Kerana bagiku, mereka yang berperang di kancah politik atas dasar tarbiyyah sahajalah yang mampu untuk berdepan dengan habuan duniawi ini.
So, harapanku agar pimpinan2 Perak mampu bertahan daripada serangan ini. Aku personally kagum dengan DS Nizar Jamaludin yang berjaya membawa masuk elemen dakwah dalam pentadbiran beliau. Tapi kuasa Allah menentukan segalanya. Yang tewas dalam perang tak semestinya berada di pihak yang salah.
Buat saudara2 ku, banyakkan solat hajat dan doa agar kerajaan yang hak dapat dipertahankan dan kerajaan yang batil dapat ditumbangkan, agar rakyat marhaen seperti aku terselamat daripada fitnah dan kerosakan yang dibawa oleh kerajaan yang batil.
Wa makaruu wa makaroLlaah.. WaLlaahu khoirul maakirin.
WaLlaahu'alam.